AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Thursday, April 7

AKU DAN POLITIK

Aku dilahir dan dibesarkan dalam dunia politik. Ibu aku orang kuat UMNO dan ayah aku pulak penyokong PAS. Berbeza pandangan tapi masih mampu bersama sehingga sekarang. Politik, Politik, Politik. Kenapa hari ni aku nak cerita pasal politik? Tangan aku ni tersangatlah gatal untuk menaip entri ini. Aku pernah ada impian untuk membina satu blog tentang pandangan politik aku terhadap politik di Malaysia. Tapi ilmu kePOLITIKan aku belum cukup lagi untuk itu. Lagipun dalam situasi sekarang, kalau tersilap fakta, akan menjadi auta. Dan kalau tertangkap. Aduh, susah. So, aku hanya akan bersuara bila ada yang meminta aku untuk bersuara. Syukur pada Yang Maha Esa kerana memberi laluan dan peluang kepada aku untuk memperluaskan ilmu politik aku apabila aku terpilih untuk berada di CFS IIUM ini dan mengambil subjek SAINS POLITIK. Setakat ni subjek ni lah pointer aku yang paling tinggi. Alhamdulillah...
Berbalik kepada soalan kenapa hari ni aku na cerita pasal politik. Sebab kalau korang perasan sekarang ni kita dicanangkan dengan isu politik sesaje. Buka paper, POLITIK. buka radio, POLITIK. buka berita tv, POLITIK. tapi bahan nya? bermanfaat ke? ish, malulah kalau budak2 bawah umur bace tajuk2 cerita kt berita sekarang ni. SEKS,LIWAT,LUCAH. ape yg kanak2 faham? Mereka x faham. Kalau dulu ibu bapa nak ajar anak membaca, gunakan surat khabar. Sekarang jangan lagi. Nanti anak2 diajar eja L.I.W.A.T (LIWAT) dan mereka akan tanya "LIWAT tu apa ayah?" dah jenuh si ayah nak terangkan. Ini sekadar contoh.hehe.
Aku pun da x tau nak kata pa dah. Aku sangat2 x suka bila generasi sebaya aku bila di tanya tentang politik, mereka akan kata "ah,politik kotor". "huh,politikus"."aku x minat"
Mereka x tahu ke betapa pentingnya politik dalam kehidupan kita??
Masa tu memang aku marah. Tapi, bila terjadi situasi macam sekarang ni. Aku sendiri dah naik muak, menyampah. Terlalu banyak onar dan dalih dalam sistem politik kt Malaysia ni. Aku mintak maaf sbb hari ni post aku takde fakta2 yang menarik tentang politik aku nak bagi sbb note2 tu semua kat rumah. Kalau ada, aku bagi korang sume baca. Terlalu banyak kesilapan dalam politik negara kita sekarang ni.. Aduh ! Sakit jiwa aku. Aku nak generasi aku semua fahami erti politik yg sebenar. Bukan macam sekarang ni. Orang da naik menyampah tau x. Di mana kebenaran, di mana sifat kepimpinan. Semua tu dah hilang. Aku da x nampak. Untuk pengetahuan anda semua. Saya baca BERITA HARIAN, saya baca HARAKAH dan saya baca SINAR HARIAN. Saya follow page2 Kerajaan. Saya follow page2 pembangkang. Saya baca blog2 kerajaan. Saya baca blog2 pembangkang. Kalau sy terus ikuti dan membaca saya rasa saya boelh jadi gila. Sini mengata sana. Sana mengata sini. Mana yaang betul dan yang benar. Aku sendiri yg kena menilainya. Tengok. Emosi pun x stabil. Kejap saya kejap aku. Kalau aku luah perasaan pada orang politik mmg lah guna saya. huhu. Dalam Liga Bolasepak pun nak guna kuasa politik. Hai.. Apalah nak jadi dengan negara kita skrg.. Aku xnk la masa depan negara kita gelap.... Kalau nak lihat kepimpinan akan datang, Lihatlah pada generasinya sekarang. Selalu kan kita dengar ayat macam ni.. Tapi, kalau generasi sekarang malas nak ambil tau sbb tgk kepimpinan sekarang, apa akan jadi di masa akan datang? Aku harap sangat.. satu hari nanti.. Politik negara kita ni akan ada perubahan.. Aku xnk masa depan negara kita tanpa arah..... Aku xnk tahun 2020 yg kita nanti2kan akan jadi tahun yg menyakitkan... Semoga Tuhan memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.. di jauhi dari bala bencana.. dirahmati dunia akhirat.. Aku x berpihak pada mana2 parti.. Kerajaan mahupun pembangkang. Bagi aku 50-50. Kerajaan sediakan kita macam2 kemudahan dan kita guna.. Alhamdulillah.. Aku bersyukur dgn nikmat Tuhan. Tapi kalau berlaku penyelewengan kat situ, Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah... Pembangkang pun tidak kurang memberi kita ilmu ukhrawi,ilmu akhirat. Alhamdulillah ada bekalan di sana. Tapi kalau tidak ada keikhlasan di situ, Semoga Allah memberikan juga petunjuk dan hidayah.. Semoga kita hidup hari ini penuh barakah... Kita hanya rakyat biasa yang x punya kuasa untuk bersuara. Mohon lah kepada Allah agar DIA membantu kita. Apa yg terjadi depan mata kita ni, kita butakan mata, pekakkan telinga. Kita doa kan semoga satu hari Allah tunjukkan kebenaran... Demi maruah bersama... Maruah negara...

*ish apsal aku taouching ni?? sedih la bila pikir2 balik...aduhh !! :'(
....(titisan airmata seorang anak Melayu/warganegara Malaysia)

0 notis:

Post a Comment