AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Thursday, January 12

“KR1M : Apa Kata Anda”


Sumber : barisannasional.org.my


KR1M.

Apa KR1M tu ? Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah disebalik perkataan KR1M ini. Namun, sebagai Rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil tahu perkembangan negara pasti sudah mengetahui apakah itu KR1M. KR1M adalah singkatan kepada KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA yang kini beroperasi di lebih 20 buah kedai di seluruh Malaysia.

MATLAMAT PENUBUHAN KR1M.

Matlamat utama penubuhan KR1M sudah tentunya untuk memberi kesenangan kepada rakyat. Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan konsep kebajikan. Justeru itu, Perdana Menteri Malaysia mensasarkan KRIM ini untuk menolong mereka yang berpendapatan rendah bagi mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih murah dari pasaraya biasa. Seperti yang kita sediamaklum, kos sara hidup pada masa kini amatlah tinggi. Langkah penubuhan KR1M ini diambil bagi mengurangkan kesengsaraan rakyat berpendapatan rendah. Oleh itu, jelas di sini membuktikan bahawa kerajaan begitu untuk menjaga kebajikan rakyat.

KESAN UTAMA KEPADA PERLAKSANAAN KR1M (KEBAIKAN / KEBURUKAN)

Secara kasarnya memang tidak dinafikan ada peruncit yang merungut apabila KR1M dibuka pastinya akan berlaku persaingan yang hebat dan ini akan mengakibatkan perniagaan mereka merosot, namun hakikatnya, kehadiran KR1M tidak menggugat para peniaga kerana lokasi KR1M ini tidak akan menganggu kelancaran perniagaan orang lain.

Kebaikan yang diperoleh daripada KR1M ini adalah selain dapat membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah kita juga mendapati bahawa kualiti barangan dan harga di KR1M adalah sangat baik danberpatutan. Begitu juga dengan wujudnya KR1M mereka yang berpendapatan rendah tidak perlu rungsing lagi mengenai kenaikan harga barang kerana telah wujudnya KR1M ini.

TESTIMONI



sumber : Youtube,laman web KR1M



Contest Entry Terbaik – KR1M : Apa Kata Anda ini dibawakan oleh WootMedia Network dan ditaja oleh Portal Berita MyNewsHub

0 notis:

Post a Comment