AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Sunday, April 10

"MOHD AMRI YAHYAH THE LEGEND"




Jika anda peminat bola sepak tempatan pastinya anda tidak asing lagi dengan nama yang terpampang di entry aku kali ini. Siapa x kenal dengan MOHD AMRI YAHYAH selaku pemain kebangsaan dan juga pemain pasukan Red Giant Selangor yang baru sahaja dilayangkan kad merah semalam dalam aksi Liga Super Malaysia menentang T-Team di Stadium Shah Alam. Walaupun Selangor tewas di tangan tidak bermakna Skuad gergasi itu boleh diabaikan kelebihan mereka. Aku pada hari ini tidak berminat untuk membuat pandangan pada mana2 pasukan pun kerana sudah diketahui umum bahawa aku adalah Anak jati NEGERI SEMBILAN dan pastinya NEGERI SEMBILAN adalah pasukan pilihan utama aku dulu, kini dan selamanya. Nak dijadikan cerita, aku hanyalah PEMINAT SETIA beliau(Mohd.Amri Yahyah) sejak 7 tahun yang dulu. Diam x diam dah 7 tahun aku jd PEMINAT SETIA beliau. Pertemuan pertama aku dan beliau adalah ketika negara kita sedang bertngkus lumus dalam perlawanan PIALA TIGER pada tahun 2005. Pertemuan itu bukanlah bermaksud aku jumpa dengan beliau tapi aku kenal beliau dari situ lah. hehe. Dalam tv je pun. Bermula pada episod itulah aku mula "jatuh cinta" pada beliau. Setiap hari aku akan menunggu gambar beliau di akhbar untuk aku gunting dan letak dalam sebuah buku. Sepanjang perlawanan PIALA TIGER 2004/2005 itu , boleh dikatakan hampir setiap hari wajah beliau terpampang di bahagian belakang akhbar. Dan aku pun memulakan proses gunting dan tampal. Di asrama, x usah cerita. Kawan2 dah tau sangat betapa gilanya aku pada beliau dan sejak daripada itu juga aku mula melanggan majalah ARENA BOLASEPAK sejak dari keluaran majalah itu hanya sebulan sekali kepada 15hb setiap bulan(2x keluaran sebulan). Kesetiaan aku pada beliau tidak terhenti setakat itu sahaja krn Malaysia telah tersingkir dan hanya mendapat tempat ke4 setelah tewas di tangan Myanmar 1-2. Sejak dari itu hobi aku adalah mengumpul gambar beliau dari akhbar ( masa tu buta IT lagi) . Dalam locker, dalam bilik, dekat katil semuanya Amri. Sampai sekarang kalau ade je orang kate die berasal dr Tanjung Karang mesti aku teruja dan cepat2 tanya kenal beliau x. Manelah tahu kot2 kaum kerabat die ke, blh gak aku mntk sampaikan salam. hihi. HA ! Semalam, junior aku mase kt skolah dulu komen kt status aku. Mase tu aku buat status psl beliau. Ikuti komen ini.
|
|
v


Sememangnya di saat itu hanya beliau yang menjadi "PUJAAN HATI" ku. hehe.
Sampailah satu hari aku dikejutkan dengan khabar bahawa beliau telah pun bertunang dengan anak kepada Pengurus BolaSepak Selangor( kalau x silap aku lah). Waktu tu hancur luluh hati ni sebab aku dah berangan2 nak memperSUAMIkan beliau. haha. (sengal)
Dan x lama selepas itu beliau pun berkahwin.. Sehinggalah mereka dikurniakan cahaya mata, aku masih lagi menjadi PEMINAT SETIA beliau.. Jangan x tahu, dalam ruangan surat dari pembaca dalam majalah Arena BolaSepak tu pun aku pernah hantar surat dan menyatakan betapa aku minat dan sayangkan beliau.(die x kawen g time tu) huhu. Gatalnye aku. Kalau ada mereka yang mengutuk beliau kat sekolah dulu. Aku lah pendefend paling kental sekali dan x mahu kalah dalam mempertahankan beliau. Hebat kan? wakaka.
Nak dijadikan cerita, masa aku tengok pic beliau dgn isteri kt paper mase mereka kahwin, x semena2 aku telah menggunting muka isteri beliau dan menampal muka aku dan aku abadikan dalam buku yang aku sediakan khas untuk beliau. Ganas kan? (x malu!) haha.
Tapi sayang... selepas habis SPM... aku letak buku tu dalam satu kotak kan rumah... Entah macam mane, ayah aku tanpa memeriksa isi kandungan kotak telah menghumban dan mem BAKAR!!! kotak itu !!!! bukan setakat buku tu, surat2 adik2 angkat, bioadata semua yg terangkat kt dalam tu. Tapi, nyawa aku tu ??! Hancur luluh jugak la bila tengok kotak tu dah xde dan jadi abu.. Terkenang2 kot peristiwa tu sampai ke hari ni.. Sedih sangat. Percaya atau tidak, sampaikan aku sakit hati dgn ayah aku sendiri (DERHAKA!) tapi ayah aku tau eh.. dan aku dah minta maaf pun.. :) (kesian ayah) :(

Terlalu banyak kenangan aku dengan beliau (dalam fantasi aku la) Ade lagi yang aku ingat mase tahun lepas. N9 lawan Selangor 2nd leg Piala FA x silap aku. N9 kalah kt Paroi mase tu tapi menang agregat berapa ntah aku pun dah lupe. Yang pasti mase tu aku jadi sawan sbb resah nak sangat g jumpa dengan beliau. Tapi xde rezeki.. Aku da bekampung sejak pukul 3ptg kt stadium mase tu, aku cuma dpt tgok dari jauh je... sedih2. Kisahnya, aku duduk dekat penyokong n9 tapi aku dok mention and jerit name beliau. Sampai kawan aku tarik and bawak aku duduk kt tempat Selangor. hehe. Ade ke. Nak wt cmne, aku eksaited !! kah3.

Korang, nak cakap sikit ni... Yang aku bebel panjang kat atas ni cuma mukadimah je... Masya Allah.. x sedar2 aku punya mukadimah dah hampir 2 mukasurat kertas A4. huhu.

Xdelah. Itu lah sedikit sebanyak kisah aku dengan beliau.. Romantis kan? haha. Walaupun aku rase seperti aku dan beliau adalah pasangan yg sweet tapi aku tetap berada di jalan yang benar.. Aku hanyalah seorang peminat x lebih dari itu.. Kalau diizinkan Tuhan beliau lah antara orang yang aku nak sangat jumpa sebelum aku menutup mata...
Aku mendoakan kejayaan beliau dalam karier beliau dan semoga beliau bahagia di samping isteri dan anak beliau yang terCinta...
Sekian dari AKU.








2 notis:

fateem fatima said...

HAHA..i baru baca n entry nie sungguh cool! dulu i satu kelas ngn amri and memang da agak dia akan pemes dalam arena bola sepak sb dia slalu lwn bola masa kt sekolah dulu..:)

Anonymous said...

Wak amri sedara wife sy.. rumah en yahya tu sebelah rumah ayah wife sy.. lau sy balik kampung ari2 nampak die..

Post a Comment