AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Monday, January 30

"Husband is not an ATM machine - unknown"

Nampak ke x nampak ape yang uncle to pegang ? Ni mesti tak lain tak bukan kes bini dia asyik minta duit je ni. Hahaha. Selayaknya.
Okey. Sekarang aku cuma nak ulas pasal benda ni. "HUSBAND IS NOT AN ATM MACHINE"

Kepada para SUAMI. Anda sudah menyunting bunga di taman orang, secara tidak langsung anda sudah bertanggungjawab ke atas suntingan anda itu keseluruhannya. Baik. Memang SUAMI untuk dikasihi disayangi TAPI bukan untuk di BEBANI. Kalau anda rasa isteri anda adalah sesuatu yang memBEBANkan kenapa kahwin ? Kalau isteri anda hanya memBEBANkan anda, kenapa ambil dia dari tanggungjawab bapa dia untuk beri dia makan,minum dan pakaian ? Cuba kita fikirkan, ISTERI TIDAK bekerja, TIADA pendapatan TETAP. Pada siapa lagi mahu si ISTERI minta dibelikan itu dan ini kalau bukan pada si SUAMI ? Takkan nak minta pada SUAMI orang lain, tu mintak maut nama dia. Nanti hebohlah ISTERI pasang skandal kat luar. Melainkan kalau permintaan ISTERI tu melampau dan terlampau sehingga si SUAMI tak mampu untuk menyempurkan hajat si ISTERI. Buatnya apa yang dihajati oleh si ISTERI sewaktu dia sedang mengandung. Nak tak nak SUAMI akan laksanakan jugak. (Beruntung dapat SUAMI macam ni)

Rasanya takde kat dalam dunia ni ISTERI yang ZALIM sampai SUAMI jadi kurus keding x makan sebab nak belikan ISTERI dia itu ini..

Beruntunglah para ISTERI sekiranya dapat SUAMI yang x pernah langsung BERKIRA dengan ISTERI sendiri kerana KASIH SAYANG DAN CINTA yang diberikan oleh si ISTERI kepada si SUAMI tiada tolok bandingnya dan tidak terNILAI untuk dihitung.

Renung-renungkan. Sila tinggalkan KOMEN anda kerana KOMEN anda mengenai PERKARA ini sangat-sangat diharapkan. Terima Kasih. :)

Aida's Collection (Dress)

Assalamualaikum... Selepas Dayana Amerda memiliki jenama tudung yang tersendiri, sekarang mama Dayana a.k.a my beloved sister dah mula bisnes dress tau.

Dayana & Mama
Jom singgah ke Dayana N Aida Collection untuk ber'shopping' !

Sunday, January 29

WazzUb enjin carian terbaru !


Dalam kajian Wazzub ini, anda akan belajar sedikit lebih lanjut mengenai syarikat dan peluang untuk membuat wang dengan Wazzub. Wazzub adalah sebuah syarikat internet yang termasuk perkhidmatan enjin carian (seperti Google dan Yahoo) dan peluang pendapatan yang akan dilancarkan pada April 1, 2012. Itulah hari apabila enjin carian akan pergi secara langsung dan rakyat akan dapat membuat wang.

Mudah sahaja..

1) Klik (di sini)

2) dan ikuti langkah seterusnya.

3) Mudah je semudah ABC :)

Saturday, January 28

"HI- TEA BERSAMA JUARA IDOLA KECIL 2 ( DAYANA AMERDA )"

Poster Promosi 
Assalamualaikum ! Hari yang sangat memenatkan ! Penat-penat pun masih lagi gagah untuk menyelesaikan bermacam-macam tugasan. Tambah-tambah lagi aku dah dipertanggungjawabkan untuk handle satu majlis yang iaitu majlis " HI-TEA BERSAMA DAYANA AMERDA". Dalam majlis ni juga akan diadakan Majlis Penyerahan Album Dayana kepada Radio Online Syapalikhfm. Radio ini akan menjadi penaja bersama untuk mempromosikan album dan lagu-lagu Dayana.Alhamdulillah rezeki Dayana. Selagi ada orang yakin dan percaya, pihak produksi akan lakukan yang terbaik untuk artis cilik kita ni.

Okey korang. Kalau nak join, jangan malu jangan segan. cari kami pihak produksi di fb "D.Amerda Production" dan krew yang bekerjasama dengan kami pihak Syapalikh FM

Tuesday, January 24

Bumi bakal dilanda ribut solar !


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.

Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.

Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.

Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.

Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.

Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. – Agensi

sumber : [Dunia Kini]

Friday, January 20

ON AIR : Rancangan terbaru di Astro

Assalamualaikum :)

Hari semakin lama semakin hampir dengan tarikh 4hb Februari ni.
Perasaan aku jangan cakap lah macam mana dup dap dup dap nya.
Mengalahkan perasaan orang nak nikah kata kau ! huhu.

Sebenarnya kalau anda semua nak tahu, aku akan menghadiri satu ujibakat rancangan realiti terbaru di Astro Ria iaitu rancangan ON AIR.

ON AIR ? Apakah ?

Ha, ni nak diceritakan ni. ON AIR ni adalah rancangan realiti di mana Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil dan Suhaimi Sulaiman selebriti pengacara profesional akan menjadi juri dan turun padang sendiri untuk memberi bimbingan kepada bakat-bakat baru yang bakal terpilih sebagai peserta ON AIR.

Aku sebenarnya dah lama tunggu saat dan ketika ni. :)

InsyaAllah aku akan lakukan yang terbaik supaya rezeki berpihak kepada aku. Aku x nak letak harapan apa-apa dulu sebab baru nak g ujibakat kan. Apa-apa pun aku berdoa supaya perjalanan aku untuk mengejar impian dan cita-cita dipermudahkan. Amin.

Doakan aku okey koranggg ! :D


Lot Of LOVE. Muahh !

-ON AIR on fb
-Lagi info menarik mengenai ON AIR (Klik sini) dan (sini) dan (sini) juga di (sini)

Wednesday, January 18

Semangat baru dengan wajah baru !

Salam 1 Malaysia untuk semua.

Amacam geng ?

Smart x muka baru blog aku ?

Kih-kih-kih. Tu entah percubaaN kali ke berapa pun x tahu.

:p

Okeylah. Saje nak test power posting baru untuk rumah baru. :D

Tuesday, January 17

: NS vs FELDA UNITED : LSM 2012

KREDIT GAMBAR : N9FUTBOL.COM


Jangan lupa untuk menyaksikan saingan Liga Super Malaysia pada malam ini secara langsung di Astro Arena a.k.a Astro Owona. Jangan x percaya ini adalah siaran langsung kali ketiga bagi pasukan Negeri Sembilan selepas siaran secara langsung dari STAR, PAROI sewaktu menentang Selangor dan ketika perlawanan di antara Negeri Sembilan dan Johor FC di Stadium Pasir Gudang.
Siaran langsung ini akan diteruskan ketika Negeri Sembilan menentang Felda United di STAR, Paroi pada hari Sabtu ini. Terima kasih kepada RTM dan Astro Arena. :))

p/s : malas nak ulas pasal siaran langsung berturut-turut ni. :D

Monday, January 16

: Sabar itu Nikmat :



Kesabaran itu adalah satu nikmat dari Allah SWT untuk HambaNya..
Kerana tanpa sabar, manusia bisa kalah dengan perasaannya..
Ketahuilah bahawa sabar itu bukan sahaja mendatangkan pahala..
Tetapi dengan sabar juga sesuatu yang buruk yang bakal berlaku boleh dielakkan..

Aku masih lagi mampu bersabar dari melakukan sesuatu yang bakal membuatkan tsunami ke 2 melanda. Kalau tidak kerana sabar, mungkin pelbagai perkara yang telah terjadi..

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini.. Aku masih lagi mampu berSABAR...



Allah Ta’ala berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200)

Dan Allah Ta’ala berfirman:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)

Dan Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)
Dan Allah Ta’ala berfirman:

وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الأُمُورِ

“Tetapi orang yang bersabar dan mema`afkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.” (Asy-Syuuraa:43)

Dan Allah Ta’ala berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:153)

Dan Allah Ta’ala berfirman:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31)



Sumber : (sini)

Thursday, January 12

“KR1M : Apa Kata Anda”


Sumber : barisannasional.org.my


KR1M.

Apa KR1M tu ? Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah disebalik perkataan KR1M ini. Namun, sebagai Rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil tahu perkembangan negara pasti sudah mengetahui apakah itu KR1M. KR1M adalah singkatan kepada KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA yang kini beroperasi di lebih 20 buah kedai di seluruh Malaysia.

MATLAMAT PENUBUHAN KR1M.

Matlamat utama penubuhan KR1M sudah tentunya untuk memberi kesenangan kepada rakyat. Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan konsep kebajikan. Justeru itu, Perdana Menteri Malaysia mensasarkan KRIM ini untuk menolong mereka yang berpendapatan rendah bagi mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih murah dari pasaraya biasa. Seperti yang kita sediamaklum, kos sara hidup pada masa kini amatlah tinggi. Langkah penubuhan KR1M ini diambil bagi mengurangkan kesengsaraan rakyat berpendapatan rendah. Oleh itu, jelas di sini membuktikan bahawa kerajaan begitu untuk menjaga kebajikan rakyat.

KESAN UTAMA KEPADA PERLAKSANAAN KR1M (KEBAIKAN / KEBURUKAN)

Secara kasarnya memang tidak dinafikan ada peruncit yang merungut apabila KR1M dibuka pastinya akan berlaku persaingan yang hebat dan ini akan mengakibatkan perniagaan mereka merosot, namun hakikatnya, kehadiran KR1M tidak menggugat para peniaga kerana lokasi KR1M ini tidak akan menganggu kelancaran perniagaan orang lain.

Kebaikan yang diperoleh daripada KR1M ini adalah selain dapat membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah kita juga mendapati bahawa kualiti barangan dan harga di KR1M adalah sangat baik danberpatutan. Begitu juga dengan wujudnya KR1M mereka yang berpendapatan rendah tidak perlu rungsing lagi mengenai kenaikan harga barang kerana telah wujudnya KR1M ini.

TESTIMONI



sumber : Youtube,laman web KR1M



Contest Entry Terbaik – KR1M : Apa Kata Anda ini dibawakan oleh WootMedia Network dan ditaja oleh Portal Berita MyNewsHub

My day with my boss | 121

"Bahau - Seremban - Nilai - Labu - Wangsa Maju - Kajang - Nilai - Seremban - Bahau"

Penat memang penat. Tapi sangat mengembirakan. Lepas jumpa Datuk Hasim dan bincang pasal tajaan untuk Program Vacation Dayana, kami ke Wangsa Maju pula untuk ambil tudung jenama Dayana Amerda yang dibuat khas oleh Qoma dari QOMA's Boutique

Rekaan tudung D adalah hasil dari mama Dayana sendiri. Kalau anda nak lihat bolehlah ke page kami di "BUTIK DAYANA AMERDA" atau layari blog kami di Aida N Dayana Collection.

Jangan lupa pada 18hb Januari 2012 ini Dayana Amerda akan mengadakan showcase di Kolej Shahputra, Kuantan bagi mengutip dana untuk membantu salah seorang peminat Dayana iaitu adik Maisara yang menghidap penyakit kronik.

p/s : Thanks my lovely sister a.k.a my boss sebab belanja lunch yang best sangat ! :)

Ultras Nogori 9 kini di tahap antarabangsa | The Jangs


(Lebih info di sini)


"In de Hekken is populair in Maleisië, het land staat in onze geografische statistieken al tijden op een keurige zevende plaats en elke maand weten de Ultras Malaya ons weer te vinden. Daarom zien we het ook als onze plicht om die liefde terug te geven. De Ultras Negeri zijn supporters van Negeri Sembilan en ze laten zien dat het hartstochtelijk aanmoedigen van je geliefde club niet alleen is voorbehouden aan de Zuid-Amerikanen en Europeanen."

Ini adalah artikel yang maksudnya dalam bahasa inggeris berbunyi seperti berikut :

"In the gates is popular in Malaysia, the country is in our geographical statistics already times on a neat seventh place and each month the ultras Malaya know us back to find. That is why we see it is our duty to which love to give back. The ultras negeri are supporters of negeri sembilan and they show that the passionate encourage you loved club not only is reserved to the South Americans and Europeans."


Dan makna dalam bahasa melayu nya pula ialah :


"Dalam pintu-pintu popular di Malaysia, negara berada dalam perangkaan-perangkaan geografi kami telah kali di satu tempat ketujuh teratur dan setiap bulan terlampau Tanah Melayu tahu kami kembali ke mencari. Disebabkan itu kami melihatnya adalah tugas kita di mana cinta mengembalikan. Negeri terlampau ialah penyokong-penyokong negeri sembilan dan mereka menunjukkan yang ghairah menggalakkan anda sayang kelab bukan sahaja menyediakan bagi rakyat Amerika Selatan dan orang Eropah."


Teruskan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan negeri anda.

SUPPORT OUR LOCAL FOOTBALL !!!




Sunday, January 8

| ChampioNS ohh champioNS |


7 Januari 2012 - Negeri Sembilan kembali melakar kemenangan dan mengekalkan status ChampioNS pada aksi menentang Kelantan dalam merebut Piala Sumbangsih semalam. Selepas memenangi Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan turut membawa pulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah bagi tahun 2012. Walaupun pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi oleh NS sebaik sahaja tamat musim 2011, itu tidak memberikan satu impak besar kepada skuad bimbingan jurulatih Azraii Khor Abdullah apabila berjaya menundukkan pasukan gergasi Kelantan 2 - 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin. Walaupun ketinggalan 1 - 0 pada awal saingan, namun Negeri Sembilan kembali garang dan bangkit dengan kemenangan apabila pemain import Effa Owona menjaringkan 2 gol dalam perlawanan itu sekaligus dinobatkan sebagai pemain terbaik Piala Sumbangsih 2012. Kemenangan dan kebangkitan skuad Hobin Jang Hobin ini diharapkan mampu untuk meneruskan misi kembali merebut 3 piala pada musim 2012. - berita disampaikan oleh Azma Azhar.

Perlawanan Liga Malaysia pertama akan berlangsung pada hari Selasa (10/01/12) ini. Perlawanan pertama adalah di antara Selangor dan NS di Stadium Tunku Abd Rahman Paroi.

Jom ramai - ramai kita gamatkan stadium keramat kita STAR OF PAROI !!

"We are the ChampioNS"

p/s : amacam ? dah boleh jadi penyampai berita belum ? :D




Gadis Negeri :)

Thursday, January 5

WELCOME 2012 | GOODBYE 2011


Assalamualaikum..
Salam sayang kepada semua pembaca..
Sedar tak sedar hari ini sudah masuk hari ke 6 bagi tahun 2012.
Bermakna sudah 6 hari saya bekerja di bawah naungan D.Amerda Production.
Sungguh. Tugasan sebagai seorang pembantu peribadi kepada seseorang yang terkenal bukan lah suatu yang amat mudah. Walaupun baru beberapa hari bekerja tetapi sudah pelbagai cabaran yang harus ditempuhi. Mujurlah pengalaman pada zaman belajar dulu banyak membantu dalam menjalankan tugasan.

Sekarang ni tengah sibuk uruskan program "Vacation with Dayana Amerda" yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam di Duta Village Resort, Kuantan Pahang pada 21,22 dan 23 Januari ini. Mana nak fikirkan pasal butik lagi, nak kena fikirkan macam-macam perancangan untuk projek 2012 adik Dayana. Ini baru saya sebagai pembantu. Belum big boss saya ( Kak Aida Amer ) lagi. Tambah-tambah anak2 baru masuk sekolah. Lepas tu FB kena hack pulak x boleh log in. Macam-macam kan dugaan dan cabaran untuk kecapi sebuah kejayaan tu ?
Semua bergantung pada diri kita, kalau kita kuat menghadapinya InsyaALLAH Tuhan tunjukkan dan berikan jalan yang mudah.

Lepas je berehat 3 hari, hari ini dah kena mula balik kerja-kerja yang tertunggak. Masa berehat pun masih lagi terfikir dan risaukan tentang majlis adik Dayana nanti. Harap semua berjalan dengan lancar. Amin.. Sekarang ni bukan lagi masa nak berfoya-foya lagi dah. Tapi, esok (Sabtu) terpaksa jugak tambah masa berfoya-foya selama sehari ! haha.

Tak perlu lah nak terangkan kenapa kan. Minah bola ni. Mana boleh tinggal perlawanan-perlawanan penting ni. WAJIB PERGI. :)

Okeylah. Harapan tahun baru ni semoga semua berjalan dengan lancar sebab tahun 2012 ni merupakan tahun yang teristimewa dan banyak sejarah akan tercipta. Kenangan terindah okey, bukan kenangan sampah :)

Mari bekerja. Yok !