AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Wednesday, November 30

Aku, Ultras dan dot.dot.dot…

(mane 1 aku ? hehe)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia !

Holla geng ! Amacam ? ultras x bunyi entry saya pada kali ni ? haha.

Mesti korang tertanya-tanya, ultras tu apa kan ? Bagi sape yang dah tau, tak perlu lah saya terangkan di sini. Tapi pada yang x tahu atau belum tahu dan nak tahu,

Search je kt sini (https://www.facebook.com/UltrasMalaya07)

Okey, selesai ? Sudah tahu apa itu ultras ?

Baiklah sekarang saya nak berkongsi kisah dan cerita tentang diri saya dan apa kaitan saya dengan ultras ni..

Saya bukanlah seorang budak ultras yang tega bega. Tapi, saya selalu bersama mereka dan menjadikan mereka sebahagian dari hidup saya.

Bunyi lain macam. Jiwang je kan ? hehe.

Sebermulanya sejarah saya dengan ultras ni adalah pada tahun 2011. Tahu kan ultras ni terdapat di setiap negeri, dan untuk Negara kita MALAYSIA yg TERCINTA ultrasnya kita gelar ULTRAS MALAYA dan di negeri tanah beradat saya ni adalah ULTRAS NOGORI 9 a.k.a The Jangs.

Al-kisahnya saya dengan ultras, semestinya bermula di ULTRAS NOGORI 9 a.k.a UN9 (orang NEGERI sejati ni..) …

Seawal penubuhan UN9 ini, saya telah mula mendekatkan diri dengan mereka. Pada awalnya, saya sendiri tidak tahu ape kebendanya Ultras ni. Pasukan sorakkah, kelab penyokong berstatus kah atau kelab penyokong yang saja-saja ditubuhkankah. Sehinggalah saya berkenalan di laman muka buku dengan seorang jejaka kacak dan tampan iaitu brader Zul Khairie.. Die lah orangnya yang menyampaikan ceramah kepada saya mengenai UN9 ni.. Apa yang saya faham, ‘its all about JIWA’. Kalau lu xde jiwa ni beb, lu koyak beb ! Perghh ayat Bahau Gangster tu, x guna punya kak yong. Hehe.

Berbalik pada topik. Lepas brader Zul ni khutbah saya dengan fakta-fakta ultras beliau, saya pun mula bersama mereka pada perlawanan pertama persahabatan N9 menentang Polis, kalau x silap sayalah. (maklumlah dah hujung tahun, kurang ingatan) Sebelum terlupa, ada lagi seorang jejaka kacak rupawan iaitu brader Ujin Mat Sharif yang sedar akan kehadiran saya pada awal pertemuan kami. Ececehh… mula-mula malu tapi dalam hati mahu. Bukan mahu kat abg ujin ye.. mahu join mereka UN9 ni.. haha.

Bermula dari pertemuan pertama itu, saya mula memahami konsep mereka sebagai seorang ultras. Ada chants, ada corteo, ada mafla, berkasut, berdiri 90 minit, x kutuk pemain ha, apa lagi maun ?

Semua ni saya belajar dari Mereka yang otai dalam UN9. Perasaan mula-mula join tu agak gementar la jugak. Lagi-lagi bila tengok wajah brado2 kt Kona 4C tu. Takut… huhu.

Cup3.. Kona 4C ?

Yup. Kona 4C tu tempat kite buat kona baring. Ala-ala macam kat litar sepang tu.. Tapi ni versi kona baring kt stadium. Hehe. KONA 4C tu adalah tempat berprestij khas untuk UN9 betapa. J di KONA 4C tu lah segala kenangan dan sejarah tercipta. Dan KONA 4C juga lah tempat terserapnya segala jiwa dan saka yang ada di KONA 4C akan membuatkan anda kesurupan yang teramat kalau x ke sana bila ada game. Macam saya. Asal game kat Paroi je, hilang dari hostel. Gila x pergi. Nilai – Paroi rase mcm dalam rumah nak ke jamban je.. Gara-gara apa ? Lu pikir lah sendiri. Hee.

Sedar tak sedar, dah hampir setahun dah saya bersama UN9 ni… Walaupun pada awalnya macam-macam provokasi yang timbul. Maklumlah perempuan kan. Macam-macam la yang orang kritik dan komplen. Gila x kritik. Anak dara terkinja-kinja kat Kona 4C tu…. Terkinja kah aku ? Sikit la..banyak pun boleh.. sebab kadang2 bila tiba-tiba ada satu rasa yang x dapat nk ditafsir rasa dia cmne datang meresap dalam diri ni, ia akan jadi over control jugak la.. Masa tu x sedar dah yang diri ni perempuan dan bertudung. Aduh.. Malu sungguh. ! (sebab tu kadang2 pakai cap je x pakai tudung)

ish3…Maafkan saya kaum Hawa.. tak terniat di hati hamba ingin menitikkan nila di dalam belanga kalian.. (continue…)

Pengalaman paling menarik bila diri diprovok gila khinzir dalam 1 page ni. “M**** L****”. Segar mekar poitt page ni dalam ingatan. Haha ! Gila x ingat. (Gila lagi….) Ayat dia pedas sangat. Kalau bagi selaut air pun x hilang pedasnya.

Huhu. Dah tu menyentuh sensiviti bahagian tubuh badan wanita pulak tu. Hadoiii. Masa tu memang 1 tamparan hebat yang teramat sangat ! Gila x hebat. Terasa gila masa tuh ! Masa tu perasaan. Ya Allah.. malu nyee.. Tuhan je yang tahu..Tapi lama kelamaan cerita tu senyap macam tu je… Xpelah, x ambik hati pun. Mungkin ada betulnya apa yang admin page tu cuba untuk sampaikan.

Mungkin dia nak aku sedar ataupun motif dia nak suruh aku blah dari Ultras kot. Huhu. Sudah. Abaikan.

Sebelum aku pergi lebih jauh, aku nak perkenalkan manggis UN9 yang ada beberapa kerat ni. Hehe. Aku biasalah dengan tebing aku. (Aku aur, die tebing) Tebing aku name die SITI HAJR. Pengikut setia ni.. hehe. Kesian dia. Dari x minat bola demi aku terus jadi gadis bola. Terima kasih beribu-ribu lemon hajar..Dan aku ada seorang kakak. Cik paku pakis yang ayu lagi jelita, x kurang lebihnya dari Rozita Che Wan Cuma kakak ni x pakai bulu mata palsu je. Hehe. Die pun teman seperKONAan aku jugak. Ada masa bertiga je. Sehingga wujudnya provokasi terhadap page kami NO9ORIHOTTs. (x habis2 provokasi) Kahkahkah. Nak buat secret group jadi page. Sekali kena hentam, diam. Mujur ada backup. Cewahh bangga la ade backup. Kui3.. Kewujudan page tu sekadar suka-suka. Tak buat perasmian lagi dah kena tolak. Hihi. Lepas kak Paku aku dapat lagi sorang kakak. Dapat kakak ni bukan sebab dia kahwin dengan abang aku (aku anak sulung, mane ade abg), tapi lepas kakak ni diijabkabulkan dengan seorang otai UN9 iaitu abg Hafiz, maka selalulah kakak ini setia bersama suaminya ke KONA 4C.. bermula lah di situ pertemuan kami.. Dan yang terakhir adik yg datangnya dari Melaka (xtau kenapa sesat ke N9) huhu Yatt Chillex. Die ni budak degil ni. Nak SPM leka lagi dgn bola ni. Huhu. X cukup rakan sebaya, aku ada 2 akak, x cukup akak, ade adik. Bukan adik Yatt ni je, adik abang Corn ( juga otai UN9) Aina, pun selalu ada bersama. (Adik aku ? ) Sekali sekala je. Mane x nye sekali sekala, dah kakaknya pergi pun fly dari hostel. Kihkihkih. Dan yang lain-lain tu ialah kekasih-kekasih hati kepada teman seperjuangan saya, x dapat nak sebut nama di sini sebab x berapa nak ingat. Tapi masa yang akhir-akhir game, beberapa brado2 saya kt UN9 tu ade yang bawa isteri. Maka kenallah dengan seorang dua.. Haa.... Ada je tau perempuan walaupun x ramai tapi tetap ada… okey ? Salam perkenalan kak Khairina Johari dan Fatin.

Worang ada Tanya saya, kenapa join UN9 kenapa x join N9Futbol. Saya xde jawapan untuk itu. Sebab sebelum ni saya bergerak secara solo. Saya pergi stadium, saya ikut suka hati saya nak duduk mana ( sebelum saya jumpa UN9). Cewahh. Xde ikut sapa2. Dan apabila saya diperkenalkan dengan UN9 dan saya mula menceburkan diri bersama mereka, dan saya ikut cara mereka. Maka dengan itu, saya mendapat keselesaan bersama mereka. Dan bermula dari keserasian itu lah yang mengekalkan diri saya di UN9. Kalau saya x kenal UN9 dari awal, mungkin saya hanya jadi pemerhati dari jauh sahaja.. Tapi, bila dah kenal, bila dah berkawan, dari situ telah wujudnya satu tali persaudaraan yang kukuh dan utuh yang digelar BROTHERHOOD. Ikhlas dari hati saya, saya sangat sangat sangat respek dengan sikap BROTHERHOOD dalam diri mereka… syabas !

Oleh itu, saya nak simpulkan di sini bahawa sedikit sebanyak saya belajar juga apa itu ultras dari mereka. Saya x bangga diri pada orang, saya x mendabik daba pada orang menyatakan “AKU ULTRAS “ tapi rasa bangga berada bersama mereka dengan apa yang mereka lakukan dan dengan apa yang mereka perjuangkan. Budaya baru yang wujud ini, fenomena yang bermulanya di sini . Mempunyai matlamat yang tersendiri.. Semoga segala apa yang ingin disampaikan melalui cara mereka sampai kepada semua pencinta Bolasepak Malaysia… InsyaAllah…

“12th – Until the last rebel”

J P/S : Janganlah hina saya sebab join UN9… Saya dah mula bersama sejak awal.. xde sebab untuk saya tinggalkan mereka. Huhuhu…

0 notis:

Post a Comment