AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Saturday, April 9

" PENULIS SENJA TERAKHIR "


Assalamualaikum.. Salam Perkenalan buat semua pembaca.. Pastinya kalian tertanya apakah maksudnya entry saya kali ini bukan? Ianya adalah sebuah pentas dimana kalian yang mempunyai bakat seni dapat menonjolkan bakat yang dikurnia Illahi.Andainya kalian ingin mengikuti jejak langkahku menyertainya, sila klik pada banner di atas dan ia akan terus membawa anda ke dunia penuh kepuitisan ini.

Berikut adalah syarat2 yang telah saya penuhi.

1)menjadi FOLLOWER blog PENULIS SENJA
2)LIKE page beliau di SINI
3)buat entry - "Penulis Senja Terakhir" seperti di atas.
4)Alasan menyertai : Saya menyertai pertandingan ini kerana saya ingin mencuba untuk menilai kembali sejauh mana kekuatan saya untuk berkarya kembali. Sebelum ini saya adalah seorang yang sangat gemar berkarya, namun kerana kesibukan harian membuatkan saya tiada ruang untuk itu. Jadi, melalui penyertaan ini saya dapat menjadikan ia sebagai satu landasan untuk saya kembali berkarya.
5) Karya ku....
KARYA 1
(karya nukilan ilham dari pengalaman)

Kisah kau dan aku,,

Bermula saat perkenalan,,

Hanya di sebuah laman siber,,

Berkenalan dan berkawan,,

Tiba satu ketika,,

Berputik cinta di hati,,

Namun x siapa yg mahu akui,,

Kerana masing2 setia pada janji yg pernah diungkap,,

Bersahabat selamanya,,

Setia pd cinta pertama,,

Walaupun cinta pertama masing2 kini dimilik orang,,

Namun kerana taat setia,,

Kononnya x mahu meruntuhkan kesetiaan yg telah lama dipelihara,,

Selama berkawan,,

X pernah ada sengketa,,

Segala masalah diluah dan dikongsi bersama,,

Sampai tiba satu saat,,

Kami memutuskan supaya kami tidak akan bercinta dan terus bersahabat,,

Kerana x mahu satu hari kelak,,

Ada hati yg terluka krn tiada jodoh antara kami,,

Jadi,,

Kami hanya berserah,,

Andai ada jodoh kami terima,,

Jika tidak kami tetap terus akan menjadi sahabat sejati..selamanya..

Dan kini kami tetap berusaha agar satu hari

Adanya jodoh antara kami…J

Kami x terlalu mengharap..

Kerana kami merancang dan DIA yg menetukan..

Setiap hari kami doa bersama,,

Semoga kami akan menjadi pasangan bahagia,,

Dan memiliki sebuah kisah cinta yg unik..

Kami ingin merasai,,saat cinta selepas kahwin,,

Itulah cita2 kami selepas kami Berjaya dalam melaksanakan cita2 kami

Membina kehidupan yg sempurna sebelum menjadi milik orang selamanya..


KARYA 2

(Karya yang telah usang. Sewaktu mula2 mengenal erti jiwa yang seni)


INGIN KULUAHKAN TAPI RASA MALU

KERANA AKU SEDAR SIAPA DIRIKU

WALAU BERAT UNTUKKU NYATAKAN RASA KASIH INI

DALAM PAHIT KU LAFAZ JUA

BIARPUN HUBUNGAN KITA SEKADAR TEMAN TAPI MESRA

NAMUN KU JUA PUNYA HATI

SEKSANYA HATI INI DI SAAT KU TAHU DIRIMU TELAH DIMILIKI

BIARLAH…SEKALI LAGI AKU TERPAKSA MEMENDAM RASA

WALAU TELAH KU SERAH SEGALA

NAMUN X PULA TERASA SESALNYA

KERANA DIKAU TELAH AKU CINTA

BIAR PUN DI SAAT INI KAU SEKADAR ABANG BAGIKU

TAPI AKU SEBALIKNYA

X PERLU AKU MERAYU MENGHARAPKAN CINTAMU

KERANA ANDAI ADA J0D0H KU TAHU IANYA XKAN KEMANA..

AKU BERSYUKUR SEANDAINYA KITA TETAP BERSAMA SELAMANYA WALAUPUN HUBUNGAN SEKADAR BIASA

YANG PENTING BAGIKU KAU SENTIASA DI SISI…

AKU CINTA KAMU!!!!!

AKU SAYANG KAMU!!!!!

KARYA 3

(karya ini ilham dari seorang buta. Jadi saya coretkan buat dia)


Senja usang kian melabuh tabir,

Aku termangu di ruang jendela,

Menanti hadir sinar sang suria,

Namun, cuma kegelapan kutemui.

Semalam, saat ini, esok atau lusa,

Aku akan terus di sini,

Ditemani kegelapan..

Cuma yang ada cahaya rahmat dari Tuhan..


Alhamdulillah.. Selesai sudah.. Salam hening pagi...



0 notis:

Post a Comment