AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Sunday, June 12

TIPS UNTUK ORANG KECEWA

Hari ni saya nak kongsi sedikit tips2 untuk mereka yang baru lepas putus cinta ke putus tunang ke boyfriend kena rampas ke atau ape2 je yg berkenaan dengan lelaki dan KECEWA.
Kecewa ni satu benda yg sangat menyakitkan tau. Lagi2 pada mereka yg x tau nak handle diri macamane bila BF kena rampas ke ataupun BF mintak putus ke ataupun BF ade perempuan lain ke. So, hari ini saya nak berkongsi lah dengan anda semua sedikit tips bagaimana nak menangani rasa KECEWA tu. Saya ni x lah pandai sangat, tapi berdasarkan pada pengalaman tu, bolehlah sikit2 kalau nak dicuba untuk diguna pakai kan. :) okey?

First2 bila kite rase kecewa tu je, terus g bilik mandi dan nangis puas2. Kalau ada shower, duduk bawah shower tu dan nangis. Nangislah sampai puas. Lepas mandi, ambik air sembahyang, lepas tu terus sembahyang. Kalau dah sembahyang, buat la solat sunat. Tenangkan hati. Bacela Yasin ke, Al-Mathurat ke. Nak bagi tenang kepala otak kita tu kan. Bukan dengan ambik pisau then toreh2 kat tangan ye. Itu keja bodoh namanya. (sebab pernah buat, rasa la diri ni bodoh ya amat). Lepas tu boleh lah korang g makan puas2. Makan ape yang korang nak. Suke hati korang nak makan apa. Elok diteruskan amalan makan banyak tu. Bia badan nampak sihat dan berisi sedikit. Kalau ikutkan perasaan xnk makan ape sume, kite jadi kurus,lemah, sakit. LELAKI tu akan rasa bangga tau sebab dapat buat kite kecewa. Lagi2 LELAKI tu pulak akan bangga sebab kita sakit kerana dia. Ahh pedulikanlah semua tu. Dia sedap2 bahagia, kita pulak nak menyemakkan kepala, menyakitkan badan. Huh. Pas korang da makan tu, korang buat lah aktiviti apa yang korang suka. Kalau saya, saya g karaoke lah kan. Tapi jangan lah sampai lupa diri ye tak. Apa2pun bila dah release secara enjoy macam tu, cara yang betul jangan lupa. Amalkan lah membaca ayat penenang jiwa. Ataupun baca Yaasin tu paling mujarab tu. Sambil2 tu kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk ex kite tu. Doakan semoga di bahagia dan kita dapat ketenangan.. Lepas tu pulak, korang start la kumpul apa2 yang pernah die bagi. Gambar ke teddy bear ke ape ke, masuk dalam kotak. Campak jauh2. Dalam sungai atau dalam laut. Jangan korang g campak dalam kolah kt rumah sudahla ye. Kalau korang nk pulangkan balik pn xpe rasanya. Daripada die mengumpat kan. Ha.. baik pulangkan. Mne tau die dok cite2 kt teman baru die, die ade belikan kite itu dan ini.. Dan lepas tu korang tulis surat panjang2 kat dia. Cerita segala kenangan dan pengorbanan korang semasa bercinta then hantar kt rumah dia. Kalau die sedar silap dia, dia akan cari korang balik. Tapi jangan mudah sangat nak terima yek. Kalau die xde perasan die akan buat bodoh jelah kot. huhu. Pastu, ape lagi? urmm.. ha, korang jangan sesekali gatal nak contact die lagi. Saya faham mula2 memangla susah kan nk lupa. Tapi korang buat pelan2, InsyaAllah berjaya, Tapi jangan cepat sangat nak cari atau terima pengganti dia. Sebab korang sebenarnya terima lelaki lepas die yg cuma korang kenal x sampai beberapa hari tu bukan sebab korang betul2 in love pun. korang cuma nk balas dendam pada hati korang sendiri je. nak balas kekecewaan korang tu. So, ambik lah masa yang betul2 korang rase korang dah 100% lupakan die then baru terima yang baru.. Bila dah jumpa yang baru, binalah hidup baru, APA YANG PENTING , koeang mesti CINTAILAH ALLAH dahulu sebelum korang menCINTAI die lebih dari nyawa korang sendiri...Ingat tu...

0 notis:

Post a Comment