AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Sunday, August 21

Kau Buat Aku Buntu !!!

Astaghfirullahalazim..
Ya Allah, berikan aku ketenangan untuk meneruskan penulisan ini..
Ya Allah, terkedu tak terkata aku dengan kebesaranMU Ya Allah..
Kau pertemukan aku dengan dia dalam keadaan yang tidak disengajakan, kerana kau ingin mengajar aku pada sesuatu.. Agar aku berfikir..

Di mana silapnya kita dalam mencari rezeki yang halal ?

Aku buntu memikirkan hal ini. Kerjaya sebagai seorang jurugambar memanglah satu kerjaya yang tidak dilarang dalam agama kita. Tetapi, apa yang memusykilkan aku, untuk kita berjaya dalam karier kita, perlu kah kita menodai syariat ISLAM ?

Ya, sejujurnya. Aku bukan Hamba Allah yang layak mencium bau syurga. Terlalu jahil diri ini untuk mempersoalkan tentang ilmu agama. Namun, apa yang ingin aku kongsikan di sini, adalah tentang apa yang Tuhan telah tunjukkan pada aku.

Menyayangi dan mempercayai orang bagi aku bukanlah sesuatu yang mudah. Aku percaya pada seseorang itu begantung pada gerak hati aku. Sedap hati aku, bermakna tiada masalah untuk meneruskan perhubungan dengan orang itu. Tidak sedap hati ini, segera aku undur diri.

Apa yang berlaku pada aku kali ini, adalah kerana telahan hati aku yang tidak tepat. Aku yakin pada gerak hati aku namun di satu ketikaTuhan beri aku petunjuk.

Ya, hati aku kini sering lalai dalam menilai. Mungkin kerana aku semakin jauh dari jalanNya..

Aku terjebak mengenali sesorang tanpa usul periksa. Mujur Tuhan masih sayangkan aku dan tidak mahu aku terlajak lebih jauh. Kelemahannya terbukti depan mata hingga menimbulkan rasa benci aku padanya.

Dia seorang lelaki. Segak. Bergaya. Berpengetahuan. Namun, sayang. Gagal menilai punca rezeki yang baik disisi agama.

Apa guna menimba ilmu tetapi hasilnya dosa pada diri kita ?

Bukan kah dalam Agama kita dituntut untuk mencari ilmu yang berfaedah.

Tidak dinafikan, dia mempelajari ilmu untuk meningkatkan skill dalam kerjanya. Tetapi, cara itu silap.

Tambahan lagi dalam bulan puasa. Ya Allah, hambaMU memohon ampun atas kekhilafan diri ini.

Adakah menjadi tanggungjawab aku untuk menegur kerana aku telah menjadi sahabatnya?

Tidak. Aku ingin lari darinya. Kerana aku takut bertambah dosa yang lain pula.

Aku keliru aku buntu !

Aku tak faham ! Mengapa perlu melakukan perkara sebegitu hanya demi untuk !!!

arggh ! sukar untuk aku jelaskan di sini. Aku takut ada hati yang terasa dan terluka !

Aku cuma boleh katakan :

"Aku benci pada dia yang memperalatkan perempuan untuk kepentingan diri sendiri !!"

Walaupun aku bukan mangsa. Tetapi, bagaimana dengan mereka yang lain di luar sana, yang sanggup memperagakan "tubuh untuk" mencari publisiti ? Hey, setakat gambar kau orang dijaja kat page facebook sahaja, x perlu lah aku rasa. Bukan dia bagi kau duit ! Kau cuma talent dia je!

Semoga Tuhan berikan aku, dia dan kita semua petunjuk dan Hidayah NYA...

Semakin jauh kita dari jalanNya tanpa kita sedari..

AMPUNKAN AKU YA TUHAN !

0 notis:

Post a Comment