AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Sunday, January 8

| ChampioNS ohh champioNS |


7 Januari 2012 - Negeri Sembilan kembali melakar kemenangan dan mengekalkan status ChampioNS pada aksi menentang Kelantan dalam merebut Piala Sumbangsih semalam. Selepas memenangi Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan turut membawa pulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah bagi tahun 2012. Walaupun pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi oleh NS sebaik sahaja tamat musim 2011, itu tidak memberikan satu impak besar kepada skuad bimbingan jurulatih Azraii Khor Abdullah apabila berjaya menundukkan pasukan gergasi Kelantan 2 - 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin. Walaupun ketinggalan 1 - 0 pada awal saingan, namun Negeri Sembilan kembali garang dan bangkit dengan kemenangan apabila pemain import Effa Owona menjaringkan 2 gol dalam perlawanan itu sekaligus dinobatkan sebagai pemain terbaik Piala Sumbangsih 2012. Kemenangan dan kebangkitan skuad Hobin Jang Hobin ini diharapkan mampu untuk meneruskan misi kembali merebut 3 piala pada musim 2012. - berita disampaikan oleh Azma Azhar.

Perlawanan Liga Malaysia pertama akan berlangsung pada hari Selasa (10/01/12) ini. Perlawanan pertama adalah di antara Selangor dan NS di Stadium Tunku Abd Rahman Paroi.

Jom ramai - ramai kita gamatkan stadium keramat kita STAR OF PAROI !!

"We are the ChampioNS"

p/s : amacam ? dah boleh jadi penyampai berita belum ? :D




Gadis Negeri :)

1 notis:

M.Azril said...

masih xdo gayo penyampai berito

Post a Comment