AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Sunday, May 13

Family Day | Syapalikhfm.net


Salam 1 Malaysia..
Salam sayang buat semua pembaca setia (ade ke ?) blog Cik Azma yang amat2 cik Azma sayangi..
Hahahahahahahaha. Panjang x gelak cik Azma tu ?? haa.. dari semalam sampai ke hari ni... asal on FB je Cik Azma xkan berhenti tergelak ! hadoi... da naik putus urat kentut, tali pusat, segala urat dalam perut ni dah !
Nak tau kenapa ?? sebab melayan gambar-2 yg dah diupload oleh keluarga Cik Azma. Gambar2 sewaktu kitorang ber FAMILY DAY di hutan lipur Ulu Bendul pada 12 Mei yang lalu..

Sebelum cik Azma bagi korang layan gambar2 kenangan kt sana, Cik Azma nak bagi korang dengar radio ni sambil korang melayari internet. ( sila klik di sini )

Bermula pada jam 8pagi pendaftaran telah pun dibuka. Jadi, sesiapa yang mendaftar akan mendapat nombor cabutan bertuah dan juga tag nama.
tag nama (kredit photo : SFn9photography)


 
Selepas sessi pendaftaran, para peserta diminta untuk berpoco-poco bagi memastikan badan telah dipanaskan dahulu sebelum bermulanya acara sukaneka yang memerlukan tenaga zahir dan batin yang banyak. Sessi poco-poco ini telah diketuai oleh DJ Aimiruka, Q-Aini dan Asmida ( sorang lagi tak kenal sapa, tiba2 datang dok kena dok depan )

Selepas selesai sessi poco-poco acara sukaneka dimulakan dengan acara tepung tawar Cari gula-gula dalam tepung. Kalau dah bermain dengan tepung, ekau tau lah nasib ekau kan. huhuhu. Mula-mula untuk kanak-kanak lepas tu untuk kaum gigirl dan diikuti untuk boboiboy. Acara ini adalah acara spontan. Tidak dipertandingkan.

peserta kanak-kanak

peserta gegerl

peserta boboiboy
Selesai sahaja acara memutihkan muka ini, acara diteruskan lagi dengan acara isi air dalam botol untuk kanak-kanak.
Ada style adik ni .. :)
Kemeriahan semakin dirasai dengan acara REBUT KERUSI. Acara yang paling mendebarkan sobab eh nak kono robut kerusi. Kalau x dapek dok ateh kerusi tu, keluar. OUT ! GET OUT ! Acara ini telah dimenangi oleh Are Nis Sempoi ! Sempoiiiiiii.

tu dia tu dia ! haha

Acara rebut kerusi untuk kaum Adam pula telah dimenangi oleh DJ Bro Phyro dan diakhir pertandingan beliau telah berentap dengan Mawie Eightysixter.
amekkkkawww !!
Selepas acara rebut kerusi ini, acara spontan sekali lagi dijalankan. Acara ini terbuka kepada semua. Diberi nama kotak sako. Arahan yang diberikan adalah berbunyi begini " Ketika lagu diputarkan, barang ini ( anak patung ) akan dipassing dari sorang ke sorang. Bila lagu berhenti, orang yang memegang barang tersebut perlu mengikut apa jua arahan yang diberikan oleh rakan di sebelahnya. " Faham tak cmno game ni ? x faham sok torai. Kalau nak pedajal kawan time ni lah kan. Hehehe.
Citan TERKONO ! haha. dondo eh pusing pokok dan cakap I LOVE U kat pokok.
Sesudah yo acara Kotak Sako ni, semua peserta berehat dan bersantai untuk menunggu ketibaan Coach Azraii Khor Abdullah yang hadir bagi merasmikan Santai Family Day ini dan seterusnya menjamu selera dengan hidangan makan tengahari yang amat menyelarakan dan ditambah dengan kehadiran Kuih Kelopong kebait Tiya Fatihah.
Perasmian olek coach AK-9


AJK Makanan.

Aummmm.. lapar ni.. ekeke
HAHA. nak gelak dulu nak gelak. Sebenarnya sebelum makan, ada satu lagi acara. HAHA. gelak lagi. Lupa pulak acara ni lepas makan ke sebelum. HUHU. nasib adik tiya ingatkan. thanks adik TIYA FATIHAH. :)
acara ini adalah acara yang paling mendapat perhatian. Sebelum Family Day lagi acara ini telah mendapat perhatian dan mendapat sambutan hangat dari seluruh keluarga Syapalikhfm. Nak tau acara apo ??
HAHA. gelak lagi dan HAHA gelak lagi. HAHAHAHAHAHAHA. makkkk xleh bonti tegolak poit membayangkan wajah2 ayu peserta. HAHAHAHA. xleh taip xleh taip. nak tegolakk ! capalittt boto...
Hehe. Gelak sket sambung. acara ini dinamakan sebagai acara MAKE UP PERANTIN LELAKI. haha. dengar tajuk je da nak gelak. macamane la kan wajah seorang lelaki macho disolek ??
Saksikan..

ha.. tu dia tu dia...
Itu baru sikit. Ada banyak lagi.. tapi nanti korang nak tengok kat bawah nanti cik Azma sertakan link2 sumber wokey :)

Lepas da make up da cantik, HAHA. lepas da makan , da kenyang. BLRUPP ! Alhamdulillah..
Acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. HAHA. gelak lagi. Ponek poit golak ! Bak kato chef wan, nasib baik dah ikat, kalau tak. HAHA. gelak lagi.

Peserta bertuah yang pertama ni ( malu nak sebut nama ) memang bertuah. HAHA. tuah badan.
Kenal tak ? 

Selepas acara cabutan bertuah yang pertama ini, majlis berhenti berehat sebelum di sambung pada jam 2 petang. Tepat jam 2.45 petang acara sessi petang dimulakan dengan acara membalut MUMIA !! Kenangan gilorss ni sebab buat pertama kali cik Azma dibalut menjadi MUMIA ! Siap ada webcam tu yang x tahan. HAHA. mentang2 cik Azma ni kaki SKYPE. :)
hai, boleh berkenalan ? hihihi
Mumia yang bernama Azma ini riang selepas dibebaskan. HAHA.
acara balut mumia yang sangat-2 menggerunkan HAHA. kremm kaki makk nokkk !
Lopeh acaro belut mumia mo tisu tu acara Sandarkan Pado Kenangan lak. Acaro ni cik Azma dongan adik DJ Al Fath iaitu cik CT Hajar..
Riang mak amekkk
Dan acara yang terakhir.. iaitu acara Semakin Jauh Semakin Sayang.. Acara kemuncak yang selalu diadakan di mana2 majlis. Maka dengan itu berakhir lah sudah acara-acara sepanjang program SANTAI FAMILY DAY SYAPALIKHFM ini.. Seterusnya acara penyampaian hadiah dan yang paling dinanti dengan jantung yang berdetup detak adalah CABUTAN BERTUAH GRAND PRIZE bernilai RM1500 yang telah menjadi hak milik kekal saudara SHAM NAZRUL. ini lah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah sham nazrul di santai FD Syapalikhfm..
hadiah berupa sebuah penapis air
Okeylah, harap anda semua terhibur dan jangan lupa, DI SINI BERMULANYA PERSAHABATAN..
Radio Kito Lopak Kito, hanya di http://www.syapalikhfm.net

Sumber gambar : Fahmy YMC Freelancer , Qurratuaini Zahari dan dari Syapalikhfm Community

Keluarga Besarku, SYAPALIKHFM COMMUNITY

Ikhlas,

azma azhar

0 notis:

Post a Comment