AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Monday, April 16

Assalamualaikum Cinta..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menghadirkan dia ( Mohd Hazizi @ Zhi Zie) untuk diriku insan tak sempurna ini..

Aku bersyukur padaMU Ya Allah di atas kurniaan MU yang amat memberikan seribu makna buat diriku.

Ya Allah , satukanlah hati kami biarpun kami di kejauhan..

Engkau tanamlah keikhlasan di hati-2 kami agar kami saling setia dan jujur dalam perhubungan ini..

Ya Allah, aku amat terharu dengan pemberian yang tidak ternilai ini..

Terima kasih YA ALLAH..

Sayangku, di permulaan ini, aku mengharapkan agar engkau mampu untuk menerima seadanya diri ini.. Kelemahanku, kekuranganku, ku harap agar kau dapat menerimanya seikhlas hati..
Sayangku, seandainya aku tak mampu menjadi yang terbaik untukmu seperti dia yang sebelumku, kuharap kau dapat jujur dengan ku..
Sayangku, sekiranya kasihmu padaku tak mampu tercapai seperti kasihmu pada dia sebelumku, ku amat mengharapakn agar ada ruang untuk ku menjadikan dirimu seindah luar biasa..
Sayangku, aku berjanji padamu, akan ku bahagiakan dirimu sebahagia-bahagianya dan akan ku kotakan janji ini dengan menghadiahkan mu zuriat yang paling bertuah buat dirimu..
Sayangku, tetapkan lah hatimu padaku, akan ku kunci hati ini hanya untukmu.. namun, xkan ku menghalang dirimu untuk terus menyayangi dirinya yang sebelumku..

Sayang, percayalah ikatan suci ini akan kekal abadi selamanya seandainya kita saling ikhlas, setia dan jujur apa adanya..

- Love You Forever More -

0 notis:

Post a Comment