AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Thursday, December 22

entry PANAS|MELETUP !!!

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi
"Dengan nama Tuhan, Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang"

Entry hari ni agak panas da meletup sedikit. So, untuk mengelakkan keterlanjuran kata, kena mulakan dengan bismillah..

Okey. Tak dinafikan, memang sekarang kehidupan aku dah mula berbeza dari sebelum ni. Sekarang, telah bermulanya kehidupan aku untuk memikirkan soal masa depan aku. Soal jodoh, soal kerjaya semua sedang diaturkan. Bagi aku, setiap kehidupan itu perlu ada pelonjakannya. Sampai bila kita harus sentiasa berada di takuk lama bukan ?

Aku ingin meneruskan entry pada kali ini dengan senyuman. Kerana kalau ikutkan rasa amarah sewaktu menaip entry ini, terlalu banyak ayat-ayat kurang manis yang bakal ditaip. Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, aku harus menaip dengan senyuman walaupun dalam hati berkecamuk mengamuk !

Pertama sekali, aku nak ingatkan kepada "orang" yang sedang/akan baca post aku ni (aku tau ada 'peminat x diundang' yang rajin bukak blog aku ni. Sebab apa ? Sebab nak tau apa yang jadi dengan hidup aku sekarang. Kalau aku jatuh, dia akan gelakkan aku, kalau aku naik, dia akan cemburukan aku. Tu je motifnya. Haha. Lawak sungguh. Macam xde keje lain. Bukan dia sorang je kot yang suka nak jadi 'peminat x diundang tu', ada lagi sorang Hamba Allah ni. Cuma motif mereka berbeza.

Penat kan nak melayan karenah orang yang selalu tidak puas hati dengan kita ni kan ? Pernah tak jadi macam tu kat anda semua ? Dari dulu sampai sekarang, x habis-habis nak mengaibkan aku dan x habis-habis nak mendengkikan aku. Why ?!

Nak kata aku rampas hak kau, awal-awal lagi da jadi milik kau. Cukuplah. Ape lagi nak ?
Sekarang aku bahagia dengan orang baru dalam hidup aku, kenapa masih nak memburuk-burukkan aku ?
Aku x tahu dari mana dan kenapa tiba-tiba jadi macam tu, apa yang pastinya, kau memang dengkikan aku.
Dulu kau kata perempuan macam aku, x kan ada laki nak. Sekarang bila aku da nak berumahtangga kenapa masih lagi nak memanaskan keadaan ? Aku x mintak nak kahwin tu dengan laki kau pun. Walaupun pada hakikatnya, memang ada perancangan dari seseorang tu untuk jadikan aku isteri no.2..
Sorry to say sorry to say. Aku takkan. Aku takkan masuk kandang singa betina tu semata-mata nak berlakikan lelaki itu. Tengok je sekarang, aku x ambik balik dia dari aku pun, aku dihina bagai nak rak. Untuk apa dan kenapa aku sendiri x pasti. Biarlah aku serahkan segalanya pada Allah Yang Maha Kuasa. Ha, ni bila aku sebut pasal tuhan sah-sah dia akan kata aku ni budget alim ni. Haha. Manusia yang berpenyakit PHD paling kritikal pernah aku jumpa. Ya Allah Ya Tuhan sembuhkan dia cepat sebelum melarat.

Done. Aku da x nak la penat2 menaip banyak-banyak lagi kat sini. Lagi banyak aku menaip, lagi banyak rahsia akan terbongkar. Kalau ikut kan hati aku, macam-macam aku nak balas kt sini. Aku nk printscreen segala bukti. Tapi, biarlah.. Tuhan itu Maha Adil... Jangan kita buat orang macam tu sudahlah. Biarkan je apa yang orang nak buat pada kita kan ? :)

p/s : Jaga diri sendiri adalah lebih baik dari jaga tepi kain orang.

0 notis:

Post a Comment