AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Friday, June 10

berita lewat pagi ||KELANTAN vs TERENGGANU||


Berita Terkini dari sudut pandang belakang cermin kereta.
12 Jun 2011, 3.09am
Laluan utama dari arah pantai timur menuju ke utara di katakan sesak sejak lewat jam 6 petang tadi. Dikhabarkan kenderaan yang sarat dengan warna merah, hitam dan putih sedang memenuhi setiap perhentian sepanjang lebuhraya. Fenomena ini dilaporkan berlaku apabila 2 buah negeri dari pantai timur iaitu KELANTAN & TERENGGANU dilaporkan akan bertemu buku dan ruas malam esok di STADIUM PUTRA BUKIT JALIL. Pertembungan 2 negeri jiran ini akan menentukan siapakah yang akan pulang membawa PIALA FA 2011 dan siapakah yang akan berjaya merampas piala yang dahulunya dipegang oleh NEGERI SEMBILAN pada tahun sebelumnya. Berikutan dengan hari bersejarah ini juga, negeri Kelantan dan Terengganu dikatakan lengang dan sesuai untuk sesiapa sahaja datang membeli belah dan bercuti tanpa sebarang kesesakan lalulintas. Dijangkakan lautan merah, hitam dan putih ini akan membanjiri KUALA LUMPUR bermula dari pagi esok. Untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai perlawanan ini anda bolehlah menyaksikan sendiri secara live di RTM 1 dan ASTRO ARENA.

Sekian dari saya untuk berita lewat pagi.

1 notis:

AidaAmer said...

Kite suka la nama awk....lovely...hehehe...

Post a Comment