AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Friday, November 11

"Kenapa Single?"


Assalamualaikum...

Hari ni, 12.11.2011 tergerak hati aku untuk kembali menaip di sini. Dah lama jari jemari ni tak menari menaip entry terbaru. Susah la nak ada mood sekarang. Walaupun banyak ruang dan masa tapi xde apa yang menarik minat aku untuk kembali menaip. Tapi pada hari ini, aku nak menjawab satu persoalan yang dah beratus kali orang tanyakan pada aku.
Soalannya berbeza tapi apa yang disoalkan itu mempunyai jawapan yang sama sahaja.
Aku ringkaskan di sini. Ramai kawan2 aku yang mempersoalkan kenapa aku xde bopren. Atau dalam erti kata lain kenapa aku xde balak atau lebih dikenali sebagai pakwe atau lebih formal lagi teman lelaki.
Banyak persoalan tapi hanya satu jawapan.
Sehinggakan ada kawan2 aku yang menanggap aku ni pencinta wanita ! ahhh KECOH...
xde la sampai macam tu.. dah memang aku seorang yg penyayang. Semua pempuan aku sayang. x kira ape jenis. hehehee.
Aku malas sebenarnye nak jawab soalan kenapa aku xde boifren ni. Nanti takut ade yang tersinggung pulak kan. muahaha. Tapi xpe, biar aku rungkaikan segala persoalan itu hari ni. Lepas ni kalau ada yang tanya lagi senang la aku nak jawab.
" Sila ke link ini.. - ........................."

Pertama sekali, aku sebenarnya dah muak nak berkasih sayang dengan lelaki ni. Bukan la nak kata aku ni budget gud2 je ke, memilih ke.. TIDAK SAMA SEKALI. Hakikatnya aku dah bosan dengan janji-janji dan kata2 lelaki ni. Dalam erti kata lain "Aku x percaya CINTA"

Keduanya, aku dah xnk buang masa dan membazir wang hanya kerana seorang lelaki yang aku sendiri x pasti sama ada dia adalah jodoh aku ataupun x. Perhatikan. Bertahun aku berCINTA dengan dia. Wang ringgit, tenaga dan masa dah banyak terlabur untuk dia. Tapi, sekarang dia kemana? Dia dah miliki CINTA dia yg sebenar. Aku ? terbiar layu di tasik madu.. huhu

Ketiganya, aku rasa bebas. Sejak aku hidup single ni, kemana pun aku nak pergi aku x perlu untuk memikirkan hati sape2. Aku x perlu risau dan aku tidak perlu bersusah payah untuk bagitau kat sape-sape mane aku nak pergi. Hidup aku adalah untuk aku. Buat apa aku nak perhambakan diri untuk lelaki yang aku xtau sejauh mana keikhlasan hati dia. (Sejujurnya aku belum jumpa lelaki yg betul2 ikhals lagi). Dengan Tuhan pun aku masih lagi terkapai-kapai mencari jalan kebenaran, inikan pulak nak memikirkan tentang hal diri sendiri untuk orang lain. Oh, xde mase.

Keempatnya, aku dah x perlu nak tipu IBU & AYAH aku lagi. Ini yang penting. Tipulah kalau sapa yang kapel x tipu mak ayah dia kan. Lagi-lagi yang mak ayah xtau yang anak dia bercinta. huhu

Kelimanya, aku bukan perempuan yang layak untuk bertakhta di hati mana2 lelaki. Aku x cukup sempurna lagi.. Aku masih perlukan masa untuk perbaiki diri dan belajar mengenal erti kehidupan sebenar...

Semestinya aku mempunyai rasa cemburu pada kawan2 yang bahagia dengan pasangan masing-masing.. X dinafikan aku juga mahu disayangi dan dikasihi.. Sejujurnya aku mahu ada orang yang rindu, sayang dan jaga aku.. Tapi kerana pengalaman lalu yang banyak mengajar aku.. Cukuplah aku ada IBUAYAH dan keluarga yang sayang aku dan cukuplah Tuhan yg 1 yang sentiasa menjaga HambaNya..

(InsyaAllah, satu hari, apabila sudah tiba waktu, saat dan ketikanya.. hanya LAFAZ AKAD NIKAH dari seseorang itu yang akan membuka CINTA DI HATI ini...)

0 notis:

Post a Comment