AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Tuesday, August 23

SERONOKNYA BAKAL JADI IBU !!! :))


Salam 1 Malaysia.

Salam Ramadhan.

Salam sambil cium tangan. :)

Alhamdulillah. Hari ni makan sedap ! Wah ! Terima Kasih Hotlink Hot Ticket kerana memberi reward Burger KFC + Air Pepsi hanya dengan harga RM5. Syukran !

Sebelum beratur panjang kat KFC tadi, aku and my besties,Ezreen berkesempatan untuk merewang2 sebelum masuk waktu berbuka kat dalam Tesco tu.

Sepanjang perewangan kami, kami jumpa ramai ''mak buyung'' sedang window shopping dengan suami masing2. Taukan ''mak buyung'' tu sape ? Kalau kat kampung aku ''mak buyung tu istilah untuk ibu mengandung. Hehe.

Masa besties aku tu nak tengok duit dalam akaun dia kat ATM tuh, aku sempat lagi mencuit seorang baby yang baru berusia sebulan.. comel comel comel sangat baby tu.. Aku ni memang pantang tengok baby, x kira anak cina, melayu, india, sume aku usik, cium dan nak cubit2 pipi dia. Nasib baik fikir itu anak orang. Huhu.

Kebetulan pulak baru2 ni aku dikhabarkan dengan berita gembira yang kakak-kakak aku sudah berbadan dua.. Tahniah Kak Ida dan Kak Diyana. X sabar ni nak dapat anak buah baru ! yeeaa !

Setiap kali kakak-kakak aku x kiralah sepupu ke, jiran terdekat ke atau sape2 saje kenalan aku yang sedang ,mengandung, aku lah yang terlebih excited ! haha. Semakin membuak2 naluri keibuan aku neh ! wow !

Mungkin kerana aku ni seorang 'kids lover' so, kat mana2 pun aku memang akan terlebih excited bab2 ibu mengandun dan bayi2 serta kanak2 kecil ni..

Balik je bilik, terus menatap laptop dan terbacalah entry bro Ben. Oh, rupanya isteri beliau juga sedang mengandung. Tahniah Bro Ben ! :)

Jadi, secara kesimpulannya, kat sini aku nak share sikit lah info yang dapat tentang "AMALAN SUAMI UNTUK IBU MENGANDUNG" khas buat bakal ibu dan bakal bapa yang berada di luar sana ! :)


Amalan suami semasa isteri mengandung.

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

*Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
*Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
*Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
*Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
*Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
*Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
*Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
*Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
*Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
*Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
*Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
*Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.



Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

*Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
*Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
*Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
*Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
*Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim."
*Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


Dan ini pula surah-surah pilihan untuk ibu mengandung berserta doa.


  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

sumber : super kid

SEMOGA BAKAL2 IBU DAN BAPA DILUAR SANA AKAN MENDAPAT "BRILLIANT BABY". coming soon !! :))

2 notis:

RinsyaRyc said...

lerr... ingat anti mengandung tadi.. Hihihi.. Takpe, anti akan mengandung gak satu hari nanti...
ana doakan anti dpt anak yg cumel2.. hihihi..

TQ atas perkongsian ilmu^^

YanaMIB said...

hehe tenkiu yang..sgt berguna info nih..bley soh ujang baca nnt =)

Post a Comment