AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Thursday, September 22

| DOA PENDEKAT JODOH | 150412 | ZhiZie





"Ya Allah, jadikanlah dia ( ______________) dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah dia (______________) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya"

Amin Ya Rabbal Alamin..


Wednesday, September 21

DOA CINTA

Ya Allah..
andai dirinya adalah jodohku untukku,
pertemukanlah diriku dengannya,
pada waktu yang Engkau redhai kami,
andai dirinya adalah jodohku,
satukanlah kami dengan jalan yang Engkau redhai,
bukan dengan cinta yang bertuankan nafsu..

Ya Allah..
bimbinglah diriku,
jangan sampai diriku terjerat dalam umpanan syaitan,
tatkala ramai sahabat yang sibuk bercinta,
bantulah diriku,
kuatkan diriku,
agar diriku..
sangat MENCINTAIMU....

Ya Allah..
agar diriku,
tetap dengan pendirianku,
tabahkanlah aku,
untuk sama-sama membimbing sahabat ke jalan yang benar,
ku tidak sanggup membiarkan mereka,
berikanlah kami petunjuk.

Ya Allah..
kumohon keampunan darimu..
untuk diriku dan juga diri mereka..

Ammin Ya Rabb....

2010 dan 2011 Raya yang berbeza..


2 daripada mereka dah di petik kumbang ('',)



Gadis paling hot, cun, meletup !



Ni kat rumah kakak sulung ibu. Inilah sepupu-sepupu saya !



kat tangga rumah pun jadi. Baru sorang laku ni. hehe



Minah2 posing ni. Lebih2 lagi yang depan sekali. haha !



Anak buah dgn mak buah ! haha


me & my kazen. (kaki kamera nih!)


Ni sume pic tahun lepas. Tahun ni xde. :(

Kemeriahan raya tahun ini tak sama dengan kemeriahan raya tahun lepas.
Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab tahun lepas mak teh and family aku balik. So, meriahla sebab mak teh and family cuma balik setahun sekali je. Maklumlah duduk jauh di seberang laut. Hehe.
So, hari ni just nak post kenangan raya tahun lepas. Tahun ni xde gambar pun ! :(

Thanks sebab sudi layanszz ~
('',)


Rindu #1 | He is my Someone

Semakin Hari Semakin Rindu..
Menanti dan terus menanti..
Adakah Dia cinta sejati ?
Adakah Dia kasih abadi ?
Semakin Hari Semakin Menyayangi..
Wajahmu kutatapi hari ke hari..
Dalam hati sudah mekar bunga yang mewangi..
Mula menerima Cinta baru..
Lupakan kenangan lalu..

He is my Someone..
Really miss you.. ):

Tuesday, September 20

DEMAM BLACKBERRY MELANDA ! BB TERMURAH DI MALAYSIA !


DAPATKAN DISINI, HARI INI !

Wednesday, September 14

Syapalikhfm | N9Futbol.com

Jika KEDAH ada kenari.fm

Jika KELANTAN ada trw.fm

Kini NEGERI SEMBILAN / N9Futbol.fm juga ada radio rasmi sendiri !

Untuk mendengar DJ.DJ nogoghi berceloteh ataupun untuk mendapatkan informasi-informasi semasa bolasepak ataupun untuk mendengar secara langsung perlawanan bolasepak NEGERI SEMBILAN, sila [KLIK DI SINI]

Untuk ke fanpage [KLIK DI SINI]

Jom bersama mereka ! Hanya di stesen radio sypalikhfm ::Radio Kito Lopak Kito::

Sunday, September 11

: HE IS MY SOMEONE : Warkah CINTA untuk DIA

Assalamualaikum..

What is LOVE means ?

CINTA bagiku adalah sesuatu yang sangat indah..

CINTA bagiku adalah sesuatu yang sangat berharga..

CINTA bagiku adalah sesuatu yang sangat istimewa..

CINTA bagiku adalah sesuatu yang menakjubkan..

CINTA bagiku adalah sesuatu yang luar biasa..

CINTA BAHAGIA bagiku adalah CINTA AJAIB,

Hadir tanpa diduga. Hadir tanpa dipaksa. Hadir secara tiba-tiba.

Hadir tanpa isyarat, hadir penuh berkat..

Mulakan rasa CINTA dengan bersyukur pada Yang Pemberi CINTA..

CINTA kini hadir dalam jiwa..

Moga si dia jodoh ku.. Moga aku adalah tulang rusuk kirinya..

Moga si dia adalah ayah pada anak-anakku.. Moga si dia adalah pilihan TUHAN untukku..

Moga si dia akan menjadi imam setiap 5 waktu solatku..

Pimpinlah aku dalam setiap perbuatanku..

Semoga rasa CINTA ini KEKAL.. Ku pohon Hidayah dan petunjukMU Ya Allah..

Akan kupelihara diri ini hanya untuk dirinya.. Mungkin Tuhan telah hadirkan rasa ini untuk aku melupakan kenangan lalu dan bina hidup baru.. Mungkin Tuhan telah hadirkan dia untuk menyemai rasa insaf dalam diri ini.. InsyaAllah, andai aku berubah kelak, aku bersyukur padaMU Tuhan.. aku redha andai dia bukan jodohku, walaupun ENGKAU hadirkan dia untuk menjadi sumber keinsafan ku..

Hanya TUHAN yang tahu..

12 September 2011,
Azma Azhar D'Luvers,
CFS IIUM,Nilai.


Friday, September 9

KADAR BARU BAGI PRABAYAR HOTLINK.

Nahh !! Ambek kau ! Ni makan dia !


(sumber : KLIK DISINI)

So, apa rasa sekarang??

Gunakan walkie-talkie?

Gunakan tin bertali rafia?

Ni baru HOTLINK. tunggu senarai CELCOM, DIGI dll ..


Nyawa Penduduk di NILAI terancam !


Penduduk di sekitar NILAI sila berjaga-jaga !

KUALA LUMPUR 9 Sept – Kualiti udara di Nilai merosot daripada sederhana kepada tidak sihat setakat tengah hari ini, apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di situ mencatat 101.Laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada laman webnya menyatakan bagi tempoh sama, 35 kawasan di seluruh negara mencatat IPU sederhana dan 15 kawasan berkualiti udara baik.IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan IPU baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-
300 (sangat tidak sihat) dan IPU berbahaya apabila bacaan melebihi 301. – Bernama

Adakah nyawa penduduk di NILAI sedang terancam ?

sumber : Utusan Malaysia

NAJIB RAZAK bersuara. Minta syarikat telekomunikasi kaji cukai.

Dah teruk kerajaan kena hentam.
Datuk Seri Najib Tun Razak bersuara.

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula tindakan mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kerana ia membebankan pengguna. - Utusan

Sumber : sini

"Bila Kad Topap Menangis..."

Assalamualaikum...
Fuh.. x best betullah..(awal-awal da mengeluh)

Erm.. bukan nak mengeluh apa.. Cuma x best la dengar yang cukai akan kenakan sebanyak 6% untuk setiap pembelian produk reload (topap) dan simpack.

Tambah-tambah lagi untuk kita yang bergelar pelajar. (Alahai..sadis je rasa..)

Kalau x di jualnya RM10.60 pun, pastinya kredit yang kita dapat dari topap RM10 cuma ada RM9.40 je... 60sen tolak cukai...

Aiyoyo.. Apa macam mau buat ni kawan ?

Aku harap mulai 15 September ni nanti.. Akan terjadinya ....


Pertumbuhan public-public phone di merata tempat kerana permintaan tinggi terhadap penggunaan telefon awam.

Maka dengan itu...

Telefon awam tidak akan merasa terpinggir. (Biaq xda orang beli topap. Bagi rugi depa.)
Kad-kad topap tidak akan menangis lagi. (sbb xde orang beli dan xde orang nk gores)

Benda ni bukan bagi senang rakyat..
Menyusahkan lagi adalah..
Ape lagi nak naik agaknya lepas ni..
Kita tunggu....




DAYANA AMERDA #NYANYIAN SUKMA-lirik

Komposer : Amer Aida
Lirik : Aida Amer

Alunan lagu memecah sukma
Suara merdu mengusik jiwa
Irama baru ku dendang bersama
Gerakkan badan kita berdansa

Usahlah resah usahlah bimbang
Ku petik gitar laguku dendang
Moga terhibur hati yang rawan
Ini laguku untukmu teman

Chorus :

Kitakan bersama
Dalam irama
Melodi nan indah
Untuk semua..

Usahlah resah usahlah bimbang
Ku petik gitar laguku dendang
Moga terhibur hati yang rawan
Ini laguku untukmu teman...

Janganlah sedih jangan berduka
Ayuh kawanku oh bergembira
Laguku ini nyanyian sukma
Moga terubat hari yang lara..

Kitakan bersama
Dalam irama
Melodi nan indah
Untuk semua..

Inilah masanya
Kita begembira
Lupakanlah duka
Mari bergembira..

Layari lamanweb : DAYANA AMERDA



Senarai nama OKD / D'LUVERS

Berikut adalah nama-nama OKD dan D'LUVERS yang telah mendaftar.

  • Diyan D'Luvers
  • Aby Norlila
  • I-Nur Athirah
  • Balqis Budax Single
  • Fatin Fatihah
  • Dinie Yukie
  • Syikin D'Luvers
  • Indah Syuhada
  • Puteri Alisa
  • Nurdiana Atirah Shapinaz
  • Ain Syuhada
  • Ummu Khairah Azizam
  • Waniy D'Luvers
  • LeanaNatasya Zulkifli D'Luvers
  • Mieyra Ieyra
  • Nurul Nabila (Dayana Amerda FC)
  • Izzati Zamel
  • Dini Yuuki
  • Dayana Amida D'Luvers
  • Sofia Umaira
  • Nur Azyan Nabilah
  • Nur Syanim Arisya
Kepada yang masih belum disenaraikan sila ke [SINI]

Sila pastikan anda mendaftarkan diri untuk memudahkan pihak kami menyenaraikan kesemua OKD,D'LUVERS,FANPAGE dan FB DAYANA.

Tujuan penyenaraian ini adalah untuk mencari mana yang REAL dan yang PALSU.

Sekian. :)

Thursday, September 8

PANDUAN MENGISI BORANG OKD/D'Luvers

Langkah yang pertama : Pergi ke website ini ( http//mystellamia.blogspot.com)

Langkah yang kedua : Isi borang yang disediakan (rujuk gambar)




Langkah kedua : (rujuk gambar)




Sekiranya anda sudah berjaya. Nama anda akan disenaraikan DI SINI

Sekian. :)






Senarai nama FANPAGE / FB Dayana

FB Yang menggunakan nama DAYANA dan profile picture DAYANA

1)Dayana Pretty


FANPAGE DAYANA



Ini adalah antara senarai FB dan Fanpage Dayana yang saya dah senaraikan.
Kepada OKD dan D'Luver senarai nama anda akan dikeluarkan selepas anda mengisi borang. Langkah-langkah mengisi borang akan dinyatakan di sini (KLIK SINI)

Sekiranya masih ada yang tidak disenarai.. Sila inbox di FB saya (NurulazmaShafiqah)

SEKIAN. :)

Wednesday, September 7

DAYANA AMERDA #LOVE YOU FOREVER-lirik

Komposer : Zailan Razak
Lirik : Zailan Razak

Seems like dreams do come true
Wishing for miracle out of the blue
Lessons in life we've gone through
Hope that we hear our crying hearts

The first time I looked in your eyes
It feels like shivers down my spine
Thinking of you make me smile
Feeling the love like I've never had before

CHORUS

My heart is is filled with love for you forever
Sweet love I give , for you my only love
Will be forever

Thinking of you night and day
Feeling inside I can't explain
Making me smile all the way
Feeling this love forever more

Sweet smile of yours makes me feel
Like I am loved with all of your heart
Giving the best love I can
I promised you it will be forever

CHORUS

Sharing this love, will keep us strong together
Forever more this love will grow, forevermore..

My love for you forever more..

Layari lamanweb : Dayana Amerda

DAYANA AMERDA #FAHAMILAH-lirik


Komposer : Amer Aida
Lirik : Aida Amer

Oooohh....Ooohhh.....
Oooohhh...Oooohhh...

Perasaan ini sering bertanya
Resah hati kini menghimpit jiwa
Adakah kau mampu merasakannya
Ini semua bukan yang aku pinta...aku pinta

Oooohh....Ooohhh.....
Oooohhh...Oooohhh...

Resah hati kuharap berlalu pergi
Segala kutukan tak pernah kupeduli.. ku peduli
Kan kuteruskan walau apa yang terjadi.. yang terjadi
Sinar kejayaan makin menghampiri..makin menghampiri

Fahamilah...
Segala kutukan tak pernah kupeduli
Kan kuteruskan walau apa yang terjadi

Chorus :

Teruskan usaha hingga berjaya
Tak kira apa yang nak dikata
Takkan ku peduli walau pedih
Akan kuharungi tanpa jerih

Oooohh....Ooohhh.....
Oooohhh...Oooohhh...

Fahamilah...
Segala kutukan tak pernah kupeduli
Kan kuteruskan walau apa yang terjadi

Chorus :

Teruskan usaha hingga berjaya
Tak kira apa yang nak dikata
Takkan ku peduli walau pedih
Akan kuharungi tanpa jerih

Walaupun terjatuh ku tetap teguh
Jiwa ku utuh tanpa rapuh
Akan ku usaha sampai berjaya
Takkan ku alpa menempuhinya

Layari lamanweb : DAYANA AMERDA



DAYANA AMERDA #IMPIAN YANG SATU-lirik


Komposer : Amer Aida
Lirik : Aida Amer

Badai jiwa ku melanda
Terjaga aku dari lena
Resah rasa ku terpana
Membuatku hanyut dalam rasa

Kata hati ku harus pergi
Sejuta dugaan aku redahi
Harus berani gagahkan diri
Sabar dan tabah menempuhi

Bridge :

Yakin dan cekal berusaha
Teguh hati bersemangat waja
Jangan lupa Yang Maha Esa
Berjaya...

Chorus :

Walaupun berjuta kita hadapi
Harapan tercipta mengunung tinggi
Mengalah kecewa jangan sekali
Kejayaan makin dihampiri
Usah kau kecewa jika terluka
Seribu dugaan datang melanda
Demi cita-cita kuhadapinya
Kejayaan pasti akan tiba...


Bridge :

Yakin dan cekal berusaha
Teguh hati bersemangat waja
Jangan lupa Yang Maha Esa
Berjaya...


Chorus :

Walaupun berjuta kita hadapi
Harapan tercipta mengunung tinggi
Mengalah kecewa jangan sekali
Kejayaan makin dihampiri
Usah kau kecewa jika terluka
Seribu dugaan datang melanda
Demi cita-cita kuhadapinya
Kejayaan pasti akan tiba...

layari website : DAYANA AMERDA





Giveaway : pencarian BLOGLIST tegar!


Assalamualaikum..

Mood hari ini mood nk join GA dari cik Vida's kita ni.. hehe.

Syarat mudah je.

Follow blog Cik Vida's (di sini)

Lepas tu follow penaja (di sini)

Buat entry yg same dengan cik Vida's.


Tampal banner cik Vida's dan tinggalkan komen di komen box entry seperti yg tertera di atas.

Hah? mudah kan ? so, ape tunggu lagi. JOM SERTAI !

:) 10 yg terawal join cik Vida's akan senaraikan dlm bloglist di sidebar beliau :)


Cik Vida's !!! saya join ! :)


Monday, September 5

NGERI : BUAT SEKS DALAM KERETA. TUHAN BAYAR CASH.

19 February 2008 — cikwiduri
Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita yang sungguh dahsyat. Cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari Utara Semenanjung.

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya Utara Selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ke tempat yang dikatakan oleh pemanggil. Tetapi tiada apa yang terjadi disana.

Dalam perjalanan pulang, waktu itu jam 1 pagi, hujan turun renyai-renyai. Di satu persimpangan susur keluar lebuhraya, mereka ternampak sebuah MPV mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. Sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya. Mereka jadi terkedu, tergamam dan tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu. Semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini.

Pemandu MPV mewah itu telahpun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala. MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menhimpit pemandu dan kesemua penumpang di dalamnya. Di bahagian belakang MPV mewah tersebut terdapat 3 susuk tubuh manusia. Seorang wanita dalam 40an dan dua lelaki dalam 20an. Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. Bogel-sebogelnya! Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan, kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain.

Dahsyat sekali. Tulang punggung wanita itu pula hancur. Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat z***r lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Mereka langsung tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala, dan sayup-sayup kedengan suaranya memanggil “mummy… mummy… mummy…”. Pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang z***r lelaki yang nazak. Ahli bomba itu terjelepuk. Tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus-lumus membuat apa yang patut. Ketika itulah tiba-tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau, kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar-mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. Ahli bomba itu berkata di dalam hati “Ya Allah, besarnya kekuasaan-Mu. Mungkin inilah dia malaikal maut yang dikatakan itu”. Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang berpelukan itu tidak dapat dipisahkan lagi.

Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. Ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullahhalazim!! MasyaAllah!! Apakah yang telah terjadi? Selepas memeriksa dukumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua-dua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah Islam dan nama-nama mereka didahului dengan Mohd dan Nur.

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah ditetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. Selagi mereka melakukanya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.

Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? Itulah tanggungan kita hinggalah ke akhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur, janganlah kita tanya.. mengapa musibah terjadi kepada kita? mengapa anakku cacat? mengapa aku, anakku dan cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluargaku? mengapa aku di tipu? mengapa aku, anakku dan ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan? mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum? Sesungguhnya Allah itu maha adil.

Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepada-Nya walaupun sebesar zarah. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

Wallahhualam.


SUMBER : AIDA AMER

Sunday, September 4

: Bahang PIALA MALAYSIA : Siapa bakal menjadi JUARA ? :






6 OKTOBER 2011...Pastinya ramai yang sudah mula menantikan detik dan saat-saat sepak mula jam 8.45 malam esok. 
Apa yang lebih penting adalah untuk memperoleh 3 mata penuh pada perlawanan yang pertama.
Ya, setiap pasukan mengharapkan kemenangan. Selepas saingan Liga Malaysia dan Piala FA melabuhkan tirai, sudah pasti saingan PIALA MALAYSIA adalah yang dinantikan oleh pasukan seperti pasukan Negeri Sembilan untuk kembali merebut piala ini dari tangan Kelantan selepas Negeri Sembilan kalah dalam pertemuan pada 29 Oktober 2010 tahun lalu. 
Demi memastikan kemenangan , sokongan para penyokong sangatlah diharapkan. Dari semangat kitalah yang akan membakar dan merangsang semangat mereka di atas padang. Tanpa penyokong, siapalah mereka. Apakah yang bakal terjadi pada musim ini ? Debaran kini dirasai.. 

Mampukah KELANTAN mempertahankan kejuaraan?
Adakah SELANGOR akan membuktikan "MISI 33" mereka berjaya ?
Dapatkah NEGERI SEMBILAN kembali merampas takhta JUARA PIALA MALAYSIA 2009 ?
Mungkinkah TERENGGANU akan mengulangi sejarah JUARA PIALA MALAYSIA 2001 ?
Apakah PERAK bakal menamatkan penantian selama 11 tahun ?
atau mungkin KEDAH juga bakal merampas kembali takhta juara milik mereka pada tahun 2008 ?
dan tidak mustahil JOHOR FC, T-TEAM, SABAH, FELDA UNITED FC,PKNS, SARAWAK, PDRM, JOHOR atau SIME DARBY akan mengugat nama2 besar yang sring digeruni oleh semua dalam saingan kali ini.

Segala kemungkinan dan segala persoalan pastinya akan terjawab.

Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan pasukan masing-masing sekaligus menyokong legasi bolasepak tempatan.

Milik siapakah PIALA ini ?


Negeri Sembilan