AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Thursday, May 24

Kisah aku | Kisah Benar | Teladan & Tauladan

Aku.. cuba untuk menjadi yang terbaik pada setiap insan yang datang menyerikan hidup ini..
Aku.. sering mengalah dalam apa jua keadaan.. hanya kerana seorang insan yang bergelar kekasih..
Kali pertama aku mengenal erti cinta, segalanya ku korbankan.. masa, tenaga, wang ringgit.. hanya untuk dia hinggakan keluarga tak ku utamakan.. Betapa bodohnya aku.. Namun, Tuhan balas perbuatan itu.. Kini, dia bahagia bersama isteri tercinta dan aku bahagia bersama ibu ayah dan adik-adikku.. Walaupun aku kehilangan orang yang tersayang kerana dia..

Selangkah demi selangkah aku cuba melupakan cinta.. Padaku cinta itu fantasi semata-mata.. Cinta itu tipu !
Sesuatu yang buta dan bisa membutakan.. Lama aku tinggalkan alam yang diimpikan oleh remaja seusia ku.. Ya, memang aku cemburu.. cemburu melihat rakan-rakan lain di sayangi dicintai.. Namun, aku akur.. hatiku x mudah lagi menerima cinta baru dan aku tahu andai ada lelaki yang mahukan aku, aku hanya terima di mulut tetapi tidak di hati.. Kerana itulah aku sering mempermainkan hati lelaki.. hari ni kata mahu esok kata tak mahu.. Aku mohon maaf.. Sudah aku katakan, jangan ada paksaan dalam bercinta.. Biarpun bukan 1,2,3,4 malahan lebih dari 7 orang lelaki yang telah aku lukai hatinya.. Betapa kejamnya aku.. hanya kerana dendam pada cinta pertama.. tapi bukan niat aku untuk mempermainkan hati-hati itu. Aku buntu.. Walaupun aku mengatakan YA di saat kau menginginkan perhubungan yang istimewa, tapi hakikatnya hati aku kosong. Pintu hati ini langsung tak terbuka walau seinci pun. Teruknya aku. Tapi, aku mohon dilepaskan dengan cara yang baik.. Setakat ini, cuma 2,3 orang sahaja yang masih tidak dapat menerima aku mempermainkan hati mereka.. Apakan daya ku.. aku hanya insan biasa.. bodoh, buta dalam menilai hati dan keikhlasan seorang lelaki..

Setelah aku tinggalkan zaman kepura-puraan itu, aku kembali bersendiri.. cuba untuk menerima seorang lelaki.. seperti biasa, pada awalnya aku mengatakan YA pada permintaannya.. namun, hanya sementara.. kerana aku masih belum mampu menyayanginya sepenuh hati.. Alhamdulillah dia redha dan kini dia sudi untuk menerima aku sebagai adiknya.. Terima kasih abang.. Abang yang memahami..

Selepas dia, entah apa lagi Tuhan ingin uji diri ini.. Sekali lagi aku diduga. Di duga dengan kehadiran 8 orang lelaki yang meluahkan isi hati dan perasaan terhadapku. Sungguh bukan aku ingin membangga diri menjadi perhatian ramai, tapi aku tahu.. Tuhan sedang menduga ku. Kalau orang lain mungkin bangga bila digilai oleh ramai lelaki.. tapi, aku takut. aku takut aku sekali lagi menjadi seorang perempuan jahat yang hanya tahu mempergunakan lelaki dan mempermainkan hati dan perasaan mereka ! Aku tak tahu apa harus aku lakukan. Aku buntu. Lepas sorang, sorang datang menyatakan hasrat untuk menjadikan aku teman wanita. Aku tidak lagi mengatakan YA pada kali ini, Jawapan ku hanya lah berikan aku masa. Aku berfikir lama... Ada ketikanya aku rasakan ingin kembali jahat. Ahh, terima je semua.. Tapi aku fikirkan akibatnya. Sekali lagi aku buat, Tuhan akan balas. Aku terfikir sejenak. Aku katakan pada diriku. TIDAK. aku takkan mengulanginya. Dalam waktu itu, aku jadi x tentu hala. Bayangkan aku terpaksa bersms, angkat call dalam sehari dengan 8 orang yang sedang dalam pemerhatian aku. Untuk aku pilih menjadi penghuni dalam hati ini. Sekali lagi aku katakan bukan tujuan aku untuk berlagak sombong bukan tujuan aku untuk mendabik dada untuk bangga tapi inilah realiti. Bukan kerana paras rupa, bukan kerana aku kaya harta tapi mungkin kerana aku terlalu peramah, friendly dan happy go lucky membuatkan mereka senang dgn aku.. Maaf, bukan niat ku untuk menunjuk-nunjuk tapi realitinya itulah aku..

Hampir 2 minggu hidup aku kecelaruan, kebingungan dan kebuntuan, tiba-tiba entah siapa, dalam kekusutan itu, datang seorang hamba Allah yang tiba-tiba mengIM aku di fb dan cerita masalah dia dgn seseorang yang aku kenal. Aku pun terus berchatting dengan dia sehingga aku lupa pada masalah yang sedang aku hadapi.. Sejak aku kenali dia, terus aku padamkan masalah yang melanda hidup aku waktu tu. Dan yang paling menarik terus aku berika jawapan pada mereka. MAAF, SAYA SUDAH BERPUNYA. entah dari mana datangnya kekuatan untuk mengatakan sebegitu pada mereka yang sedang menanti jawapanku.. mujur mereka akur dan faham dan masih lagi berkawan dgn aku dan ada juga yang mengatakan pada aku dia ada bila-bila sahaja untuk aku menerima dia sekiranya aku sudah tiada yang punya.. pada aku, mana-mana lelaki pun akan mengatakan ayat yang sama.. akan terus tunggu dan menunggu.. tapi dalam masa yang sama mencari juga yang lain. itulah manusia dan itulah lelaki.. biasa janji hanya akan tinggal janji..pada aku, kalau ada jodoh tak kemana.. nak tunggu itu suka hati, kalau takda harpan jangan kecewa itu saja.. sebabnya kita yang pilih nak jalan macam tu so kena hadap la kan. Macam aku jugak.. aku yang pilih jalan untuk terima orang yang bukan dalam pemerhatian aku, orang baru dalam hidup aku.. jadi, apapun yang terjadi, aku yang kena kuat untuk lalui jalan tu sebab aku yang pilih dan atas pilihan hati aku sendiri tanpa paksaan dari sapa-sapa pun..

Bermulah dari saat ini, aku kena berhadapan dengan pelbagai masalah dan dugaan yang tak pernah sekalipun pergi dari hidup aku dan seolah-olah masalah dan dugaan itu sentiasa berkejaran untuk mendapatkan aku..Biarlah.. aku pasrah dengan ketentuan Illahi dan aku masih punya Allah Yang Satu untuk aku mendamba kasih sayang dan mengadu.. Aku insan hina, aku insan lemah walaupun kadang-kadang aku lupa akan adanya Tuhan sentiasa bersama hambaNya namun Alhamdulilah dgn masalah dan dugaan ini aku sentiasa ingat dan dekat denganNya...

Aku punya keluarga.. aku punya ibu bapa.. aku puny adik-adik.. aku punya rakan.. aku punya teman dan aku punya kekasih.. Tetapi, aku teruji.. dengan ujian yang aku lemah lutut dan kaki bila mengenangkannya.

Tahu apa ujian yang aku lalui ? aku kesepian, aku kesunyiaan dan aku keseorangan.. yang aku ada cuma Tuhan.. Di kala aku keresahan, di kala aku kekusutan, aku ingat Dia dan dia datangkan aku ketenangan.. satu-satu keajaiban yang berlaku malam tadi, di saat aku merasakan diri aku sedang gila.. di saat aku fikirkan aku ingin mati, aku usap perlahan dadaku dan aku beristighfar.. dalam esakan dan tangisan aku beristighfar untuk dapatkan ketenangan.. MasyaAllah hebatnya Tuhan punya kuasa tiba-tiba aku rasa kepala ku diusap dan seolah-olah ada suara yang menenangkan aku.. dan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. Aku lihat jam sudah menunjukkan jam 3pagi.. seingat aku waktu aku bermonolog sendirian bersama suara itu jam baru sahaja menunjukkan pukul 12tgh malam.. Tuhan Maha Kaya.. lama aku bersama suara itu menyejukkan hati ku... Terima kasih Ya Allah, Shukran. Alhamdulillah...

Hujan rahmat yang turun membawa kepada ku satu ketenangan yang sangat indah.. Pagi tadi aku cermin wajah aku dan aku nampak ketenangan dlm mata ku.. aku senyum sendiri :)

Langkah penuh keyakinan masuk ke tempat kerja membuatkan aku kuat untuk teruskan kehidupan..
Namun... ketenangan itu sementara !! Tatkala aku di depan pc.. Tangan ku jemariku tergerak untuk melakukan seseuatu.. Ya ! Menceroboh masuk ke tempat yang dikatakan hak privasi individu adalah satu kesalahan. Dan aku telah melakukannya. Tapi aku yakin.. Tuhan bawakan aku ke tempat itu untuk menunjukkan pada aku sesuatu.. Tak mungkin dengan tiba-tiba, secara mudahnya dan sebelum ini aku tak terlintas nak melakukan tiba-tiba hari ni aku mencuba,, hasilnya.. Sesuatu yang disorokkan dari pengetahuan ku oleh seorang insan yang aku sayangi dan cintai..Aku tau perkara itu salah tetapi sekurang-kurangnya aku akan lebih berhati-hati lagi agar aku tidak mudah ditindas... Harapanku.. aku hanya menunggu untuk dia bersikap jujur.. sekiranya dia membaca artikel ini.. ketahuilah sayang.. aku lakukan ini untuk masa depan kau dan aku.. Aku amat memahami naluri muda mu.. dan kerana itu lah aku memendam segala rasa dan kini aku hanya berserah seandainya ada jodoh kita, aku harap kau berubah namun andai ini bukan jodoh kita aku pasrah...

" Ya Allah, tunjukkan aku jalan kebenaran.. Izinkan diri yang hina ini untuk terus memanjatkan doa memohon pertolongan Mu.. " aamiin..