AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Tuesday, April 12

Suara hati anak NEGERI ..

Assalamualaikum...
Ape dah jadi?
Negeri ku kalah lagi..
Kita menyokong bermati-mati..
Tapi ini yang mereka bagi?

Kami sedar, kami cuma penyokong..
X penat berkejaran seperti kamu di tengah padang..
Kami x pernah kisah suara kami hilang..
Kami x pernah kisah duit habis biarpun berpuluh beratus..
Kami x pernah kisah walau sejauhmana kami pergi untuk menyokong..
Kerana kami sedar, tanggunjawab kami sebagai penyokong..
Kami mahu merangsang semangat kamu..
Mengacau kah kami bersorak memberi sokongan?
Menyibuk kah kami mengikut kamu semua ke mana sahaja?
Kalau ya katakan..
Tapi jangan nanti berbunyi sana sini,
Stadium kosong lah.. X ada penyokong lah.. Bolasepak Malaysia dah x majulah..Itu lah , inilah..
Tapi kalau kami pembakar semangat kamu, kamu akan menafikan.
Kami bukan pengacau atau penyibuk.
Ok, sekiranya kalian menyokong kehadiran kami sebagai penyokong, sebagai peransang semangat kalian, apa ganjaran yang wajar buat kami?
Kamu tahu? Kami x harapkan kita menang semua perlawanan.. Kita x harap semua piala kita sebat. Tapi kami harapkan kalian tunjukkan peningkatan setiap kali perlawanan.. Dengar ya. Menang kalah kami tetap di sini, bermaksud kalah atau menang kami x peduli. TETAPI..
Tidaklah seperti yang berlaku sekarang ni. Terlalu banyak kecelaruan, terlalu banyak kesilapan.
Apa sebenarnya yang kamu mahu?
Ya, bola itu bulat. Kalah itu takdir. Menang itu rezeki.
Tapi sayang2 ku sekalian.. kami di atas bukan sekadar menyokong.. kami juga adalah penilai.. Kami yang di atas bukan sekadar memberi sokongan, kami juga menjadi pemerhati.. Yang hadir ke stadium tanpa kisah menang atau kalah adalah kerana jiwa mereka.. Jiwa bola mereka. Berpuluh tahun mereka menjadi penyokong, pemerhati, penilai.. JADI kita x boleh salahkan mereka jika kita nak mengatakan mereka hanya tahu mengkritik dan tidak mahu memahami penat lelah kamu di atas padang.
Ya Allah.. dah x tahu nak macam mana lagi..
Hampa + kecewa + sedih + marah bercampur baur..

Suara saya sebagai seorang insan yang cetek tentang dunia bola (suara peribadi)

Kalau kita lihat pemain dalam sesebuah negeri tidak semua berasal dari negeri tempat mereka bermain(berkerja) itu bukan?
Kalau kita lihat mereka yang bermain dalam sesebuah negeri tetapi tidak berasal dari negeri tersebut kerana dibeli bukan? (betulkan saya jika saya silap)
Jadi, ini bermaksud jiwa mereka bukan jiwa negeri yang sebenar kan?
Datang bermain kerana dibayar. Itu adalah pekerjaan mereka.
Adakah mereka sekadar bermain sahaja dalam padang kerana itu sudah kerja mereka, atau mereka bermain bersungguh-sungguh untuk menang?
Apa yang terjadi sekarang.. bersungguh-sungguh kah mereka?
Bagaimana dengan corak permainan mereka?
Menarik kah? Memuaskan hati kita kah?
Pada saya, sekiranya seorang anak jati negeri itu bermain membawa nama dan maruah negeri, mereka akan bermain bermati-matian.. Mereka akan bermain berhabis-habisan.. Bukan sekadar hangat - hangat tahi ayam sahaja..
Tolong saya, bantu saya dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini..
Saya x mahu maruah negeri saya dicalari sewenang-wenangnya..

Saya tabik pada para penyokong yang tetap setia turun memenuhkan stadium walaupun dah berapa game kita kalah. Syabas ! Kerana semestinya kita mahukan perubahan dan KEMENANGAN bukan?
Tapi, mengapa kita sahaja (penyokong) yang beriya2 mahu melihat perubahan dan keAJAIBan berlaku sedangkan ianya hanyalah sekadar mimpi kosong? NOTHING !!

Beruntungnya mereka... Ada penyokong seperti kita... Berhabisan beratus2 ringgit untuk menghadirkan diri ke stadium setiap kali game.. Beruntungnya mereka.. Ada penyokong seperti kita.. Bersorak tanpa henti.. Memalu gendang tanpa memikirkan lenguh di tangan..
Beruntungnya mereka ada penyokong yang setia memberi sokongan tanpa henti meskipun banyak kali mereka sajikan kita dengan kekalahan..
Beruntungnya mereka bila kalah kah menang kah kita proteskah gaji tetap jalan..
Seronoknya jadi PEMAIN !!
Maaf.. x terniat saya untuk menyinggung hati pemain2 kita.. Tetapi ini apa yang ingin saya luahkan.. Saya mahukan jawapan.. Tolonglah jangan biarkan kami begini..
Kami rindu pada sorakan KEMENANGAN ...
Kami rindu pujian dari rakan2 kami di negeri lain yang x henti menceritakan betapa hebatnya pasukan kita..
Adakah semua itu hanya sekadar angan2 dan mimpi kami?
Saya tidak kisah apa pun yang berlaku di dalam atau di luar.. Saya hanya dari sebilangan kecil penyokong yang baru hendak kenal erti dunia bola.. Cuma nya..saya kasihankan pada otai2 saya x kira dari kelab penyokong mana sekalipun.. Mereka penuh semangat melakukan itu dan ini..
Macam2 cara dilakukan demi untuk menyokong pasukan kita.. Namun jasa mereka di balas dengan rasa KECEWA dan keHAMPAan..
Di mana silapnya...
Saya tiada jawapan...
Ini hanyalah sekadar luahan dan persoalan yang bermain dalam kepala saya dan hanyalah sekadar pandangan dari pemerhatian saya..
Anda pula bagaimana?

p/s : ini luahan hati saya secara peribadi.. Maaf jika saya memberi pandangan yg silap dan menyinggung mana2 pihak.. Betulkan saya jika saya silap.. Saya cuma sedih.. Sedih yang teramat sangat.. Saya anak negeri.. Saya x mahu maruah negeri saya dicalari.. :'(


1 notis:

Cik Ila said...

ololololo...cik ila pun tumpang sedih ni...hehe..slm perkenalan..jumpa kt innit td.. :)

Post a Comment