AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Sunday, May 6

Konvoi Bermotosikal Sempena 66tahun UMNO

Salam 1 Malaysia..

5/5/2012 - Sepanjang hari ni, aku berada di DS 2 Mall, Seremban 2 untuk program KARNIVAL PROMOSI HARI BELIA NEGARA 2012 peringkat Negeri Sembilan.

6/6/2012 - Seawal jam 8 pagi para peserta konvoi telah berkumpul di Teratak Zaaba, Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Program dimulakan dengan acara senamrobik dan juga poco-poco anjuran Puteri UMNO bahagian Jempol. Semasa aktiviti senamrobik dijalankan, kehadiran pemuda dan puteri bertambah untuk sama-sama menyertai konvoi ke Port Dickson. Kehadiran mereka diserikan lagi dengan kehadiran pemuda yang membawa motorsikal berkuasa tinggi. Selepas mereka semua berkumpul, arahan untuk menyusun motorsikal diberikan. Sebaik sahaja motorsikal pemuda dan belia dari seluruh kawasan di bahagian Jempol disusun, kami dikejutkan dengan kehadiran lebih dari 200 buah motosikal diiringi oleh pihak polis dari Pemuda bahagian Jelebu untuk sama-sama memulakan konvoi ke Port Dickson. Sebelum ketibaan mereka, para peserta konvoi dihulurkan sedikit Duit minyak berserta bendera UMNO untuk dilekatkan pada motor masing-masing. Hampir 300 buah motor sudah pun memenuhi ruang parkir kereta di Teratak Zaaba. Tidak lama selepas itu , Ahli Parlimen Jempol, Dato Haji Lilah b Hj Yasin tiba dan memberikan ucapan perasmian. Walaupun hari hujan, tetapi itu tidak mematahkan semangat para pemuda dan puteri Jempol untuk memulakan perjalanan. Bagi Pemuda Jelebu semangat untuk meneruskan perjalanan tetap tidak luntur walaupun hujan lebat. Tepat jam 9.30pagi konvoi dari Jempol dan Jelebu bergerak ke Kuala Pilah. Di sana kehadiran kami telah di nanti oleh lebih kurang 100 buah motorsikal yang sama-sama akan meneruskan perjalanan ke Tampin. Sebaik sahaja tiba di Johol, para peserta konvoi berhenti untuk menikmati jamuan makan tengahari. Perjalanan di sambung pada jam 2 petang. Sebelum bergerak ke Rembau, kami berhenti seketika di dataran Tampin dan separuh berkumpul di Masjid Repah untuk menunggu konvoi dari Gemas. Setibanya mereka di Dataran Tampin, perjalanan diteruskan ke Rembau. Sebaik tiba di Rembau, perjalanan dihentikan seketika untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu UMNO. Di Rembau kami disambut lagi dengan lebih 300 buah motorsikal pelbagai kuasa. Perjalanan ke Tanjung Agas diteruskan lagi dan kali ini diketua oleh YB Khairy Jamaluddin. Dianggarkan kira-kira 5km panjangnya konvoi ini dan mendapat perhatian penduduk setempat sepanjang laluan konvoi ke Tg Agas.

- Sampai je kat PD semua dah letih , penat. Tinggalah beberapa kumpulan yang menanti sehingga kesampaian peserta ‘Larian Bendera Sang Saka Bangsa’ dari negeri MELAKA.

Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan konvoi bermotosikal ini. Hari ini bermulanya larian bendera itu untuk ke Bagan Pinang dan seterusnya akan diserahkan kepada negeri Selangor pula untuk meneruskan larian dan akan berakhir pada 11 MEI 2012 di Bukit Jalil.

0 notis:

Post a Comment