AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Thursday, January 5

WELCOME 2012 | GOODBYE 2011


Assalamualaikum..
Salam sayang kepada semua pembaca..
Sedar tak sedar hari ini sudah masuk hari ke 6 bagi tahun 2012.
Bermakna sudah 6 hari saya bekerja di bawah naungan D.Amerda Production.
Sungguh. Tugasan sebagai seorang pembantu peribadi kepada seseorang yang terkenal bukan lah suatu yang amat mudah. Walaupun baru beberapa hari bekerja tetapi sudah pelbagai cabaran yang harus ditempuhi. Mujurlah pengalaman pada zaman belajar dulu banyak membantu dalam menjalankan tugasan.

Sekarang ni tengah sibuk uruskan program "Vacation with Dayana Amerda" yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam di Duta Village Resort, Kuantan Pahang pada 21,22 dan 23 Januari ini. Mana nak fikirkan pasal butik lagi, nak kena fikirkan macam-macam perancangan untuk projek 2012 adik Dayana. Ini baru saya sebagai pembantu. Belum big boss saya ( Kak Aida Amer ) lagi. Tambah-tambah anak2 baru masuk sekolah. Lepas tu FB kena hack pulak x boleh log in. Macam-macam kan dugaan dan cabaran untuk kecapi sebuah kejayaan tu ?
Semua bergantung pada diri kita, kalau kita kuat menghadapinya InsyaALLAH Tuhan tunjukkan dan berikan jalan yang mudah.

Lepas je berehat 3 hari, hari ini dah kena mula balik kerja-kerja yang tertunggak. Masa berehat pun masih lagi terfikir dan risaukan tentang majlis adik Dayana nanti. Harap semua berjalan dengan lancar. Amin.. Sekarang ni bukan lagi masa nak berfoya-foya lagi dah. Tapi, esok (Sabtu) terpaksa jugak tambah masa berfoya-foya selama sehari ! haha.

Tak perlu lah nak terangkan kenapa kan. Minah bola ni. Mana boleh tinggal perlawanan-perlawanan penting ni. WAJIB PERGI. :)

Okeylah. Harapan tahun baru ni semoga semua berjalan dengan lancar sebab tahun 2012 ni merupakan tahun yang teristimewa dan banyak sejarah akan tercipta. Kenangan terindah okey, bukan kenangan sampah :)

Mari bekerja. Yok !

1 notis:

aReLaN said...

selamat tahun baru!!!!better late than never.hehehe

Post a Comment