AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Saturday, May 12

Sambutan UMNO 66 | Im proud to be Malaysian

Salam 1 Malaysia buat warga kota dan desa..
Apa khabar hujung minggu anda ?
Diharapkan anda sentiasa berada di dalam keadaan yang baik-baik aja.

Macam biasa, hari ni cik Azma nak update pasal apa 2 hari cik Azma yang amat memenatkan.

Hari Jumaat 11 Mei cik Azma pegi ke Sambutan UMNO yang ke-66...
Memang happening sangat. Belum sampai kat Bukit Jalil pun, kt R&R Seremban dah dipenuhi dengan gelombang merah ! Mereka semua yang berhenti kat situ adalah dari Melaka, Johor Bharu dan Negeri Sembilan. Bayangkan lah boleh bilang dgn jari je orang kat situ yang tidak berbaju merah. Itu belum sampai lagi dekat Bukit Jalil !

Setibanya di Bukit Jalil cik Azma seronok sgt sebab tengok ramai sangat3 orang kt sana. Cik Azma rasa macam pergi game Kelantan pulak. Merah je.. huhu.

Cik Azma jalan berdua je dgn kawan cik Azma. Malas nak ikut kaum2 ibu dan bapa sebab diorang kalut nk buang itu dulu lah ini lah huhu. Hati Cik Azma da sampai kt dalam stadium ! mmg xleh dibendung2 lagi perasaan nak masuk dalam waktu tu. Nasib lah ibu cik Azma faham and izinkan kitorang berdua masuk dulu. Sampai kat dalam cik Azma terkejut ! sebab yg duduk santai kat tepi stadium kat dalam stadium kebanyakannya kaum2 ibu dan bapa ! Cik Azma jadi pelik. Mana PEMUDA ?? Mana PUTERI ??

Dari satu tempat ke satu tempat baru cik Azma perasan yang diorang sume duduk ikut negeri. Cik Azma pun merewang la satu stadium. Kagumnya cik Azma bila tengok ramai makcik2 pakcik2 malahan ada yang berpangkat nenek dan datuk hadir sama pada malam tu. Yang bertongkat yang berkerusi roda sume ada. Kagum sangat. Tapi cik Azma masih tercari-cari. Tak nampak pun orang muda.

Lepas tu sampai kat satu lorong gate tempat curva Ultras Malaya tu cik Azma tengok ada jalan masuk ke dalam padang. Apa lagi, dgn bangga dan sukahati cik Azma pun merentangi jambatan tu dan masuk ke dalam padang ! hehe. :) baru lah cik Azma nampak wajah2 pemuda dan puteri.. Rupanya memang dah diarahkan Pemuda dan Puteri untuk memenuhi ruang di tengah2 stadium.. Memang havoc giler ! tau la kan budak2 muda. Meriah happening bergambar bagai2. Kat tepi2 tu ada gantung banner yang ada tandatangan semua peserta2 larian dan konvoi bermotor pada hari sebelum 11 Mei tu. Cik Azma round lagi satu padang. Rajin kan ? Acara belum mula. Bosan la kalau duduk saja.

Sampai la diumukan PM da nak sampai cik Azma cari port paling dekat dgn pintu PM nak masuk nnt. hehe. Nak depan je kan. Tibe2 Cik Azma nampak Naib Ketua Puteri cik Azma ( kak Rafydah Ruslan ) dgn suamni. Cik Azma pn pergi teruslah terjah dia ! Terujaa kot. Dalam berpuluh ribu orang kat sana bos Cik Azma juga yang Cik Azma jumpa..

Makin meriahla kan bila da jumpa geng. Huhu. Kitorang pun lepak sama sampai habis majlis. Yang paling syok tu, kitorang dapat duduk betul2 tepi trek tempat PM lalu.. oh sem ! huhu.

Yang tak bestnyaa hari tu bila diganggu oleh bunyi itik tercekik a.k.a Airhorn yang sangat2 memekikkan dan menggangu konstrentasi hadirin yang datang. Dahla ada yang datang dari jauh, 1 Malaysia lah katakan. Yang datang dari Negeri Sembilan, Selangor, KL ni okey lah lagi dekat. Yang lain2 tu ? datang nak dengar amanat TPM dan PM tapi apa yang dapat ? bunyi petpett tanpa henti yang bingit tu ! Gerammmm.

Apapun, SAMBUTAN HARI UMNO YANG KE 66 ni sangat best dan meriah sekali ! Untuk pertama kali saya rasa 99.99% majlis ini BERJAYA ! tanpa gangguan dan rusuhan walaupun ianya terbuka. :)

suke sanad2 :)

Posing gitu haha

wakil dari UMNO BAHAGIAN JEMPOL :)
my 2cen jumpa depan 7E.

0 notis:

Post a Comment