AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Thursday, June 7

Celebration My Sweetheart Birthday | 2012

Assalamualaikum wbkth..
Apa habaq ampa suma ??
Cik Azma arap ampa suma bek2 ja k..
Hehe. Awaitnya laa kan cik Azma dok speaking loghat utagha plak ni??
Sebenaqnyaa laa ni cik Azma ada di Bertam, Pulau Pinang.
Umah kazen cik Azma.. Hehe. Pada asainya Cik Azma duk sini sebab nk tolong jaga kan anak kak sepupu cik Azma tu sbb kak sepupu cik Azma ni tgh berperang dgn exam beliau. Degree tau. Mau tau laa kan susah ka senang. Huhu. Tapi, memandangkan hari cik Azma ada di Penang ni berhampiran dengan hari lahir my incik tunang, so, orang tua2 kata alang-alang menyeluk pekasan biaq sampai ke pangkai lengan kan? huhu. Jadi cik Azma ambik la masa 2 hari untuk my incik tunang tu.. Tunang? Haa.. kami dak la tunang cm orang lain, tapi dalam Islam, lau seorang lelaki da lamar seorang perempuan untuk menjadi isterinya dan si perempuan bersetuju, makan terjalin sudah ikatan pertunangan itu.. :)

My incik tunang sampai ke Penang pada 6 Jun 2012 tepat jam 9 malam. Kami berempat, cik Azma, Kak sepupu cik Azma, adik cik Azma dan my baby niece p la ke Butterworth ambik depa 2 ni. My incik tunang datang dgn teman sepermainan dia, Amien. Lepas da amek depa 2 ni, kami terus balik ke Bertam sbb kereta yang kami sewa tu dah ada kt umah my kazen seawal jam 6 petang lagi. Hehe. Cik Azma nk drive kereta tu jemput diorang mmg tak la kan. hoho. Sampai ja umah, kami pun siap2 and kluaq la nk p celebrate birthday my incik tunang ni.. Sebelum p ke tempat yg ingin dituju, kami p ke Bukit Mertajam dulu. G jemput awek Amien, Aten. Punyalahh susah nk cari umah si Atin ni, sampai sesat2. Mujur ada bantuan GPS dari iphone Amien.

Lepas da jemput Atin, kami pun menyeberangi jambatan Pulau Pinang dan merayau2 la mencari kedai makan. Pada asalnya kami cuma nk lepak tepi pantai sambil makan2. So, kami pun singgah laa ke 7Eleven beli itu dan ini. Elok ja nk gerak p kt tepi laut Queensbay tu hujan turun. Plan tu pun batal dan kami ambik keputusan utk p makan ikan bakaq jaa.. Yang paling menyedihkan tu, dalam dok kalut2 tu kami tak sedaq jam dah pukul 12 tgh malam ! means da masuk 7/6/2012 birthday my incik tunang ! da 12.11am baru perasan.. So, kami cuma nyanyi dalam kereta jaa huhu.

Sampai kat kedai ikan bakaq tu, kami pun dok laa order. Yang tukang ordernya adalah Amien. Yang tukang pilih ikan nya my incik tunang. Macam budak2 berlari nk p pilih ikan. Haha. Kami makan lewat malam tuu kat tepi pantai.. Best sangat. Memang malam tu rasa macam satu kenangan yg terindah sangat lah huhu.

Hidangan Istimewa Sempena Malam Sambutan Hari Lahir my dear ZhiZie

Thanks Amien tolong amek gambar kami. :)

Lepas makan, kami pun cabut balik sebabnya hari dah makin malam. Mata pun sudah mengantuk. Esoknya, pagi2 lagi da nak keluar balik. Pusing2 Penang pulak ! yahooo. That is for the first time cik Azma masuk ke seberang pulau. hehe.

7 Jun 2012, genap lah jatuhnya umur my incik tunang yang ke - ..... (rahsia) hehe

Seawal jam 10pagi, my incik tunang dan BFF dia Amien, da mai umah kazen cik Azma ni utk ambik cik Azma n adik nk dibawak oleh mereka masuk Penang. Excited tau cik Azma bangun awal. Yang sedihnya, my Incik tunang dengan Amien terpaksa bermalan di surau Petronas.. Mandi kt R&R waaaa... ya laa kan, x manis pulak nk bawak masuk rumah kazen cik Azma ni sbb kami semua perempuan dan kazen cik Azma dah bersuami, suami nya pula xde rumah. Kalau ikutkan syarak pun mmg tak boleh.

Lepas ambik kami, kitorang pun gerak laa ke Jeti Feri kt Butterworth. First time jugak laa naik kereta atas feri. Hihihi teruja ! Sejarah pertama dalam hidup dan jatuh pada hari lahir my incik tunang.. Ohh sweetnya. Hehehe.

Atas Feri ni tahu. :p

Selepas menyeberangi lautan, kami pun bergerak mencari tempat makan. Adik da muncung je kelaparan. Huhuhu. Lama jugak laa nak cari parking sampai perut masing2 da teruk sgt da tahap kelaparannya. Kami pun decide cari tempat makan kt dalam Plaza Gurney je. Cik Azma pun ajak diorang p makan kt Chicken Rice Shop dalam plaza tu. Sekali sekala kann bawak teman istimewa makan kt tempat mahal sket. Heee.
Yang bagusnya tunang Cik Azma ni, dia langsung tak kedekut bab duit. Cik Azma nk bayar, dia pun nk bayar. Padahal birthday dia. Aishh geram betul. So, dari situ da nampak, tunang cik Azma ni orang dia macamana.. Sejuk perut cik Azma dapat bakal suami macam Zhizie. hehe.

senget-benget kalau sendiri snap hoho
Selesai je makan-makan, kami merayap satu plaza tu nak cari Secret Recipe pulak. Memang dari malam tu lagi da cari Secret Recipe tapi da tutup laa sebab da lewat sangat. Akhirnya jumpa jugak. Cik Azma ni x mampu nak beli sebijik kek tu. hoho. hanya mampu beli 3 slices je. Hehehe. Cik Azma n Zhizie pilih coklat strawberi, adik pilih oreo Amien pilih butterscouth. Selera masing-masing takmo nk kalah. hehehe.

Lepas tu, kami keluar dari Plaza Gurney dan menuju ke Batu Feringgi. Sampai kat sana, masyaAllah ombak dia.. bukan ombak rindu lagi dah. rasa da macam pra tsunami ! Baru laa tau masa makteh cik Azma telefon, dia kata memang ada musim fenomena ombak besar. Tapi, Amien yang pro ni da dapat satu tempat lepak yg best la. Dapat jugak laa adik berendam sekejap. Adik cik Azma memang pantang nampak air laut dan pasir laut. Huhu.

Hero ku melayan adik ipar yang nakal

Amien bawak diri makan kek. Sedih Atin x ikut sama. huhu

Sehingga menjilat jari ye sayang? :p
Lepas da mandi-mandi dan makan-makan, kami pun berangkat pulang. Sebelum tu sempat lagi tau beli baju sama ! hehe. Tajaan my incik tunang.

Self timer. hoho
WE <3 PENANG
Sebelum anta kereta dan balik ke rumah my kazen, kami p beli tiket dulu.. Tiket nak balik kampung masing-masing.. Zhizie n Amien nak balik Alor Setar, cik Azma dan adik nak balik Negeri Sembilan. waaa jauh tu.. Utara-Selatan. Nasib bek dalam Malaysia lagi. huhu. Masa di Hentian Butterworth tu, cik Azma turun berdua ja. Amien tidur dalam kereta. Adik xmo ikut. Masa nak beli tiket tu, ada laa makcik ni tanya nak balik mana. My incik tunang jawablaa dia nak balik Alor Setar, cik Azma nak balik Negeri Sembilan. Mak cik tu kata laa ooh jauh. tau apa my incik tunang jawab? hehe. Biasala mak cik dapat jodoh orang jauh. Hehe. Malu tau.. kami jalan orang suma pandang. kih3. Sebab apa, sebab pakai baju sama. Mesti orang tau kami baru balik dari bercuti kt Penang. hehe.

Di penghujung cerita.. pukul 7.30pm.. Kami terpaksa menahan rasa sebak dalam hati.. Saat perpisahan yang semua orang tak mahukan ! Argghh. Cik Azma awal-2 lagi dalam kereta da nangis da. Tapi masa detik2 nak berpisah tu, cik Azma tahan ja sebab tamau bagi my incik tunang susah hati..

Sayang.. terima kasih sudi mengambil diri ini menjadi suri dalam hatimu..
Amien.. terima kasih kerana menjadi sahabat sejati kepada my incik tunang..
Adik.. terima kasih memahami along dan menerima kehadiran Abang Zhizie..

Takleh nak teruskan menaip. Nanti rosak pulak keyboard ni kena banjir airmata.........

coretan : AzmaZhiziePunya