AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Wednesday, May 9

Review : Kes bayi dipukul ibu.

9 / 5 / 2012 - 12.30pm

Tengah sedap-sedap aku melayan radio online syapalikhfm , tiba-tiba dekat news feed aku naik satu video. Video yang descriptionnya bukan bahasa kita. Bahasa jawa barangkali. Disebabkan aku tak faham dengan bahasa itu, aku pun bukak la video tu. ( VIDEO ASAL TELAH DIDELETE )

Walaupun video asal tersebut telah didelete ( mungkin pengupload menerima banyak feedback daripada orang ramai yang melihat video tersebut ) tetapi ramai para youtuber dan blogger yang sempat untuk mendownload dan menguploadnya ke dalam youtube.

Selepas tersebarnya video itu, orang ramai yang prihatin mula membuat aduan kepada pihak PDRM dan berikut adalah feedback dari pihak PDRM.

Salam 1 Malaysia,
Pihak PDRM telah banyak menerima video yang sama namun pelakunya tidak dapat dipastikan selagi pihak keluarga atau sesiapa yang mempunyai maklumat membuat laporan polis.
Video ini juga telah disalurkan ke jabatan yang berkenaan
Terima kasih di atas keprihatinan.

Tidak lama selepas itu muncul pula satu kenyataan dari seseorang yang menyatakan pernyataan ini.


 Nur AtiQah
MAKLUMAT TERBARU DARI WALL SAHABAT SAYA SHARE SUPAYA TIADA LAGI TUDUHAN MENYEBABKAN DOSA MENYEBARKAN PERKARA TIDAK BETUL :

pmpuan ni dh kene tngkap, dlm proses perbicaraan lagi. pmpuan ni xberapa betul sgt. skg anak dia org lain yg jaga. tp anak dia dlm trauma lagi. bila ada org nk pegang, dia nangis. perempuan yg record ni dh pernah cuba halang tp kene blasah, so dia terpaksa record senyap2 dan tunjuk bukti kat polis.


HARAP SEMUA DAPAT AMBIL IKTIBAR YE. TIMA KASIH. MAAF SAYA MAKI-MAKI CUKUP SAMPAI SINI, KEADILAN TELAH DITEGAKKAN. - credit from Intan Humairah Abdul Hadi

Credit to Nur AtiQah

#copy and paste dan diedit#


Namun masih ramai lagi para pengupload video yang menyalin video itu dari satu pihak ke satu pihak dan dari kotak news feed di FB saya kebanyakan video adalah dari video asal tetapi tajuk dan penguploadnya berbeza.

Sewaktu menaip entry ini saya cuba untuk mencari kembali video yang asal tetapi sudah didelete oleh tuan punya video.

Dan paling terbaru adalah kenyataan daripada Official Facebook PDRM.


  STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.


Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.


Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.



Kesimpulannya, kita dapat lihat betapa prihatinnya rakyat di Malaysia ini dan mungkin juga mendapat maklumbalas daripada rakyat di negara lain. Sama-sama kita mendoakan supaya adik itu kembali sihat dan bebas dari trauma. Mari juga kita sama-sama doakan agat Tuhan mengampunkan dosa ibu kepada bayi itu kerana setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa dan juga tidak akan terlepas dari Hukuman Allah.
waallahualam. 

0 notis:

Post a Comment