AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Tuesday, August 23

| Giler teruk English kau !!!!! Memalukan ! |

Salam to all my readers..
Before I sleep, I would like to post this new entry in english language.
Why ? Because I want to improve my english.
Now, I am studying at Centre For Foundation Studies, International Islamic University Malaysia. So, if I want to continue my degree at IIUM Gombak, I must to pass level 6 english in CFS IIUM.
Because of that, I try to speak n write in English. Eventhough my sound look stupid when I speak in English. If you read this entry, you should know that I am very slow in typing rather than when i type in Malay. Oh, that is so shame.
I hope that one day I can be a good speaker and writer in English.
I dont know what to type anymore. May I stop ?
Before I stop, I want to tell you all that I did not care if I be a second wife one day. (haha ! tetibe. )

Stop read. Its so annoying to continue.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

"Hahahahahaha macam hape je bila aku menaip dalam BI kan????"
"Malu..."
"Camn nak jadi student UIA kt Gombak nanti ni????"
"Help.. Help.. Help.."

SERONOKNYA BAKAL JADI IBU !!! :))


Salam 1 Malaysia.

Salam Ramadhan.

Salam sambil cium tangan. :)

Alhamdulillah. Hari ni makan sedap ! Wah ! Terima Kasih Hotlink Hot Ticket kerana memberi reward Burger KFC + Air Pepsi hanya dengan harga RM5. Syukran !

Sebelum beratur panjang kat KFC tadi, aku and my besties,Ezreen berkesempatan untuk merewang2 sebelum masuk waktu berbuka kat dalam Tesco tu.

Sepanjang perewangan kami, kami jumpa ramai ''mak buyung'' sedang window shopping dengan suami masing2. Taukan ''mak buyung'' tu sape ? Kalau kat kampung aku ''mak buyung tu istilah untuk ibu mengandung. Hehe.

Masa besties aku tu nak tengok duit dalam akaun dia kat ATM tuh, aku sempat lagi mencuit seorang baby yang baru berusia sebulan.. comel comel comel sangat baby tu.. Aku ni memang pantang tengok baby, x kira anak cina, melayu, india, sume aku usik, cium dan nak cubit2 pipi dia. Nasib baik fikir itu anak orang. Huhu.

Kebetulan pulak baru2 ni aku dikhabarkan dengan berita gembira yang kakak-kakak aku sudah berbadan dua.. Tahniah Kak Ida dan Kak Diyana. X sabar ni nak dapat anak buah baru ! yeeaa !

Setiap kali kakak-kakak aku x kiralah sepupu ke, jiran terdekat ke atau sape2 saje kenalan aku yang sedang ,mengandung, aku lah yang terlebih excited ! haha. Semakin membuak2 naluri keibuan aku neh ! wow !

Mungkin kerana aku ni seorang 'kids lover' so, kat mana2 pun aku memang akan terlebih excited bab2 ibu mengandun dan bayi2 serta kanak2 kecil ni..

Balik je bilik, terus menatap laptop dan terbacalah entry bro Ben. Oh, rupanya isteri beliau juga sedang mengandung. Tahniah Bro Ben ! :)

Jadi, secara kesimpulannya, kat sini aku nak share sikit lah info yang dapat tentang "AMALAN SUAMI UNTUK IBU MENGANDUNG" khas buat bakal ibu dan bakal bapa yang berada di luar sana ! :)


Amalan suami semasa isteri mengandung.

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

*Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
*Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
*Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
*Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
*Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
*Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
*Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
*Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
*Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
*Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
*Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
*Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.



Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

*Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
*Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
*Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
*Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
*Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim."
*Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


Dan ini pula surah-surah pilihan untuk ibu mengandung berserta doa.


  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

sumber : super kid

SEMOGA BAKAL2 IBU DAN BAPA DILUAR SANA AKAN MENDAPAT "BRILLIANT BABY". coming soon !! :))

:: Kad Raya Untuk Artis ::



Assalamualaikum..
Salam Ramadhan..
Salam 1 Malaysia..

Hatoii.. Pejam Celik Pejam Celik Dah Hampir Kita Ke Penghujung Ramadhan kan ?
Macam x percaya. Rasa baru je semalam tengok anak bulan puasa. hehe.

So far, Perjalanan hidup hari ni sangat2 memenatkan. Al-Maklumlah kelas pukul 8am tadikan. Direct sampai kol 1 pastu exam pulak pukul 2. Memang ponek lah kan. Tapi nak buat camne. Hidup kena kuat beb ! Haha.

Okey xnk melalut dah. Banyak kerja nak buat tu. Tempahan kad raya banyak lagi x siap. Tapi yang PENTING kad untuk ARTIS KESAYANGAN saya dah siap ! :)


Check-it-out ! Wattcha !



Firstly : To My Idol, Mr.17 ! (bak kata wife beliau, Kak Iza) :- MOHD.AMRI YAHYAH



Secondly : To My Adik Comel with her sweet Mama (Kak Aida Amer) :- Dayana Amerda


Alhamdulillah dapat respons positif dari both of them...
Walaupun kad tu x seberapa je..
Hehe..
Thanks Kak Iza and Kak Aida !!
::L0T 0F L0VE::


Monday, August 22

RM3 696.87 [ dah boleh check - out ke? ]


Salam 1 Malaysia !

Fuhh ! Gempak seyh hari ni.

Tak di sangka2 blog aku ni bernilai jugak rupanya !

Haha. Bukanlah dapat earning dr Nuffnang pun.

Tapi, saje2 aku nk check berapa nilai blog usang aku neh.

RM 3 696.87 nilai blog ini. :)




Hehe. Nak check anda punya ?


*X dapat bayangkan kalau RM 3 696.87 dari hasil blog ni boleh di cash kan. hihi.

Wow ! Ade orang tempah kad raya !

Salam 1 Malaysia.. Happy Ramadhan Happy Hari Raya. ('',)

Semangat ni ! weehuu..

Nak tengok koleksi kad raya Azma ?

Muahaha. Ni semua edited by Azma D'Luvers tau. ngehe.

Jom tengok ! Siap ada yang tempah lagi. Ahaks !


Thanks to Cik EFA CATALYST kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk buat kad anda. :)

Layan ~








Sunday, August 21

Kau Buat Aku Buntu !!!

Astaghfirullahalazim..
Ya Allah, berikan aku ketenangan untuk meneruskan penulisan ini..
Ya Allah, terkedu tak terkata aku dengan kebesaranMU Ya Allah..
Kau pertemukan aku dengan dia dalam keadaan yang tidak disengajakan, kerana kau ingin mengajar aku pada sesuatu.. Agar aku berfikir..

Di mana silapnya kita dalam mencari rezeki yang halal ?

Aku buntu memikirkan hal ini. Kerjaya sebagai seorang jurugambar memanglah satu kerjaya yang tidak dilarang dalam agama kita. Tetapi, apa yang memusykilkan aku, untuk kita berjaya dalam karier kita, perlu kah kita menodai syariat ISLAM ?

Ya, sejujurnya. Aku bukan Hamba Allah yang layak mencium bau syurga. Terlalu jahil diri ini untuk mempersoalkan tentang ilmu agama. Namun, apa yang ingin aku kongsikan di sini, adalah tentang apa yang Tuhan telah tunjukkan pada aku.

Menyayangi dan mempercayai orang bagi aku bukanlah sesuatu yang mudah. Aku percaya pada seseorang itu begantung pada gerak hati aku. Sedap hati aku, bermakna tiada masalah untuk meneruskan perhubungan dengan orang itu. Tidak sedap hati ini, segera aku undur diri.

Apa yang berlaku pada aku kali ini, adalah kerana telahan hati aku yang tidak tepat. Aku yakin pada gerak hati aku namun di satu ketikaTuhan beri aku petunjuk.

Ya, hati aku kini sering lalai dalam menilai. Mungkin kerana aku semakin jauh dari jalanNya..

Aku terjebak mengenali sesorang tanpa usul periksa. Mujur Tuhan masih sayangkan aku dan tidak mahu aku terlajak lebih jauh. Kelemahannya terbukti depan mata hingga menimbulkan rasa benci aku padanya.

Dia seorang lelaki. Segak. Bergaya. Berpengetahuan. Namun, sayang. Gagal menilai punca rezeki yang baik disisi agama.

Apa guna menimba ilmu tetapi hasilnya dosa pada diri kita ?

Bukan kah dalam Agama kita dituntut untuk mencari ilmu yang berfaedah.

Tidak dinafikan, dia mempelajari ilmu untuk meningkatkan skill dalam kerjanya. Tetapi, cara itu silap.

Tambahan lagi dalam bulan puasa. Ya Allah, hambaMU memohon ampun atas kekhilafan diri ini.

Adakah menjadi tanggungjawab aku untuk menegur kerana aku telah menjadi sahabatnya?

Tidak. Aku ingin lari darinya. Kerana aku takut bertambah dosa yang lain pula.

Aku keliru aku buntu !

Aku tak faham ! Mengapa perlu melakukan perkara sebegitu hanya demi untuk !!!

arggh ! sukar untuk aku jelaskan di sini. Aku takut ada hati yang terasa dan terluka !

Aku cuma boleh katakan :

"Aku benci pada dia yang memperalatkan perempuan untuk kepentingan diri sendiri !!"

Walaupun aku bukan mangsa. Tetapi, bagaimana dengan mereka yang lain di luar sana, yang sanggup memperagakan "tubuh untuk" mencari publisiti ? Hey, setakat gambar kau orang dijaja kat page facebook sahaja, x perlu lah aku rasa. Bukan dia bagi kau duit ! Kau cuma talent dia je!

Semoga Tuhan berikan aku, dia dan kita semua petunjuk dan Hidayah NYA...

Semakin jauh kita dari jalanNya tanpa kita sedari..

AMPUNKAN AKU YA TUHAN !

ADIK.. ALONG SAYANG ADIK..

ADIK..
ADIK CINTA MATA HATI ALONG..
ALONG SAYANG ADIK DUNIA AKHIRAT..
:)

Posted by Picasa

DOA BUAT SAHABAT..





Doa Buat Sahabat..

Doa ini aku tujukan khas buat sahabat-sahabat ku bermula dari aku di alam persekolahan.. di Pasti Al-Hidayah Felda Serting 2, di Tabika Kemas Felda Serting 3, di Sekolah Kebangsaan Serting(3) Felda, di SK Pandan Indah, di SMK Datuk Undang Abdul Manap, Johol dan di Pusat Asasi UIAM,Nilai. Juga aku tujukan khas buat sahabat2 yang aku kenali di kampung, di tempat2 kursus dan juga di mana-mana sahaja tempat di Bumi Allah ini.. Juga buat sahabat yang bersama2 di dunia maya ini, di blog dan di FB. Tidak lupa juga buat sahabat yang sebelum ini menganggap aku sebagai sahabat, tetapi kerana kelemahan diri, kini aku tidak lagi dipinta untuk menjadi sahabat.. Namun, dalam hati ini, sekali ukhwah persahabatan itu terbina dan terjalin, SAHABAT aku TETAP SAHABAT aku DUNIA AKHIRAT...
SALAM SAYANG buat MU , SAHABAT ku... 


Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

            Ya Allah…
            Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

            Ya Allah…
            Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

            Ya Allah…
            Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

            Ya Allah…
            Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

            Ya Allah…
            Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

            Ya Allah…
            Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi  hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

            Ya Allah…
            Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

            Ya Allah…
            Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

            Ya Allah…
            Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.


sumber :- 

Thursday, August 18

KENAPA PEREMPUAN SUKA MENCARUT?

Maaf. Gambar xde kene mengena dengan entry. hehe.


Assalamualaikum..

Sebelum saya meneruskan entry PANAS pada hari ini eloklah kiranya kita bersama-sama berselawat dahulu ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..

Bertafakur lah kita sejenak tentang hari-hari yang mendatang. Dunia yang semakin menghampiri ke penghujungnya. Lihat ke sekeliling kita. Apa yang sedang berlaku?

Baiklah, berbalik kepada topik yang ingin saya kongsikan pada hari ini. Mengenai PEREMPUAN.

PEREMPUAN dikatakan sebagai kaum yang penuh dengan adat kesopanan dan ketatasusilaan yang tinggi. Bagi  lelaki, mereka mengharapkan agar mereka diberikan PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR yang sering dikaitkan dengan ciri-ciri kemelayuan yang tinggi.

Namun, apa yang terjadi di sekeliling kita pada hari ini ?

Mana perginya kesopanan dan ketatasusilaan kita sebagai seorang PEREMPUAN ?

Golongan yang ingin saya tekankan hari ini adalah golongan PEREMPUAN YANG SUKA MENCARUT.

Tidak saya nafikan, kadang2 mulut ini lancar jugak untuk menyebutkan perkataan-perkataan yang boleh dikategorikan sebagai perkataan mencarut ni. Paling lancar kt mulut ni adalah perkataan " B*** " Tapi x lah sekerap mana dan x lah selalu atau dalam erti kata lain menjadikan ia sebagai rutin. Kadang-kadang bila terlalu marah atau terlalu geram, terkeluar jugak lah.

Tetapi, bagaimana dengan mereka yang menjadikan hobi "mencarut" ini sebagai sebutan harian ?

Lebih-lebih lagi apabila hobi "mencarut" itu tidak dilimitkan penggunaannya ?

Setiap ketika. setiap waktu MENCARUT, MENCARUT, MENCARUT.

Kita yang mendengarnya menjadi SAKIT HATI.

Apalah salahnya kita menyebut perkataan yang baik-baik seperti kalimah AllahuAkbar dan lain2nya.

Kalau dah terbiasa sangat pun, cuba ganti dengan perkataan lain seperti yang saya selalu buat. Kadang-kadang nak sebut "Ba** betullah" saya gantikan kepada "Ba...yam betullah". :)

Sekurang-kurangnya saya gagal untuk mencarut. Bukan tujuan entry ini untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, tetapi sebagai satu peringatan. Kepada diri saya dan kepada anda di luar sana juga.

Kadang-kadang, bila sesama rakan, kita anggap perkara "mencarut" ini biasa. Takpelah kalau kawan kita tak kisah. Kita antara kita sahaja.

Bagaimana pula bila ada orang luar/ orang lain yang mendengar kita mencarut dengan begitu bangga dan gah sekali? Apa pandangan mereka pada kita?

Itu yang menjadi persoalan sebenarnya. Kenapa perlu kita tunjuk pada orang yang kita ni "kaki mencarut?"

Kita yang mendengar ni yang jadi malu.. Aduhai perempuan..

Kau rasa kau cool kot bila mencarut dan orang sekeliling kau dengar.

Hurm, entahlah.


Renungan Bersama : Cara Untuk Elak dari MENCARUT,

Amalkanlah zikir bil qalbi, kadang-kadang kalau kita perasan, dalam hati pun boleh mencarut...sebaik-baiknya, jadikan tabiat hati sentiasa berzikir, xkisahlah zikir allah ker, zikir "lailahaillallah" ker, atau zikir nama-nama allah ker"asamulhusna" bukan selepas solat jer, tetapi amalkanlah ketika kita belajar, wat kerja, makan, minum, sekalipun didalam tandas, hidup kan hati kita mengingati allah dengan berzikir... kesimpulannya, berzikirlah hati kita tiap-tiap masa, melainkan kita lupa, itu biasalah, tetapi kalau ingat zikirlah, insyaAllah perkataan "mencarut" tue akan hilang dengan sendirinya, dan bila kita terkejut atau marah, akan automatik hati kita akan berzikir... dan kalau boleh sebelum tidor pun kita zikir sehingga mata kita terlelap, dan jika di amalkan selalu, selepas bangun hati kita tetap berzikir, 
cubalah... wallahua'lam"    sumber : [klik sini]



Pandangan anda pula bagaimana ?
Harap sudi untuk berkongsi.
SEKIAN. :)

MANA MAK...SEBUAH KISAH YANG MENYENTUH PERASAAN :'(

Jam 6.30 petang


Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak : "Along mana?"

Mak jawab : " Ada di dapur tolong siapkan makanan."

Ayah tanya Mak lagi : " Angah mana?"

Mak jawab : "Angah mandi. Baru balik dari main bola."

Ayah tanya Mak : " Ateh mana?"

Mak jawab : " Ateh, Kak Cik tebgok tv kat depan dengan Alang di dalam."

Ayah tanya lagi : " Adik dah balik?"

Mak jawab : " Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau adik tak balik kita cari Adik."

Mak jawab soalan ayah dengan penuh yakin. Tiap - tiap hari ayah akan tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

DUA PULUH TAHUN KEMUDIAN


Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along : " Mana mak ?"

Along  sedang membelek-belek baju barunya, Along jawab : " Tak tahu."

Ayah tanya Angah : " Mana mak?"

Angah menonton tv. Angah jawab : "Mana Angah tahu."

Ayah tanya Ateh : " Mana Mak?"


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab : " Entah."


Ayah tanya Alang : "Mana Mak?"

Alang tidaj menjawab. Alang hanya menggoncang bahu tanda tak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yagn sedang leka melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang Ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak siapa tahu di mana Mak. Mak dan hati anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu dimana Mak setiap kali ayah bertanya "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik.!"

Tersentap Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila dari sekolah. Mereka akan tanya,"Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak?" Apabila mendapat nombor 1 di sekolah atau kaki melecet bermain bola di padang. Mak resah apabila anak-anak Mak balik lambat. Mak mahu tahu dimana semua anak-anak berada di setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang Anak-anak Mak sudah besar, Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya. "Mana Mak?"

Semakin Anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari anak-anak Mak.


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kuih koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kuih koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kuih koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kuih koci kamu ni.”
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kuih koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamad. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kuih koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telefon budak-budak ni tadi, tapi Uda kata semua tak berangkat.”
Mak minta Mak Uda telefon anak-anak untuk beritahu yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kuih koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, ”Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” ”
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kuih koci buat bekal.”
“Ayah, ayah….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Artikel ini aku baca dari seorang teman.. dan juga sumber dari sini..
Kredit to : SARANG JERUNG

: GA Duit Raya Dari Niera :


ASSALAMUALAIKUM...

Setelah ditag oleh  IM.BOBO ,

Dengan berbesar hatinya aku menjoinkan diri untuk GA Duit Raya dari Niera.

Syarat2 yang telah diperuntukkan oleh Cik Niera adalah seperti berikut.

1) Follow blog. (done)
2) Like FanPage Niera  (done)
3) Letak banner dan link kan banner pada Entry
4) Letak tajuk entry " GA Duit Raya dari Niera"
5) Tinggalkan link kt komen entry.
6)Nyatakan pendapat mengenai blog Aisyah Humaira.
7)Tag sorang kawan atau lebih.

Untuk syarat 1-4 dah lengkap. Syarat ke 5 lepas post nnt kita tinggalkan link kt sane.

Ni untuk syarat no.6 : "Blog Aisyah Humaira sangat cute. Tambahan lagi dengan tema warna lembut seperti warna Pink itu. Sangat tenang apabila masuk ke blog Aisyah Humaira. Sebab apa, sebab tengok dari gaya penampilan blog itu melambangkan Aisyah Humaira adalah orang yang mementingkan ciri-ciri Islamik. :) Lihat sahaja pada namanya. :)

Dan sekarang anda telah di tag !

1)Cik Jijah (sebab header blog kamu PINK!) ('',)



Sunday, August 14

: TAHNIAH DATO LEE CHONG WEI :


Berakhirlah sudah penantian seluruh rakyat Malaysia yang menantikan keputusan perlawanan akhir sukan badminton "FINAL BWF WORLD CHAMPION" di antara Dato Lee Chong Wei dan Lin Dan.
Biarpun kemenangan tidak berpihak kepada Dato Lee Chong Wei namun seluruh rakyat MALAYSIA sangat berbangga dengan pencapaian Dato Lee Chong Wei dalam aksinya kali ini. Kekalahan ini bukan lah titik akhir untuk beliau di persada sukan badminton ini. Secara amnya, keputusan ini diterima baik oleh seluruh rakyat MALAYSIA dan beliau masih lagi menang di hati peminat sukan tanahair.

Hidup Matiku MALAYSIA.

Ahhhh..... Fantasi aku memang giler........!!!!!


Setiap orang ada impian mereka yang tersendiri bukan ?
Begitu juga dengan aku.
Dan hari ini, aku ingin berkongsi apa yang menjadi fantasi aku sekarang.





Inilah dia yang menjadi fantasi aku di


dengan menggunakan id ini

[GadisNegeriDLuvers]

dan bernamakan kelab ini

[SuriaDCordoba]

Walaupun team aku tu ntah pape je aku letak. Tapi, aku enjoy this game ! :)
Untuk Head-to-Head league aku join 3 private league ini iaitu

Hobin Jang Hobin
Test Fight Tengok
Liga Lu Kalah Lu Mati

Kesimpulannya, aku da kering idea nak update entry ape ! >.<

"CONTEST BERSAMA SI MANJA (MR_RIGHT)"



Dengan Rasa Rendah Dirinya, Saya telah pun bersedia untuk meng'JOIN'kan diri dalam "CONTEST BERSAMA SI MANJA(MR_RIGHT)"

anjuran


dan dengan itu juga, saya ingin mempertaruhkan gambar ini..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v




Dan saya ingin menjemput dengan rasminya anda bertiga untuk menyertai Contest ini. Yiehha !

T.A.G



Sekian. Semoga berjaya. ('',)




Align Center



Saturday, August 13

: NABIL AHMAD bakal berkahwin :


Siapa yang tidak mengenali NABIL AHMAD atau lebih dikenali sebagai Nabil RajaLawak ini.

Selepas bergelar Juara RajaLawak musim ke2 dan juga mendapat tempat ke3 dalam rancangan MaharajaLawak NABIL AHMAD kini keluar dengan satu kenyataan bahawa beliau akan bernikah pada September ini.

Untuk keterangan lebih lanjut :


untung nye gadis tu. dapek oghang kayo ! huhu. pakCik kay0 !

Blog - GhadisBola

Salam Sahur..

Amboi2 aku ni.. sejak 2 menjak 2 menjak lappy aku ni baik dari sakit, rajin pula lah dok buat tu buat ni kan.

Ha, ni nak habaq mai ni. Au baru ja buat satu blog baru. Tapi blog ni bukan aku saja2 buat noh. Blog ni untuk aku memulakan tapak dalam bidang penulisan dalam dunia bolasepak. Ingin berkongsi pendapat, pandangan dan pengalaman. Bukan ape, x ramai kan gadis2 bola kat luar sana yang betul2 berminat dalam industri BolaSepak ni kan. hehe. So, marilah kita bersama2 menyemarakkan lagi industri BolaSepak TanahAir kita ini.

salam di keheningan pagi.. :)

Jom Like page ni Okey.

Happy Birthday MAMA DAYANA ! :)





Sempena dengan hari lahir my lovely sister, sister AIDA..

Semoga Allah merahmati kehidupanmu dunia dan akhirat.

May Allah bless You and make your dream come true..

('',)





Kantoi skodeng Minah mandi sungai !























Seronok jumpa Imam Muda Hassan !





ALHAMDULILLAH..

Syukur pada Yang Maha Pencipta..

Masih memberi kita satu nafas lagi untuk meneruskan kehidupan..

Tambah2 di bulan RAMADHAN penuh Barakah ini..

Hari ini, aku berkesempatan untuk menghadiri ceramah Imam Muda Hassan, Juara Imam Muda musim ke-2 ( maaf jika tersilap).







Bertempat di




MASJID BANDAR PUTRA NILAI




ANJURAN


ECONSS SOCIETY of CFS IIUM,Nilai



Terima Kasih kepada ECONSS SOCIETY yang telah menganjurkan program ini dan memberikan cenderamata iaitu Nasi Ayam Percik sebagai juadah berbuka puasa. Syukran Jazilan.

Friday, August 12

BUKAN Arlene Tan : Gaysec mohon maaf kepada umum dan Arlene Tan


Assalamualaikum...

Dulu aku pernah post kan kisah ni (MAK CIK HAJJAH SITT AL -WUZARA)

Lepas tu kita dikejutkan dengan berita dari Gaysec tentang penemuan ini. antara blogger yang sebut mengenai perkara ini dalam entry nya ( KLIK SINI)

dan SEBENARNYA...

Arlene Tan BUKAN "MAK CIK" tu.

klik (SINI) utk info lanjut.

Sekian. info untuk dikongsi sebelum aku tidur.

Zzzzz


#SahurC.M.H : "Ni Makan Dia"




Nasi Goreng RM1

Kafe Pakcik

Sumber gambar : Atok Google.

goreng pon sodapppp!!

(--)

nak sambung tidoo.

Selamat Bersahur Sume ~

Kerana Selipar...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni berita ingin melaporkan satu kisah.

Kisah mengenai sepasang selipar.

Aku pun x tahu apa masalah selipar aku ni.

Nak kata x lawa, cantik.

Nak kata x cantik, lawa.

X faham aku kenapa orang selalu pandang aku lain macam sejak aku pakai selipar ni.

X tahulah ape masalahnya.

Sampaikan kt dalam KTM pun ade sepasang suamiIsteri berbangsa arab dok usha2 selipar aku ni.

Naik segan aku dibuatnye. Kalau usha je xpe. Ni siap gelak2 lagi. haha.

Aku pun nak gelak jugak.

Itu kes ketiga tu. Aku kena gelak.

2 kes sebelum ni. Lagi haru. Siap makcik tu panggil aku nak menyatakan yang selipar aku...

Errr... Aku xnak cakap. um.

So, aku nak korang nilai lah sendiri. Di mana silapnya selipar aku ni.... !!!




Sebelah hitam, sebelah kuning.

Tapi, mereka x tau ke yang ini adalah satu trend ?

Hadoi. Sape punya idea cipta selipar cenggini?

Tau kenapa aku tertarik nak beli selipar ni?

Sebab warna tu.

Hitam + Kuning.

Warna jersey Malaysia dan Negeri Sembilan.

Tu je motif nye.

Hehe. (:

-.T.A.M.A.T.-



Jangan Malas Bangun Sahur !















Cinta Mata Hati : Maaf, lambat wish. :'(





:: Laptop dan aku ::


Puhh..Fuhh..IShh..HAAisshh.. !!
IShh !!

Hadoii.. berabuk2 dah blog sape neh ??

HakHakHakkkkkkk cUMM mmmm !!

aahhh....

Assalamualaikum...(baru selesa sket nak menaip)

Hai2 hallo Malaysia Brunei !!


setelah sekian lama aku mengkuburkan diri dari dunie belog neh, akhirnya kembali jua semangat dan kerajinan utk mengupdate segala data dan informasi dalam blog yg x berapa nak semenggah ni. huhu.

Bukan malas sebenarnya. cuma masa yang membataskan. tambah2 lagi laptop ni baru je keluar "hospital" selepas menjalani beberapa "pembedahan."

mane x masuk "hospital" nyee.. orang baik2 duduk kat atas katil, die pergi terjun katil. huhu. salah aku jugak yang x sengaja men"terajang" laptop aku sampai jatuh. haha. kesian.

Oleh yang demikian, mulai hari ni. Ana perlu rajinlah mengupdate blog. macam2 nak share nih. nantikan ! :)