AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Sunday, June 5

SURATAN atau KEBETULAN?

Salam sinar kasih buat semua...
setelah sekian lama menyepi hari ini aku kembali utk menitipkan sesuatu buat semua...
bukan utk hari ini shj ttpi InsyaAllah utk selamanya.. selagi hayat dikandung badan...
entry aku hari ini berkisarkan mengenai SURATAN dan KEBETULAN.
Semenjak beberapa bulan ni, aku seringkali merasakan sesuatu yang sering berlaku dalam hidup aku sebagai satu kebetulan.
Aku pelik. Bile aku sebut nama seseorang yg tiba2 terlintas di fikiran aku, pasti insan itu akan muncul depan mata. Macam tu jugak bila aku termimpikan seseorang. Biasenye bukan orang yang aku mintak die muncul pun. Cuma bile terlintas nama di mulut tu, muncul lah dia. Walaupun x lah selalu, tp kadang2 terjadi. Bile dah terjadi kebetulan tu, aku pn mule la berfikir agaknya aku ni mulut masin kot. Sebab aku selalu dengar klu jd ape yg kite ckp, orang akan panggil kita "mulut masin" kan? betul x? aku pun test la market. konon2nya aku sengaja sebut2 nama "DIA" tapi hingga ke hari ni, bayang2 pn x nmpk. Lepas tu, banyak sgtlah kebetulan yg berlaku. (x blh cerita lah kan sbb ianya PnC) So, aku pun cubalah cari d google.. Pengertian KEBETULAN dalma perspektif ISLAM....

Ini adalah antara artikel yg aku jumpa :

"Di dalam akidah Islam tidak ada yang dikatakan sebagai kebetulan kerana semuanya merupakan takdir daripada Allah SWT. Setiap yang berlaku hatta sekecil mana sekalipun tidak terlepas daripada khudrat dan ilmu Allah SWT. Tetapi kita boleh katakan kebetulan yang dimaksudkan oleh orang kita ialah berbetulan dengan takdir. Maka jika dimaksudkan dengan kebetulan ialah yang berbetulan dengan takdir maka tidaklah menjadi salah untuk kita mengatakan secara kebetulan. Dengan perkataan yang lain ialah sesuatu yang di luar kemampuan kita berlaku dan berbetulan dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT.

Namun jika dii’tiqadkan yang kebetulan itu terjadi dengan sendiri bukan daripada khudrat Allah SWT maka kalam sebegini boleh mengeluarkan kita daripada Islam dan dikira sebagai murtad dan wajib bertaubat dan jika tidak mahu bertaubat maka dipancung oleh Imam atau ketua negara sebuah negara Islam.

Ulamak mutakallim membahagikan perbuatan kita kepada dua. Pertama disebut sebagai ikhtiari dan kedua disebut sebagai idthirori. Ikhtiari ialah yang kita lakukan dengan pilihan kita dan usaha kita seperti kita memilih untuk memakan nasik atau roti. Maka ini di dalam kawalan kita. Adapun idthirori ialah sesuatu yang di luar bidang kuasa kita yang berlaku dengan ketentuan Allah SWT seperti kelipan mata dan sebgainya.

Di dalam permasalahan ini wujudnya beberapa golongan di dalam Islam seperti golongan Jabariyyah dan Qadariyyah di mana jabariyyah mengatakan perbuatan kita secara terpaksa dengan menafikan pilihan kita. Seperti bulu yang diterbangkan oleh angin. Maka yang memaksa kita ialah kudrat Allah SWT. Qadariyyah pula mengatakan Allah Ta’ala tidak ada sangkut paut dengan apa yang kita lakukan. Maksudnya Allah Ta’ala memberikan kita khudrat secara total dengan menafikan khudrat Allah Ta’ala di dalam perbuatan yang kita lakukan.

Muktazilah pula berpandangan Allah hanya melakukan perkara yang baik dan terlebih baik adapun perkara yang buruk tidak dilakukan oleh Allah Ta’ala. Tujuan mereka untuk mentanzihkan Allah Ta’ala daripada perkara yang buruk tetapi tanpa mereka sedari mereka membataskan kuasa Allah dan seolah-olah ada kuasa lain yang membuat perkara yang buruk. Jika bukan Allah yang melakukan perkara yang buruk maka siapa lagi? Sebab itu di dalam rukun iman kita wajib beriman dengan qada’ dan qadar buruk dan baik ditentukan oleh Allah SWT. Tinggal lagi usaha dan ikhtiar kita dalam memilih yang mana disuruh oleh Allah dan yang dilarang oleh Allah SWT. Ulamak ahli sunnah menghukumkan haram jika kita mengatakan babi Allah atau apa-apa yang buruk dan keji sebagai beradab dengan Allah SWT walaupun pada hakikatnya semuanya dijadikan oleh Allah SWT.

Ketiga-tiga aliran ini merupakan aliran yang sesat dan menyesatkan yang melakukan bidaah di dalam urusan agama. Adapun akidah ahli sunnah kita mengi’tiqadkan bahawasanya Allah Ta’ala memberikan ikhtiar dan kasbun iaitu pilihan dan usaha kepada kita tanpa menafikan campurtangan khudrat Allah tetapi kita diberi pilihan samada untuk melakukan ketaatan atau maksiat. Dengan sebab inilah kita diazab dengan maksiat yang kita lakukan dan kita diberi pahala dengan ketaatan yang kita laksanakan."


Aku masih kurang jelas dengan pemahaman di atas. Aku cari lagi dan aku jumpa pula ayat Allah ini..


“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Al Baqarah(2):255 - Ayat Kursi)

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz). (Al An’aam(6):59)

Setelah membaca ayat2 ini, baru aku mengerti.. setiap apa yang terjadi itu sudah Allah tentukan seawalnya.. soal seperti Jodoh, Ajal juga sudah termaktub dalam LohMahfuz kita. Itu memang kita x blh nak nafikan. Dan, harus diingat setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Kadang2 orang bosan mendengar nasihat yang sama. Bila kita x dpt menerima sesuatu hakikat itu, orang pasti akn menasihati kita dgn ayat "SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA" dan aku sendiri mengakuinya. Belum ada lagi setiap apa yang terjadi itu Tuhan sengaja berikan pada kita tanpa hikmah. Suka aku utk berkongsi ayat ini, hari ini biarlah lebih baik dari semalam, dan di harapkan hari esok lebih baik dari hari ini...

Semoga segala apa yang Tuhan berikan pada aku hari ini, akan menjadikan aku lebih kuat, aku sentiasa berpegang pada ayat ini

"ALLAH TIDAK AKAN MEMBERIKAN DUGAAN YG HAMBANYA TIDAK MAMPU UNTUK MENGHADAPINYA"

Semoga aku dan anda yang menhadapi sebarang masalah tabah dan redha menempuh dugaan hidup dan sentiasa berbalik kepada AL-QURAN dan DOA kepada TUHAN untuk memperoleh ketenangan...

Sekian..

Sumber : [klik sini] dan [sini]


0 notis:

Post a Comment