AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Friday, January 20

ON AIR : Rancangan terbaru di Astro

Assalamualaikum :)

Hari semakin lama semakin hampir dengan tarikh 4hb Februari ni.
Perasaan aku jangan cakap lah macam mana dup dap dup dap nya.
Mengalahkan perasaan orang nak nikah kata kau ! huhu.

Sebenarnya kalau anda semua nak tahu, aku akan menghadiri satu ujibakat rancangan realiti terbaru di Astro Ria iaitu rancangan ON AIR.

ON AIR ? Apakah ?

Ha, ni nak diceritakan ni. ON AIR ni adalah rancangan realiti di mana Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil dan Suhaimi Sulaiman selebriti pengacara profesional akan menjadi juri dan turun padang sendiri untuk memberi bimbingan kepada bakat-bakat baru yang bakal terpilih sebagai peserta ON AIR.

Aku sebenarnya dah lama tunggu saat dan ketika ni. :)

InsyaAllah aku akan lakukan yang terbaik supaya rezeki berpihak kepada aku. Aku x nak letak harapan apa-apa dulu sebab baru nak g ujibakat kan. Apa-apa pun aku berdoa supaya perjalanan aku untuk mengejar impian dan cita-cita dipermudahkan. Amin.

Doakan aku okey koranggg ! :D


Lot Of LOVE. Muahh !

-ON AIR on fb
-Lagi info menarik mengenai ON AIR (Klik sini) dan (sini) dan (sini) juga di (sini)

0 notis:

Post a Comment