AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Wednesday, April 27

MOTIF VIDEO INI???


Cuba dengar suara2 yg bersuara di belakang...

ultras nogori VS T team



Layan...~

Maharaja Lawak - Minggu 4 - Nabil

Aidil & Zaquan (AZ FC): Negeri Sembilan sekadar seri di Shah Alam

Aidil & Zaquan (AZ FC): Negeri Sembilan sekadar seri di Shah Alam: "27 April 2011 SHAH ALAM, (D5) - Negeri Sembilan berjaya mencuri satu mata di tempat lawan apabila seri 1-1 menentang Harimau Muda A di Stad..."

Yuran naik: Siswa tuntut UIAM beri penjelasan

Yuran naik: Siswa tuntut UIAM beri penjelasan

Monday, April 25

REMBAT TIME !!

REMBAT TIME !!

Di kesempatan ni, azma cuba untuk merembat masa utk update blog !
Argghh ! bosan ! sakit jiwa kalau berteruasan begini.
Masa oh masa dan masa.
Tunggu azma dapat keje kt cc nnt lah bru dapat kembali memblogger kan diri.
Rindu nak menaip. Banyak sangat benda nak update !
tapi time sangat2 limit !!
Haishhh !
Tension ni tension. Ikut ati nak bako je..
Stori mori lepas ni memang sangat gempak !
Nak tau kena tunggu !
;)

Sape2 yang ade tag untuk join GA , azma nk mintak maaf.. dari ujung rambut sampai ujung jari ibu kaki.. Azma x dapat nk buat dalam waktu yg sgt2 limit ni.
InsyaAllah, azma akn cari satu hari tu utk blog je ok?
:)

RINDU NAK BLOGWALKING SEMULA !!!

mesti banyak info2 terbaru terkini yang dah terlepas.
urm..:(

Azma doakan u all semua sihat2 ok?
Yang x sihat makan ubat. Yang sihat jaga kesihatan.
Take care all !!!!
Muaaaaaaaaahhhhh !!!
Sayang semua!
full woth love form me..
Azma D'Luvers..

('',)

Wednesday, April 13

CAHAY A CINTA MELABUH TIRAI..(seketika)

Assalamualaikum semua...
Maaf pada sape2 yg ada tinggalkan jejak anda di cbox, cik Azma x dpt nk membalas kunjungan sebab cik Azma on9 kat cc dn entah dimana silapnya, kt cc ni follower x kluo gambo, c box pun x de. Agak mengecewakan sbb x dapat nk balas jejak di blog anda.. InsyaAllah, berkesempatan on9 guna laptop cik Azma tu, cik Azma akan kembali ber"blogwalking" dan menjengah ke blog2 anda..
Cik AZMA sayang semua. !!
Muahhhh!!!!!!!!!
<3
take care u all ....

Tuesday, April 12

Suara hati anak NEGERI ..

Assalamualaikum...
Ape dah jadi?
Negeri ku kalah lagi..
Kita menyokong bermati-mati..
Tapi ini yang mereka bagi?

Kami sedar, kami cuma penyokong..
X penat berkejaran seperti kamu di tengah padang..
Kami x pernah kisah suara kami hilang..
Kami x pernah kisah duit habis biarpun berpuluh beratus..
Kami x pernah kisah walau sejauhmana kami pergi untuk menyokong..
Kerana kami sedar, tanggunjawab kami sebagai penyokong..
Kami mahu merangsang semangat kamu..
Mengacau kah kami bersorak memberi sokongan?
Menyibuk kah kami mengikut kamu semua ke mana sahaja?
Kalau ya katakan..
Tapi jangan nanti berbunyi sana sini,
Stadium kosong lah.. X ada penyokong lah.. Bolasepak Malaysia dah x majulah..Itu lah , inilah..
Tapi kalau kami pembakar semangat kamu, kamu akan menafikan.
Kami bukan pengacau atau penyibuk.
Ok, sekiranya kalian menyokong kehadiran kami sebagai penyokong, sebagai peransang semangat kalian, apa ganjaran yang wajar buat kami?
Kamu tahu? Kami x harapkan kita menang semua perlawanan.. Kita x harap semua piala kita sebat. Tapi kami harapkan kalian tunjukkan peningkatan setiap kali perlawanan.. Dengar ya. Menang kalah kami tetap di sini, bermaksud kalah atau menang kami x peduli. TETAPI..
Tidaklah seperti yang berlaku sekarang ni. Terlalu banyak kecelaruan, terlalu banyak kesilapan.
Apa sebenarnya yang kamu mahu?
Ya, bola itu bulat. Kalah itu takdir. Menang itu rezeki.
Tapi sayang2 ku sekalian.. kami di atas bukan sekadar menyokong.. kami juga adalah penilai.. Kami yang di atas bukan sekadar memberi sokongan, kami juga menjadi pemerhati.. Yang hadir ke stadium tanpa kisah menang atau kalah adalah kerana jiwa mereka.. Jiwa bola mereka. Berpuluh tahun mereka menjadi penyokong, pemerhati, penilai.. JADI kita x boleh salahkan mereka jika kita nak mengatakan mereka hanya tahu mengkritik dan tidak mahu memahami penat lelah kamu di atas padang.
Ya Allah.. dah x tahu nak macam mana lagi..
Hampa + kecewa + sedih + marah bercampur baur..

Suara saya sebagai seorang insan yang cetek tentang dunia bola (suara peribadi)

Kalau kita lihat pemain dalam sesebuah negeri tidak semua berasal dari negeri tempat mereka bermain(berkerja) itu bukan?
Kalau kita lihat mereka yang bermain dalam sesebuah negeri tetapi tidak berasal dari negeri tersebut kerana dibeli bukan? (betulkan saya jika saya silap)
Jadi, ini bermaksud jiwa mereka bukan jiwa negeri yang sebenar kan?
Datang bermain kerana dibayar. Itu adalah pekerjaan mereka.
Adakah mereka sekadar bermain sahaja dalam padang kerana itu sudah kerja mereka, atau mereka bermain bersungguh-sungguh untuk menang?
Apa yang terjadi sekarang.. bersungguh-sungguh kah mereka?
Bagaimana dengan corak permainan mereka?
Menarik kah? Memuaskan hati kita kah?
Pada saya, sekiranya seorang anak jati negeri itu bermain membawa nama dan maruah negeri, mereka akan bermain bermati-matian.. Mereka akan bermain berhabis-habisan.. Bukan sekadar hangat - hangat tahi ayam sahaja..
Tolong saya, bantu saya dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini..
Saya x mahu maruah negeri saya dicalari sewenang-wenangnya..

Saya tabik pada para penyokong yang tetap setia turun memenuhkan stadium walaupun dah berapa game kita kalah. Syabas ! Kerana semestinya kita mahukan perubahan dan KEMENANGAN bukan?
Tapi, mengapa kita sahaja (penyokong) yang beriya2 mahu melihat perubahan dan keAJAIBan berlaku sedangkan ianya hanyalah sekadar mimpi kosong? NOTHING !!

Beruntungnya mereka... Ada penyokong seperti kita... Berhabisan beratus2 ringgit untuk menghadirkan diri ke stadium setiap kali game.. Beruntungnya mereka.. Ada penyokong seperti kita.. Bersorak tanpa henti.. Memalu gendang tanpa memikirkan lenguh di tangan..
Beruntungnya mereka ada penyokong yang setia memberi sokongan tanpa henti meskipun banyak kali mereka sajikan kita dengan kekalahan..
Beruntungnya mereka bila kalah kah menang kah kita proteskah gaji tetap jalan..
Seronoknya jadi PEMAIN !!
Maaf.. x terniat saya untuk menyinggung hati pemain2 kita.. Tetapi ini apa yang ingin saya luahkan.. Saya mahukan jawapan.. Tolonglah jangan biarkan kami begini..
Kami rindu pada sorakan KEMENANGAN ...
Kami rindu pujian dari rakan2 kami di negeri lain yang x henti menceritakan betapa hebatnya pasukan kita..
Adakah semua itu hanya sekadar angan2 dan mimpi kami?
Saya tidak kisah apa pun yang berlaku di dalam atau di luar.. Saya hanya dari sebilangan kecil penyokong yang baru hendak kenal erti dunia bola.. Cuma nya..saya kasihankan pada otai2 saya x kira dari kelab penyokong mana sekalipun.. Mereka penuh semangat melakukan itu dan ini..
Macam2 cara dilakukan demi untuk menyokong pasukan kita.. Namun jasa mereka di balas dengan rasa KECEWA dan keHAMPAan..
Di mana silapnya...
Saya tiada jawapan...
Ini hanyalah sekadar luahan dan persoalan yang bermain dalam kepala saya dan hanyalah sekadar pandangan dari pemerhatian saya..
Anda pula bagaimana?

p/s : ini luahan hati saya secara peribadi.. Maaf jika saya memberi pandangan yg silap dan menyinggung mana2 pihak.. Betulkan saya jika saya silap.. Saya cuma sedih.. Sedih yang teramat sangat.. Saya anak negeri.. Saya x mahu maruah negeri saya dicalari.. :'(


KERETA MURAH?


Assalamualaikum...

Hurm...Zaman sekarang ni ade ke orang nak jual kereta murah?
Xde pun kan?
Tapi kat sini ade penerangannya.
Sape2 nak beli kereta ni boleh ke SINI


Monday, April 11

KISAH AKU DAN TUPPERWARE



Assalamualaikum...
Ape daa tajuk entry aku kali ni...
Pasal tupperware? haha ! (gelak jap)
Ade tau kisah tupperware ni dalam hidup aku..
Dulu, aku duduk kt perumahan Felda..
Kat sane, mase tu selalu buat satu event ni.
X silap aku name die "pera-pera"
Sekarang ni xtau la ade lagi ke x diorang buat even macam tu..
Yang bestnya, tiap kali pera-pera ni lah kaum2 ibu akan membeli belah segala macam keperluan dapur. Bukan bahan masak. Tapi peralatan dapur seperti Tudung saji, Senduk, Alas periuk dan TUPPERWARE.
Banyak sangat kegunaan TUPPERWARE ni..
Antaranya adalah :-
1) bekas tapau bekal g sekolah.
2)bekas anta cekodok umah jiran
3)bekas buat masak maggi
4)bekas air
5) bekas budak2 main air.

Nak dijadikan cerita, mane tupperware yang godang-godang tu, buat mandi kan baby. (ade ke???)

Ha, ade yang nak kongsi kisah tupperware korang? Ape lagi kegunaannya?
Sudi-sudikanlah share kan pada saya dan saya akan edit entry ini dan letakkan kisah kamu.

happy blogging! ('',)

sumber : [klik sini]

BERITA PANAS !!! ANAK MELAYU KITA KAH??

Assalamualaikum..
Hurm...(mengeluh sebentar)..
Kenapa mengeluh ni Cik Azma oii..
X baik untuk kesihatan..
Ace cite kenapa?

Maunye cik Azma x mengeluh. Fuhh~(lap peluh jap)
Penat tau Cik Azma menggeledah page2 kt fb.. Macam2 page yang cik Azma jumpa kat fb tu ha..
Haish. Cik Azma tengok dah makin menjadi2 dan menularnya gejala penubuhan page tidak semonggah ni . Tadi cik Azma terjah bloh saudara IR, Cik Azma jumpa la entry NI.
Cik Azma pun baca.. Baca punya baca, Cik Azma pun mulalah menggeledah page tersebut..
Oh.. rupa2nya, Cik Azma penah buat entry tentang fenomena tu. Dah baca?
Belum? Nak baca? Nah, [klik sini]

Kat situ Cik Azma x sebut pun page ape, tapi sape yang ade facebook mustahil x terjumpa page yang dah di 'like' oleh berpuluh dan beratus ribu orang tu..
Bermula dari isu budak2 upload gambar dekat page Pencarian Bla...Bla...Bla.. tu (malas nk sebut. huhu) sampailah ke isu page Anti itu dan anti ini...
Kalau page tu korang berkomen secara berhemah, xpe.. Ini tidak.. Penuh dengan kata2 kesat dan keLUCAHan ! Walaupun ade yang cuba untuk mententeramkan keadaan. Tapi keadaan tetap tegang dan semakin menjadi2. Sehinggakan ade page yang men'cilok' gambar2 perempuan , di'upload' dan dikomen dengan kata2 yang sangat "MANIS".
Yang paling mengejutkan cik Azma adalah dengan bertambahnya kemunculan page2 seperti ini

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v

(LUCAH!)



(SONGSANG !)



(APE KEJADAH NYA?!)

Jadi, Apa komen anda ?
Macam ni melayu nak maju?
Kalau anak melayu hebat dalam bab ni, tapi dalam bab2 lain lemah,
Alamatnya.... Generasi akan datang....
Kata Nabil Ahmad ----> LU PIKIR LAH SENDIRI !!!!


P/S : TERIMA KASIH DAUN KELADI saudara I.R sudi jenguk ke teratak usang ni.. :)
Blogger yang menjadi sumber inspirasi saya.. :)



ADIK


Seikhlas kasih sayang yang abadi!

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada
aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi
keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar
ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat
rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.
Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah
tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,
lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air
mata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu
sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya
yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup
tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang
mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku
yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri ker ana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah ker ana mempertahankan
aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke
sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran
ke peringkat pra-univer siti .
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak t ana h bersama ibu
di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua ana k kita
cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Di
mana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah
dan ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan
merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang
mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis ker ana
persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala
menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia
membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas
pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
tercatat.... .

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari
kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia
cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk
ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada
pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri
dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut
orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa
yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku
cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli
apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu...
"Emak,
tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan... Dia pulang kelmarin. Habis tangannya
luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit
ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk
bekerja keras."
Apalagi....aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.. "Adik
takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada."
"Adik tak ke sekolah pun ker ana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,
juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki
ke
sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada
saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa
saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya
sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Kredit to : Bro Lebai Aji

CINTA SEBENAR

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya

hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap

menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu

merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain

lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang

berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon

untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu

sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat

bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa

pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau

tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia

ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon

untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi

baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.

Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran

yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh

di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau

mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika

kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.

bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar

mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS

dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas

dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari

kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak

pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin

mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,

kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


sumber : [klik]

Sunday, April 10

POLITIK OH POLITIK

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA...

Hari ini sedang aku menjalani aktiviti seharian iaitu blogwalking aku...
Aku pun bukak lah blog2 yang menarik untuk dibaca.
Pagi ni pulak aku berMOOD untuk menjelajah ke blog2 politik.
Tau ape aku jumpe? Sungguh memeranjatkan apabila seorang blogger dari sebuah parti telah menghentikan operasinya untuk terus menulis blog bagi membela parti itu. Kenapa ya?
Penjelasannya.... :-


Masalah 1 - kewangan !
Masalah 2 - kewangan !
Masalah 3 - kewangan !
Masalah saya :
. Kereta dan rumah tertunggak.
Rumah saya hampir disita.
Bank menelefon bertalu-talu.
Ibubapa terpaksa bantu.
isteri terpaksa bagi pinjam duit.
Gaji pembantu rumah tidak dapat dibayar.
Duit minyak kereta pun tak berapa ada.
Orang fikir kita senang tetapi dalam hati menderita siapa kenang ?
Siapa mahu bantu kita berjuang jika orang sekeliling kita pun tidak peduli ?
Siapa yang mahu menolong sahabat ketika susah dalam berjuang ?
Maafkan saya. Saya sudah tidak larat nak menulis dalam keadaan tersepit macam ini.
Tulisan ini pun terpaksa dihasilkan selepas panggilan demi panggilan dari sahabat karib yang bertanya sehingga mereka turut menangis mendengar nasib saya sebagai blogger yang berjuang tetapi tidak dihargai.
Saya bukan tidak mahu berjuang tetapi saya sudah senak otak memikirkan jalan menyelesaikan masalah kehidupan yang melanda.
Saya tidak akan berhenti menulis ketika saya sedang mendapat hits 10 - 20 ribu sehari...
Tetapi saya terpaksa berhenti kerana masalah ini.
Saya akan kembali jika semua sudah kembali pulih !!!
terima kasih sahabat yang menanyakan keadaan saya. Saya akan ingat siapa yang ingat saya ketika menderita. Saya juga akan ingat siapa yang mudah lupa kawan-kawan selepas senang.
Iklankan di sini jika anda ingin membantu ! Saya tidak ada tauke yang ingin beri wang.
( tulisan ini menggunakan wifi bukan broadband )

lebih info [KLIK SINI]

Jadi, apa pandangan anda semua? Saya hanya mampu tersenyum.. ('',)
Sekali dah terjebak, x mampu nak undur lagi..
Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya..
Yang susah diri sendiri..
Renungkan sejenak...
Wassalam..

Sumber : [KLIK SINI]

~ izzlorna.com 1st Special Giveaway ~


Assalamualaikum.. aDoii.. tengah2 blogwalking td, Aku jumpe GA lagi. Agak2 aku mesti orang dahmuak da tengok aku ni dok join GA je kan? huhu.. Ni la cara aku utk support blogger2 yg buat GA and x terniat pun nak menang ke apa.. Cuma kalau kita rajin buat blogwalking, kita rajin join GA ke contest ke kite dapat tambah kenalan. Betul x? So, hari ni aku nak join GA kak Lorna

Korang nak join same x?

Nak ea? Senang je. Korang klik je dekat banner sweet kt atas tu.. Sweet kan kakak tu dgn suami die? Nanti dah ade husband nak wt cmtu gak lah. hihi.

Syarat2 yang dah aku penuhi ialah -:

1) Follow Kak Lorna : [DONE]

2)Buat entry [DONE]

3)Banner [DONE]

4)Banner di sidebar [DONE]

5)Lepas publish nnt sy link kan. :)

6)Tagging Frenz Time !!

Happy blogging !
('',)
LOVE ALL....Muahh !!


!! BLOGGER DI ZAMAN SEKOLAH !!




Assalamualaikum.. !!

"Wow !! Best nye segmen ni !!" inilah ayat pertama yg klua dari mulut aku bile bace entry ttg segmen ni. Nak tau segmen ape? Korang klik la kt banner atas tu terus menuju ke link tuan punya segmen MR.VAMPIRE seram aku dengo name die. huhu.
Syarat2 yang aku kena penuhi. Meh , aku ceritain.

Pertama : Amek banner die pastu letak kt entry pastu link kan terus kat segmen ni. Senang kan? tak payah nak pos, nak tampal2 stem bagai.

Kedua : Kena ade blog. Of course aku ade. Kalau x ni menatang hape? huhu

Ketiga : Pena sekolah.. 4 sure penah dari tadika - sek rendah - sek menengah aku redah

Keempat : Sume blogger ley join. Xde had umo. Maksudnye nenek aku pun blh join. Cuma die xde blog je . kih3

Kelima : Die bagi soklan. Ni jawapan aku kepada soklan2 cepumas beliau.

1) nama kelas : 5 Teknologi Agama

2) Kenangan manis : x tercatit. Tapi paling best mase jadi JOHAN pertandingan Syarahan Agama peringkat Daerah. Kebetulan skola aku (SMK DATUK UNDANG ABDUL MANAP) jadi tuan rumah. Mane x manis, 1 sekolah tau. hehe.

3)Kenangan pahit : terlalu sedikit. Tapi paling payau mase aku dituduh jadi barua ustazah. Konon aku ngadu kt ustazah tu pasal kapel2. Bayangkan 1 kelas tu sound aku. Kenangan.. :)

4)Cikgu yang aku x suka?Alamak ! xde la... hehe(Sume aku SAYANG !! Muaahh !!)

5)HAHA ! Gelak dulu. Tipu kalau x penah. huhu. Name die
ZAHIRUDDIN b. SAIDIN. Seorang yang sangat cute and baik. Even die tu kaki pempuan(mase tu la..) hehe. Aku tetap suka die. Kenapa? Klu hati dah suka, mat rempit pun jadi. :)

5)Gambar kenangan. Ade, tp x bnyk.

Taadaa !!

|
|
|
|
|
|
|
|
|
v
(gambar ni mase majlis tadarus AL-QURAN. Aku yg kt anak panah tu. :p )


(ni adik angkat aku. hehe)

(Pengetua kesayangan aku..Pn. Hajah Aishah bt Hj. Ashaari)


Alhamdulillah ! BERJAYA ! tau berapa lama aku nak siapkan entry ni? 60minit tau x ?! Line cam hape ! Tapi, ape2 pun SEGMEN NI PALING AKU SUKA !!! ('',)


GODEK 10 BLOG (part 5)

ASSALAMUALAIKUM... Selepas 2 hari berehat dari menggodek2 blog yang belum di godek, hari ni aku menyambung semula misi men GODEK 10 BLOG yang kini telah masuk siri ke 5. Aku jumpa 10 site blog hari ni melalui kenalan baru iaitu CORETAN PERANTAU

10 BLOG yang aku terjah hari ini ialah :-


Ok. Done. Skrg mase utk terjah entry2 menarik mereka. ! JOM ! ('',)

ISTIMEWANYA KAUM WANITA


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle... Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. .. bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle.. dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ... ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams... aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah.... So?....apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu... Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better... foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi... Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari... HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!


KREDIT TO : NURSY HISHAM

AMRI YAHYAH THE LEGEND



Perlawanan Liga Super Malaysia kian menghampiri ke penghujungnya. Pasukan2 kini nampaknya lebih giat berusaha untuk menamatkan kesemua permainan dengan jayanya. Saingan ini menyaksikan Kelantan, Selangor dan Perak sedang mengungguli carta 3 teratas. Tapi, itu bukanlah persoalannya sekarang. Apa yang ingin saya sampaikan pada hari ini adalah berkenaan dengan Hero saya "MOHD AMRI YAHYAH" Biarpun semalam, dalam aksi menentang T-Team di Stadium Shah Alam beliau telah dilayangkan kad merah , wajarkah beliau menerima kutukan yang sebegini rupa?


Tidak sudah dengan kutukan di situ, masih banyak lagi komen dari para komentar terhormat yang sewenang2nya menyalahkan beliau 100% selepas insiden itu. Besar sangatkah kesilapan beliau wahai sahabat2 ku? Dengarilah saya.. Setiap manusia di muka bumi ini tidak lahir dalam keadaan yang sempurna "nobody's perfect" . Semua orang ada kelebihan dan ada kekurangan masing2. Benar, tidak dinafikan lagi, beliau memang seorang pemain yang agak panas baran. Bukan sekali beliau dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan. Tapi tidak seGAH kebolehan dan keistimewaan beliau bukan? Mohon anda catatkan sekarang , berapa banyak kad merah yang dikumpul, kekasaran yang di lakukan dengan kejayaan yang beliau berikan pada skuad bolasepak Malaysia dan Selangor. Masihkah anda ingat Penyerang berbisa ini pernah menjaringkan 2 gol sewaktu pertemuan pertama MANCHESTER UNITED dan MALAYSIA pada JULAI 2009. Gol itu merupakan 1 kenangan manis dan terindah buat para penCINTA Bolasepak tanahair.. Penyerang kontroversi ini juga telah menyumbangkan sebanyak 73 gol secara keseluruhan bermula dari tahun 2001 - 2009 bersama pasukan Selangor. Tidak lupa juga penyerang handalan ini telah menjaringkan 13 goal dalam saingan Liga Super 2009.
Jadi, sedarlah kita bahawa anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor sememangnya sangat2 mengkagumkan dan mempunyai bakat yang luar biasa dan mempunyai potensi dan corak permainan yang unik dan perlu dicontohi oleh pemain2 lain. (berapa banyak dan laa..)

Sebagai penyokong, penonton, peminat memang tidak dinafikan sekiranya pemain pasukan kita bersikap begitu boleh memalukan pasukan, tetapi, janganlah kita terus menunding jari pada beliau di atas kesilapan itu. Tapi, saya faham.. lumrah dalam kehidupan manusia kini. Beribu kebaikan kita orang xkan pandang, malahan xkan nampak apabila sekali kita mebuat kesilapan...

Jadi, marilah bersama2 kita menyokong bolasepak tempatan. Memberikan sokongan padu kepada pemain. Berdiri 90 minit dan chants semangat tanpa henti bersama dengan
ULTRAS MALAYA, ULTRAS NO9ORI, ULTRASEL dan ULTRAS2 yang sama waktu dengannya.

P/S : Kalau nak diikutkan banyak lagi kejayaan yang beliau raih sepanjang beliau berada dalam arena bolasepak ni. Tapi, tunggu lah aku jadi pengulas bolasepak nanti ke aku jadi wartawan macam Kak Fina Nasrom nanti ke aku interview beliau and aku akan buat dokumentari pasal beliau. hehehe :)

Sumber : [1] [2] [3]




"MOHD AMRI YAHYAH THE LEGEND"




Jika anda peminat bola sepak tempatan pastinya anda tidak asing lagi dengan nama yang terpampang di entry aku kali ini. Siapa x kenal dengan MOHD AMRI YAHYAH selaku pemain kebangsaan dan juga pemain pasukan Red Giant Selangor yang baru sahaja dilayangkan kad merah semalam dalam aksi Liga Super Malaysia menentang T-Team di Stadium Shah Alam. Walaupun Selangor tewas di tangan tidak bermakna Skuad gergasi itu boleh diabaikan kelebihan mereka. Aku pada hari ini tidak berminat untuk membuat pandangan pada mana2 pasukan pun kerana sudah diketahui umum bahawa aku adalah Anak jati NEGERI SEMBILAN dan pastinya NEGERI SEMBILAN adalah pasukan pilihan utama aku dulu, kini dan selamanya. Nak dijadikan cerita, aku hanyalah PEMINAT SETIA beliau(Mohd.Amri Yahyah) sejak 7 tahun yang dulu. Diam x diam dah 7 tahun aku jd PEMINAT SETIA beliau. Pertemuan pertama aku dan beliau adalah ketika negara kita sedang bertngkus lumus dalam perlawanan PIALA TIGER pada tahun 2005. Pertemuan itu bukanlah bermaksud aku jumpa dengan beliau tapi aku kenal beliau dari situ lah. hehe. Dalam tv je pun. Bermula pada episod itulah aku mula "jatuh cinta" pada beliau. Setiap hari aku akan menunggu gambar beliau di akhbar untuk aku gunting dan letak dalam sebuah buku. Sepanjang perlawanan PIALA TIGER 2004/2005 itu , boleh dikatakan hampir setiap hari wajah beliau terpampang di bahagian belakang akhbar. Dan aku pun memulakan proses gunting dan tampal. Di asrama, x usah cerita. Kawan2 dah tau sangat betapa gilanya aku pada beliau dan sejak daripada itu juga aku mula melanggan majalah ARENA BOLASEPAK sejak dari keluaran majalah itu hanya sebulan sekali kepada 15hb setiap bulan(2x keluaran sebulan). Kesetiaan aku pada beliau tidak terhenti setakat itu sahaja krn Malaysia telah tersingkir dan hanya mendapat tempat ke4 setelah tewas di tangan Myanmar 1-2. Sejak dari itu hobi aku adalah mengumpul gambar beliau dari akhbar ( masa tu buta IT lagi) . Dalam locker, dalam bilik, dekat katil semuanya Amri. Sampai sekarang kalau ade je orang kate die berasal dr Tanjung Karang mesti aku teruja dan cepat2 tanya kenal beliau x. Manelah tahu kot2 kaum kerabat die ke, blh gak aku mntk sampaikan salam. hihi. HA ! Semalam, junior aku mase kt skolah dulu komen kt status aku. Mase tu aku buat status psl beliau. Ikuti komen ini.
|
|
v


Sememangnya di saat itu hanya beliau yang menjadi "PUJAAN HATI" ku. hehe.
Sampailah satu hari aku dikejutkan dengan khabar bahawa beliau telah pun bertunang dengan anak kepada Pengurus BolaSepak Selangor( kalau x silap aku lah). Waktu tu hancur luluh hati ni sebab aku dah berangan2 nak memperSUAMIkan beliau. haha. (sengal)
Dan x lama selepas itu beliau pun berkahwin.. Sehinggalah mereka dikurniakan cahaya mata, aku masih lagi menjadi PEMINAT SETIA beliau.. Jangan x tahu, dalam ruangan surat dari pembaca dalam majalah Arena BolaSepak tu pun aku pernah hantar surat dan menyatakan betapa aku minat dan sayangkan beliau.(die x kawen g time tu) huhu. Gatalnye aku. Kalau ada mereka yang mengutuk beliau kat sekolah dulu. Aku lah pendefend paling kental sekali dan x mahu kalah dalam mempertahankan beliau. Hebat kan? wakaka.
Nak dijadikan cerita, masa aku tengok pic beliau dgn isteri kt paper mase mereka kahwin, x semena2 aku telah menggunting muka isteri beliau dan menampal muka aku dan aku abadikan dalam buku yang aku sediakan khas untuk beliau. Ganas kan? (x malu!) haha.
Tapi sayang... selepas habis SPM... aku letak buku tu dalam satu kotak kan rumah... Entah macam mane, ayah aku tanpa memeriksa isi kandungan kotak telah menghumban dan mem BAKAR!!! kotak itu !!!! bukan setakat buku tu, surat2 adik2 angkat, bioadata semua yg terangkat kt dalam tu. Tapi, nyawa aku tu ??! Hancur luluh jugak la bila tengok kotak tu dah xde dan jadi abu.. Terkenang2 kot peristiwa tu sampai ke hari ni.. Sedih sangat. Percaya atau tidak, sampaikan aku sakit hati dgn ayah aku sendiri (DERHAKA!) tapi ayah aku tau eh.. dan aku dah minta maaf pun.. :) (kesian ayah) :(

Terlalu banyak kenangan aku dengan beliau (dalam fantasi aku la) Ade lagi yang aku ingat mase tahun lepas. N9 lawan Selangor 2nd leg Piala FA x silap aku. N9 kalah kt Paroi mase tu tapi menang agregat berapa ntah aku pun dah lupe. Yang pasti mase tu aku jadi sawan sbb resah nak sangat g jumpa dengan beliau. Tapi xde rezeki.. Aku da bekampung sejak pukul 3ptg kt stadium mase tu, aku cuma dpt tgok dari jauh je... sedih2. Kisahnya, aku duduk dekat penyokong n9 tapi aku dok mention and jerit name beliau. Sampai kawan aku tarik and bawak aku duduk kt tempat Selangor. hehe. Ade ke. Nak wt cmne, aku eksaited !! kah3.

Korang, nak cakap sikit ni... Yang aku bebel panjang kat atas ni cuma mukadimah je... Masya Allah.. x sedar2 aku punya mukadimah dah hampir 2 mukasurat kertas A4. huhu.

Xdelah. Itu lah sedikit sebanyak kisah aku dengan beliau.. Romantis kan? haha. Walaupun aku rase seperti aku dan beliau adalah pasangan yg sweet tapi aku tetap berada di jalan yang benar.. Aku hanyalah seorang peminat x lebih dari itu.. Kalau diizinkan Tuhan beliau lah antara orang yang aku nak sangat jumpa sebelum aku menutup mata...
Aku mendoakan kejayaan beliau dalam karier beliau dan semoga beliau bahagia di samping isteri dan anak beliau yang terCinta...
Sekian dari AKU.








Saturday, April 9

ALASAN UNTUK PULANG AWAL DARI KERJA



Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu.
Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng...
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!


Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati...Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!


Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah! !

Petua Kempiskan Perut




Petua Kempiskan Perut


Hari ini cik Azma nak kongsi satu petua yang Cik Azma dapat dari seorang rakan.
Mase Cik Azma google untuk dapatkan gambar, rupanya rakan Cik Azma tu pun ambil dari situ. Untuk lebih info

Selamat membaca !

('',)

Memiliki perut yang kempis atau kurang berlemak memang menjadi idaman kebanyakan anda.

Sebab ada di antara anda yang dah pun berjaya kempiskan perut setelah mengamalkan petua-

petua tertentu. Mesti seronok bila usaha anda tu berhasil, kan?

Tapi, ada gak yang masih belum berjaya mencapai matlamat tersebut. Mungkin anda patut kaji

semula mengapa perut anda masih tak kempis-kempis lagi. Mesti ada yang tak kena ni.

Adakah kerana anda tak serasi atau tak mengamalkan sesuatu petua tu secara konsisten? Kalau tak serasi, cuba anda praktikkan pula satu lagi petua kempiskan perut ni.

1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.

Selamat Mencuba!

"Yana Yassin 1st GiveAway"




Aku dan Contest.

Hehe. 1st of all, terima kasih kt cik Yana sbb sudi invite sy utk join 1st GA beliau.
Saya dengan rela hati nya dengan ini menyertai GA beliau tanpa segan silunya lagi.

Anda juga mahu? Cuma klik pada banner di atas.

Dah? Ok. Ini adalah syarat2 yang telah dipenuhi oleh saya.

1) Letak banner and link ke entry [DONE]

2)Buat entry dgn nama "Yana Yassin 1st GiveAway" [DONE]

3)Follow blog beliau [DONE]

4) Tag 3 orang kawan. Mangsa tag seperti di bawah.

5)Link post entry ni kt ruang komen beliau [DONE]

mangsa saya hari ini ialah :

|
|
|
|
|
|
|
|
v


Semoga Berjaya !
Happy Blogging !
('',)

" PENULIS SENJA TERAKHIR "


Assalamualaikum.. Salam Perkenalan buat semua pembaca.. Pastinya kalian tertanya apakah maksudnya entry saya kali ini bukan? Ianya adalah sebuah pentas dimana kalian yang mempunyai bakat seni dapat menonjolkan bakat yang dikurnia Illahi.Andainya kalian ingin mengikuti jejak langkahku menyertainya, sila klik pada banner di atas dan ia akan terus membawa anda ke dunia penuh kepuitisan ini.

Berikut adalah syarat2 yang telah saya penuhi.

1)menjadi FOLLOWER blog PENULIS SENJA
2)LIKE page beliau di SINI
3)buat entry - "Penulis Senja Terakhir" seperti di atas.
4)Alasan menyertai : Saya menyertai pertandingan ini kerana saya ingin mencuba untuk menilai kembali sejauh mana kekuatan saya untuk berkarya kembali. Sebelum ini saya adalah seorang yang sangat gemar berkarya, namun kerana kesibukan harian membuatkan saya tiada ruang untuk itu. Jadi, melalui penyertaan ini saya dapat menjadikan ia sebagai satu landasan untuk saya kembali berkarya.
5) Karya ku....
KARYA 1
(karya nukilan ilham dari pengalaman)

Kisah kau dan aku,,

Bermula saat perkenalan,,

Hanya di sebuah laman siber,,

Berkenalan dan berkawan,,

Tiba satu ketika,,

Berputik cinta di hati,,

Namun x siapa yg mahu akui,,

Kerana masing2 setia pada janji yg pernah diungkap,,

Bersahabat selamanya,,

Setia pd cinta pertama,,

Walaupun cinta pertama masing2 kini dimilik orang,,

Namun kerana taat setia,,

Kononnya x mahu meruntuhkan kesetiaan yg telah lama dipelihara,,

Selama berkawan,,

X pernah ada sengketa,,

Segala masalah diluah dan dikongsi bersama,,

Sampai tiba satu saat,,

Kami memutuskan supaya kami tidak akan bercinta dan terus bersahabat,,

Kerana x mahu satu hari kelak,,

Ada hati yg terluka krn tiada jodoh antara kami,,

Jadi,,

Kami hanya berserah,,

Andai ada jodoh kami terima,,

Jika tidak kami tetap terus akan menjadi sahabat sejati..selamanya..

Dan kini kami tetap berusaha agar satu hari

Adanya jodoh antara kami…J

Kami x terlalu mengharap..

Kerana kami merancang dan DIA yg menetukan..

Setiap hari kami doa bersama,,

Semoga kami akan menjadi pasangan bahagia,,

Dan memiliki sebuah kisah cinta yg unik..

Kami ingin merasai,,saat cinta selepas kahwin,,

Itulah cita2 kami selepas kami Berjaya dalam melaksanakan cita2 kami

Membina kehidupan yg sempurna sebelum menjadi milik orang selamanya..


KARYA 2

(Karya yang telah usang. Sewaktu mula2 mengenal erti jiwa yang seni)


INGIN KULUAHKAN TAPI RASA MALU

KERANA AKU SEDAR SIAPA DIRIKU

WALAU BERAT UNTUKKU NYATAKAN RASA KASIH INI

DALAM PAHIT KU LAFAZ JUA

BIARPUN HUBUNGAN KITA SEKADAR TEMAN TAPI MESRA

NAMUN KU JUA PUNYA HATI

SEKSANYA HATI INI DI SAAT KU TAHU DIRIMU TELAH DIMILIKI

BIARLAH…SEKALI LAGI AKU TERPAKSA MEMENDAM RASA

WALAU TELAH KU SERAH SEGALA

NAMUN X PULA TERASA SESALNYA

KERANA DIKAU TELAH AKU CINTA

BIAR PUN DI SAAT INI KAU SEKADAR ABANG BAGIKU

TAPI AKU SEBALIKNYA

X PERLU AKU MERAYU MENGHARAPKAN CINTAMU

KERANA ANDAI ADA J0D0H KU TAHU IANYA XKAN KEMANA..

AKU BERSYUKUR SEANDAINYA KITA TETAP BERSAMA SELAMANYA WALAUPUN HUBUNGAN SEKADAR BIASA

YANG PENTING BAGIKU KAU SENTIASA DI SISI…

AKU CINTA KAMU!!!!!

AKU SAYANG KAMU!!!!!

KARYA 3

(karya ini ilham dari seorang buta. Jadi saya coretkan buat dia)


Senja usang kian melabuh tabir,

Aku termangu di ruang jendela,

Menanti hadir sinar sang suria,

Namun, cuma kegelapan kutemui.

Semalam, saat ini, esok atau lusa,

Aku akan terus di sini,

Ditemani kegelapan..

Cuma yang ada cahaya rahmat dari Tuhan..


Alhamdulillah.. Selesai sudah.. Salam hening pagi...