AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Friday, April 8

Fenomena penemuan blogger BENGAP !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana limpah dan kurnianya dapat kita bertemu lagi di arena perBLOGkan ini.(ape demam aku hari ni? cantek punya ayat)
Ni adalah skrip/dialog yang aku akan guna setiap kali aku dipilih untuk menjadi pengerusi majlis. Zaman sekolah dulu.. (tiba2 teringat... :) dan senyum sendiri)

Best x entry aku? Akulah blogger tu. hehe. Fokus tau pada apa yg aku nak sampaikan ni. :)

Sebenar entri kali ni adalah bertujuan untuk melahirkan rasa bersyukur dan gembiranya aku kerana dalam dunia blog ni pun aku mampu untuk menambah ramai kenalan. Di samping berkongsi dan mencurah idea di ruangan komen setiap kali ada entry baru dari list blogger aku.
Penghargaan juga kepada rakan2 blogger yang tidak sombong dan sudi mengunjungi blog yang x seindah blog2 yang sering aku kunjungi. Sekarang siri "Godek 10 blog" aku tu da sampai ke part yg ke 4, tapi sebenarnya banyak lagi blog yang aku x sempat untuk listkan dalam siri yg ada.. InsyaAllah aku x akan hentikan misi siri ini.

Kenapa aku susah payah nak buat blogwalking lepas tu letak jejak di shoutbox lepas tu buat entry bersiri macam "Godek 10 blog" tu?

Jawapannya sebab aku dapat banyak benda baru dari blog2 yang aku godek tu. Bukan suka2 aku nk follow dan bukan aku masuk ke dunia blog ni untuk mengejar populariti. Tidak sama sekali. Tapi siapa yang x nak berjaya dalam dunia yang kita sendiri cipta ni kan?
Contonhnya, aku hanya seorang budak biasa yang langsung x reti dan x tau apa erti sebenar dunia blog ni. Orang ada blog aku pun sibuk nak ada blog. Bila dah ada, tinggal kan macam tu je. Kalau anda semua tengok kembali post2 terawal aku. Alahai, ntah apa2. Tapi, hasil dr blogwalking ini lah aku dapat pelbagai info dan ilmu tentang dunia blog yg sebenar. Aku masih baru dan aku hadir dalam dunia ini dgn ilmu yg 0 -Zero.
Alhamdulillah dari hari ke hari banyak benda baru yang aku dapat.

Terima kasih kepada para blogger sekalian
sama ada yang sy kenal atau yg saya x kenal semuanya adalah sumber inspirasi saya.

Ingat lagi entry aku "Malam Penghargaan"?

Mereka itu juga antara penggerak utama sy ke dalam dunia ni.

Dan entry ini , ini , ini dan ini .

Inilah review nya..

Dan x kurang jugak bila aku berkenalan secara x sengaja dengan


sbb dia tag aku untuk join contest ni.

Aku pun tag lagi 2 orang rakan blog yg aku x penah kenal sebelum ni dalam entry ni.


Secara tidak langsung aku dapat kawan baru kan?

Nak berkawan ni jangan kira siapa orangnya.. Yang penting kita ikhlas nak berkawan.. Biarlah kita kenal di alam maya je pun yang penting kita dah berjaya mengenali Hamba2 Allah yang ada di muka bumi ini dan kita akan saling menyayangi sesama hambaNya.

Aku seronok di sini...

Thanks all...
Terima Kasih semua...
Happy Blogging ! ('',)

0 notis:

Post a Comment