AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Sunday, June 26

AWESOME SUPERSTAR !

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNYA kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu di arena BLOG ini. :)

Hidup dalam dunia blog yang macam biskut. Kejap ada kejap xde. Hehe. Saya bukan lah seorang BLOGGER TEGAR. Cuma sekadar mengisi masa lapang dan sekadar ingin berkongsi sekiranya ada info yang menarik yang boleh di kongsi.

Baiklah, saya mulakan perjalanan entry kali ini dengan ucapan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Baru-baru ini pada 25 Jun 2011 (Sabtu) telah berlangsungnya satu MAJLIS PERASMIAN ALBUM TERBARU DAYANA AMERDA (IMPIAN YANG SATU) di salah sebuah tempat di Ara Damansara iaitu di BROADWAY ACRES SDN BHD.

Bermulanya perjalanan saya ke sana dengan menaiki tren komuter dari NILAI dan menuju ke SHAH ALAM. Tiba sahaja di Shah Alam saya telah dijemput oleh kakak saudara yang telah berbesar hati ingin menolong saya menuju ke destinasi. Thanks a lot Kak Nor.

Kemudian kami berpusing2 dalam Ara Damansara untuk mencari lokasi tujuan. Pusing punya pusing, akhirnya kami pun tiba di lokasi yang di cari. Memandang hari masih awal, kami pun pergi mengisi perut yang sedang berkeroncong kelaparan.

Sesudah makan, kami bergerak semula ke bangunan J (Broadway Acres) dan kakak saudara saya pun meninggalkan saya di situ. Sebab dia nak masuk kerja. Dengan penuh yakin, saya pun melangkah ke tempat tu dan dengan bengongnya saya bertanya kepada Uncle yang ada kat luar tu "ni tempat launching Album Dayana ke?" sedangkan dah terpampang besar wajah si COMEL ini di hadapan pintu masuk.. haiyoo, saje la tanya kot2 salah kan. hehe

Sampailah tiba saat yang di tunggu uncle tu jemput masuk, kat guest book tu tau name sape dulu? ni, name minah ni NURULAZMA SHAFIQAH BT KHAIRUL AZHAR. ha, kau. x ke fanatik pukul 1 dah sampai event mula pukul 3. har3

Masa pun berlalu dan terus berlalu.. bermula dengan persembahan 2 jejaka cilik yang main piano sorang main drum sorang, barulah DAYANA AMERDA dipanggil masuk. Mula2 tengok je D depan mata, dalam hati aku.. "woowww, cantik seyh!" ha, tengoklah mama dia kan? ;)

Lepas D nyanyi 2 lagu, D adelah ceritakan apa yang tersirat di sebalik lagu. Lagu2 D sume mama dgn papa D yang cipta. Lagu Inggeris tu je satu2 lagu dari ayah angkat D x silap saya. (D panggil ayah) memang sume lagu2 die aku bagi "beribu2 lemon thumbs up lah!"

Meremang bulu roma ni bile dengar suare D secare live. nganga weh !

Lepas habis sume tu, D ada sampaikan gift untuk mereka yang banyak membantu D dalam karier..

Ni yang paling syok nak cite ni. hehe.

Mase tetamu sume dok bergambar n ambik sign D, aku pn melepak kt belakang. tgh2 aku mengacau 2 orang budak catering tu, aku terkejut bile pandang sebelah aku, FAUZIAH LATIF ! perghh... harum perfume Kak Gee... aku pun x sempat hape, trus bergambar. hehe. mau nye x. penyanyi lagu SETIAKU KORBAN KAN tu... huhu

Last2, bile keadaan da redha baru aku g posing ngn D. ngan Kak Aida (mama D) awal2 lagi dh. Mama D memang sporting ah.. freindly lagi. cewahhh. bodek ke hape ni. hehe. (ikhlas tau)

D pun x sombong. Bagus kalau awal2 kite didik jangan sombong. Maklumlah kan orang terkenal. Alhamdulillah, D not kind of that person.

Jadi, aku rase ni je kot aku nk tulis. hehe.

Ni ade beberapa keping gambar untuk tatapan kamu semua.



Azma D'Luver & Dayana Amerda



Afiq IK 1 & Azma D'Luvers



Azma D'Luvers & Aida Amer D'Luvers


Kak Fauziah Latif (Gee) & Azma D'Luvers


OK SEMUA. Azma nak tido.. Korang jangan lupa check in kt official website DAYANA tau.


Sekian, SALAM 1 MALAYSIA !!

P/S : korang perasan x , azma ni kejap "SAYA" kejap "AKU" hehe sorry lah. tibe2 datang brutal tu yg jadi aku tu.. hehe.. maaf..




1 notis:

bedah said...

peeeiwt cun tu yg pakai baju merah kekekek

Post a Comment