AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Sunday, April 10

AMRI YAHYAH THE LEGEND



Perlawanan Liga Super Malaysia kian menghampiri ke penghujungnya. Pasukan2 kini nampaknya lebih giat berusaha untuk menamatkan kesemua permainan dengan jayanya. Saingan ini menyaksikan Kelantan, Selangor dan Perak sedang mengungguli carta 3 teratas. Tapi, itu bukanlah persoalannya sekarang. Apa yang ingin saya sampaikan pada hari ini adalah berkenaan dengan Hero saya "MOHD AMRI YAHYAH" Biarpun semalam, dalam aksi menentang T-Team di Stadium Shah Alam beliau telah dilayangkan kad merah , wajarkah beliau menerima kutukan yang sebegini rupa?


Tidak sudah dengan kutukan di situ, masih banyak lagi komen dari para komentar terhormat yang sewenang2nya menyalahkan beliau 100% selepas insiden itu. Besar sangatkah kesilapan beliau wahai sahabat2 ku? Dengarilah saya.. Setiap manusia di muka bumi ini tidak lahir dalam keadaan yang sempurna "nobody's perfect" . Semua orang ada kelebihan dan ada kekurangan masing2. Benar, tidak dinafikan lagi, beliau memang seorang pemain yang agak panas baran. Bukan sekali beliau dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan. Tapi tidak seGAH kebolehan dan keistimewaan beliau bukan? Mohon anda catatkan sekarang , berapa banyak kad merah yang dikumpul, kekasaran yang di lakukan dengan kejayaan yang beliau berikan pada skuad bolasepak Malaysia dan Selangor. Masihkah anda ingat Penyerang berbisa ini pernah menjaringkan 2 gol sewaktu pertemuan pertama MANCHESTER UNITED dan MALAYSIA pada JULAI 2009. Gol itu merupakan 1 kenangan manis dan terindah buat para penCINTA Bolasepak tanahair.. Penyerang kontroversi ini juga telah menyumbangkan sebanyak 73 gol secara keseluruhan bermula dari tahun 2001 - 2009 bersama pasukan Selangor. Tidak lupa juga penyerang handalan ini telah menjaringkan 13 goal dalam saingan Liga Super 2009.
Jadi, sedarlah kita bahawa anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor sememangnya sangat2 mengkagumkan dan mempunyai bakat yang luar biasa dan mempunyai potensi dan corak permainan yang unik dan perlu dicontohi oleh pemain2 lain. (berapa banyak dan laa..)

Sebagai penyokong, penonton, peminat memang tidak dinafikan sekiranya pemain pasukan kita bersikap begitu boleh memalukan pasukan, tetapi, janganlah kita terus menunding jari pada beliau di atas kesilapan itu. Tapi, saya faham.. lumrah dalam kehidupan manusia kini. Beribu kebaikan kita orang xkan pandang, malahan xkan nampak apabila sekali kita mebuat kesilapan...

Jadi, marilah bersama2 kita menyokong bolasepak tempatan. Memberikan sokongan padu kepada pemain. Berdiri 90 minit dan chants semangat tanpa henti bersama dengan
ULTRAS MALAYA, ULTRAS NO9ORI, ULTRASEL dan ULTRAS2 yang sama waktu dengannya.

P/S : Kalau nak diikutkan banyak lagi kejayaan yang beliau raih sepanjang beliau berada dalam arena bolasepak ni. Tapi, tunggu lah aku jadi pengulas bolasepak nanti ke aku jadi wartawan macam Kak Fina Nasrom nanti ke aku interview beliau and aku akan buat dokumentari pasal beliau. hehehe :)

Sumber : [1] [2] [3]




1 notis:

encik lampu kalimantang said...

OK

Post a Comment