AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Monday, November 12

12 April 2012 - 12 November 2012

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..
Fullamak ayat ! da macam pengacara majlis pulak =p
Almaklumlahkan, skrg ni cik Azma selalu jadi emcee utk majlis2 rasmi di sekitar tempat cik Azma bermaustatin skrg iaitu di Jempol. Rezeki cik Azma di situ, Alhamdulillah =)
Ha, berkenaan dgn tajuk en3 cik Azma hari ni, tarikh.
Ehh ? Tarikh apakah ?
Haaa for your information, ( upsss speaking sudah )
Tarikh itu adalah tarikh yang cik Azma x jangkakan. Hehe.
Alhamdulillah.. da masuk 7 bulan hubungan cik Azma dengan Mr Zz.
Diam tak diam, cik Azma sgt yakin dgn hati cik Azma yang dah tertulis di loh mahfuz dia adalah imam cik Azma dan Cik Azma adalah makmum dia..
Amboih3, yakin gitu. Haha. Ape2pun, cik Azma always berdoa agar hubungan kami akan terus kekal sampai syurga walaupun pelbagai rintangan, dugaan dan cabaran yg terpaksa kami lalui..
Yang paling cik Azma x sangka, walaupun 7 bulan bersama, tapi baru sekali kami berjumpa !
Hah, buat apa jumpa selalu kan ? Maklumlah darah muda ni bahaya skit.
Alhamdulillah, jarak ini telah menjaga kami dari melakukan perkara2 yang lara.
Cik Azma yakin dan percaya, dia juga ikhlas dan menjaga cinta kami dengan jayanya. =)
Pernah cik Azma menafikan hati ini dari mengatakan yang cik Azma bukan milik dia.
Tapi, gagal. Cik Azma x mampu untuk meninggalkan dia atas sebab2 yang cik Azma sendiri cipta.
HATI Cik Azma memang untuk dia. Untuk Dia.. heyy Untuk Dia... ( sompek nyanyikannnn )
So, Cik Azma harap, pada orang kt luar sana, yang mengatakan Mr Zz Cik Azma ni x matang laa, budak mentah laa, harap maklum yang masa awak tu bercinta dgn sy muda2 dulu pun awak x laa matang sgt. Haha.
Sekarang ni, matang SANGAT ke sampai nak kata awak tu genggam habis2 hati sy ? haha. Dah ada orang jaga baik punyaa pun, masih mengharap cinta lama. Sudah cukup sudah.. cukup sampai di sini saja ( aiyarkk nyanyi lagiii )

Okey lahhh u olzz, sempena dengan hari Annivesary Cik Azma yg ke 7 bulan ni, cik Azma nak bagi entry ni khas untuk MOHAMMAD HAZIZI B. MOHAMMAD SHOKRI baca dan lihat.




I SAYANG YOU. x yah cakap lebih2, itu je laa ayat nye sampai mati nnt =)
Assalamualaikum :')

Thursday, June 7

Celebration My Sweetheart Birthday | 2012

Assalamualaikum wbkth..
Apa habaq ampa suma ??
Cik Azma arap ampa suma bek2 ja k..
Hehe. Awaitnya laa kan cik Azma dok speaking loghat utagha plak ni??
Sebenaqnyaa laa ni cik Azma ada di Bertam, Pulau Pinang.
Umah kazen cik Azma.. Hehe. Pada asainya Cik Azma duk sini sebab nk tolong jaga kan anak kak sepupu cik Azma tu sbb kak sepupu cik Azma ni tgh berperang dgn exam beliau. Degree tau. Mau tau laa kan susah ka senang. Huhu. Tapi, memandangkan hari cik Azma ada di Penang ni berhampiran dengan hari lahir my incik tunang, so, orang tua2 kata alang-alang menyeluk pekasan biaq sampai ke pangkai lengan kan? huhu. Jadi cik Azma ambik la masa 2 hari untuk my incik tunang tu.. Tunang? Haa.. kami dak la tunang cm orang lain, tapi dalam Islam, lau seorang lelaki da lamar seorang perempuan untuk menjadi isterinya dan si perempuan bersetuju, makan terjalin sudah ikatan pertunangan itu.. :)

My incik tunang sampai ke Penang pada 6 Jun 2012 tepat jam 9 malam. Kami berempat, cik Azma, Kak sepupu cik Azma, adik cik Azma dan my baby niece p la ke Butterworth ambik depa 2 ni. My incik tunang datang dgn teman sepermainan dia, Amien. Lepas da amek depa 2 ni, kami terus balik ke Bertam sbb kereta yang kami sewa tu dah ada kt umah my kazen seawal jam 6 petang lagi. Hehe. Cik Azma nk drive kereta tu jemput diorang mmg tak la kan. hoho. Sampai ja umah, kami pun siap2 and kluaq la nk p celebrate birthday my incik tunang ni.. Sebelum p ke tempat yg ingin dituju, kami p ke Bukit Mertajam dulu. G jemput awek Amien, Aten. Punyalahh susah nk cari umah si Atin ni, sampai sesat2. Mujur ada bantuan GPS dari iphone Amien.

Lepas da jemput Atin, kami pun menyeberangi jambatan Pulau Pinang dan merayau2 la mencari kedai makan. Pada asalnya kami cuma nk lepak tepi pantai sambil makan2. So, kami pun singgah laa ke 7Eleven beli itu dan ini. Elok ja nk gerak p kt tepi laut Queensbay tu hujan turun. Plan tu pun batal dan kami ambik keputusan utk p makan ikan bakaq jaa.. Yang paling menyedihkan tu, dalam dok kalut2 tu kami tak sedaq jam dah pukul 12 tgh malam ! means da masuk 7/6/2012 birthday my incik tunang ! da 12.11am baru perasan.. So, kami cuma nyanyi dalam kereta jaa huhu.

Sampai kat kedai ikan bakaq tu, kami pun dok laa order. Yang tukang ordernya adalah Amien. Yang tukang pilih ikan nya my incik tunang. Macam budak2 berlari nk p pilih ikan. Haha. Kami makan lewat malam tuu kat tepi pantai.. Best sangat. Memang malam tu rasa macam satu kenangan yg terindah sangat lah huhu.

Hidangan Istimewa Sempena Malam Sambutan Hari Lahir my dear ZhiZie

Thanks Amien tolong amek gambar kami. :)

Lepas makan, kami pun cabut balik sebabnya hari dah makin malam. Mata pun sudah mengantuk. Esoknya, pagi2 lagi da nak keluar balik. Pusing2 Penang pulak ! yahooo. That is for the first time cik Azma masuk ke seberang pulau. hehe.

7 Jun 2012, genap lah jatuhnya umur my incik tunang yang ke - ..... (rahsia) hehe

Seawal jam 10pagi, my incik tunang dan BFF dia Amien, da mai umah kazen cik Azma ni utk ambik cik Azma n adik nk dibawak oleh mereka masuk Penang. Excited tau cik Azma bangun awal. Yang sedihnya, my Incik tunang dengan Amien terpaksa bermalan di surau Petronas.. Mandi kt R&R waaaa... ya laa kan, x manis pulak nk bawak masuk rumah kazen cik Azma ni sbb kami semua perempuan dan kazen cik Azma dah bersuami, suami nya pula xde rumah. Kalau ikutkan syarak pun mmg tak boleh.

Lepas ambik kami, kitorang pun gerak laa ke Jeti Feri kt Butterworth. First time jugak laa naik kereta atas feri. Hihihi teruja ! Sejarah pertama dalam hidup dan jatuh pada hari lahir my incik tunang.. Ohh sweetnya. Hehehe.

Atas Feri ni tahu. :p

Selepas menyeberangi lautan, kami pun bergerak mencari tempat makan. Adik da muncung je kelaparan. Huhuhu. Lama jugak laa nak cari parking sampai perut masing2 da teruk sgt da tahap kelaparannya. Kami pun decide cari tempat makan kt dalam Plaza Gurney je. Cik Azma pun ajak diorang p makan kt Chicken Rice Shop dalam plaza tu. Sekali sekala kann bawak teman istimewa makan kt tempat mahal sket. Heee.
Yang bagusnya tunang Cik Azma ni, dia langsung tak kedekut bab duit. Cik Azma nk bayar, dia pun nk bayar. Padahal birthday dia. Aishh geram betul. So, dari situ da nampak, tunang cik Azma ni orang dia macamana.. Sejuk perut cik Azma dapat bakal suami macam Zhizie. hehe.

senget-benget kalau sendiri snap hoho
Selesai je makan-makan, kami merayap satu plaza tu nak cari Secret Recipe pulak. Memang dari malam tu lagi da cari Secret Recipe tapi da tutup laa sebab da lewat sangat. Akhirnya jumpa jugak. Cik Azma ni x mampu nak beli sebijik kek tu. hoho. hanya mampu beli 3 slices je. Hehehe. Cik Azma n Zhizie pilih coklat strawberi, adik pilih oreo Amien pilih butterscouth. Selera masing-masing takmo nk kalah. hehehe.

Lepas tu, kami keluar dari Plaza Gurney dan menuju ke Batu Feringgi. Sampai kat sana, masyaAllah ombak dia.. bukan ombak rindu lagi dah. rasa da macam pra tsunami ! Baru laa tau masa makteh cik Azma telefon, dia kata memang ada musim fenomena ombak besar. Tapi, Amien yang pro ni da dapat satu tempat lepak yg best la. Dapat jugak laa adik berendam sekejap. Adik cik Azma memang pantang nampak air laut dan pasir laut. Huhu.

Hero ku melayan adik ipar yang nakal

Amien bawak diri makan kek. Sedih Atin x ikut sama. huhu

Sehingga menjilat jari ye sayang? :p
Lepas da mandi-mandi dan makan-makan, kami pun berangkat pulang. Sebelum tu sempat lagi tau beli baju sama ! hehe. Tajaan my incik tunang.

Self timer. hoho
WE <3 PENANG
Sebelum anta kereta dan balik ke rumah my kazen, kami p beli tiket dulu.. Tiket nak balik kampung masing-masing.. Zhizie n Amien nak balik Alor Setar, cik Azma dan adik nak balik Negeri Sembilan. waaa jauh tu.. Utara-Selatan. Nasib bek dalam Malaysia lagi. huhu. Masa di Hentian Butterworth tu, cik Azma turun berdua ja. Amien tidur dalam kereta. Adik xmo ikut. Masa nak beli tiket tu, ada laa makcik ni tanya nak balik mana. My incik tunang jawablaa dia nak balik Alor Setar, cik Azma nak balik Negeri Sembilan. Mak cik tu kata laa ooh jauh. tau apa my incik tunang jawab? hehe. Biasala mak cik dapat jodoh orang jauh. Hehe. Malu tau.. kami jalan orang suma pandang. kih3. Sebab apa, sebab pakai baju sama. Mesti orang tau kami baru balik dari bercuti kt Penang. hehe.

Di penghujung cerita.. pukul 7.30pm.. Kami terpaksa menahan rasa sebak dalam hati.. Saat perpisahan yang semua orang tak mahukan ! Argghh. Cik Azma awal-2 lagi dalam kereta da nangis da. Tapi masa detik2 nak berpisah tu, cik Azma tahan ja sebab tamau bagi my incik tunang susah hati..

Sayang.. terima kasih sudi mengambil diri ini menjadi suri dalam hatimu..
Amien.. terima kasih kerana menjadi sahabat sejati kepada my incik tunang..
Adik.. terima kasih memahami along dan menerima kehadiran Abang Zhizie..

Takleh nak teruskan menaip. Nanti rosak pulak keyboard ni kena banjir airmata.........

coretan : AzmaZhiziePunya

Monday, May 28

Aku Sudirman | Jom sertai !

Assalamualaikum..
Hai semua.. Hari ni merupakan hari kedua terakhir sebelum berakhirnya peraduan Aku Sudirman.
Kalau kawan-kawan nak tahu pasal peraduan ni, korang boleh klik kat sini ----> Aku Sudirman

Saya dah hantar 3 penyertaan. 2 gambar dan 1 video. Hihihi.

Kalau masuk kat application Aku Sudirman di facebook nnt, cari je lahh penyertaan terkini dari Azma Azhar. haha. Video saya lah tu. Okey. Jom sertai ramai-ramai tau. :))

Ku Ikhlas Pada Mu

Hati mana yang tak sentap tatkala sang kekasih masih menaruh harapan pada cinta lama ?
Hati mana yang tak terasa bila sang kekasih menyatakan perhubungan KAMI takkan lama kerana cinta lama ?
Namun, semua itu ku anggap ianya sebagai satu dugaan..
Dugaan dariNya untuk menguji sejauh mana keikhlasan dan kesetiaan ku dalam hubungan ini..
InsyaAllah,akan aku pertahankan hubungan ini..
"Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menempuhi dugaan ini Ya Allah... "

- aku sedar aku insan hina.. aku sedar aku x secantik dia.. aku sedar aku x punya apa-apa lagi yang istimewa. aku sedar aku tak cukup baik untuk dirimu.. tapi berilah aku peluang untuk menjadi yang terbaik untukmu.. hanya untukmu.. :'(

'Natural Beauty Contest II - Abg Stalker'

Banner Contest

Assalamualaikum.. Firstly thanks to adeq ziela yang da tag cik Azma untuk join this contest. aw aww terharu. hehe. Baiklah. Korang kalau nak join, klik sahaja pada banner. Hehe.

Saya, Cik Azma, dengan ini memilih kategori 2 yeayy !

Nahhh... ini gambar yang ku pertaruhkan.

sempat snap masa ni benda ni gerak-gerak. =)

tengah dok baring sambil berangan dalam bilik waktu bulan penuh =)


Menarik bukan ? hehe.

Jadi cik Azma tag 2 orang rakan hati cik Azma


semoga berjaya ! =)

Friday, May 25

Skrip Bosan

Sayangkan seseorang jangan sampai lupa diri.. lupa agama.. lupa Tuhan.. lupa keluarga.. lupa segalanya..
Cintakan seseorang jangan sampai merosakkan diri sendiri.. memalukan keluarga.. menjatuhkan maruah diri..
Kasihkan seorang jangan sampai terabai hati dan perasaan sendiri dek kerana terlalu memikirkan perasaan si dia..

Berkahwinlah dengan orang yang tak boleh hidup tanpa kamu jangan dengan orang yang kamu tak boleh hidup tanpanya..

25 Mei 2012 | 4.55pm | Sweet Couple

Hai adik... bos akk dah sediakan 44 buah kerusi dalam cybercafe ni... dan di bahagian adik je ade 6 kerusi kosong.. akak tau adik berdua sedang dilamun cinta.. dunia adik hanya dunia adik berdua... Adik, di belakang adik ada 3 org budak cina.. 4 orang budak perempuan melayu asli, 2 orang budak bawah umur.. Adik tak rasa apa-apa ke duduk di atas satu kerusi yang sama? Akak yang nak g menyusun kerusi yang tak de orang duduk sebelah adik pun segan.. Adik, adik tu tengah pakai baju asrama sekolah adik.. Jelas terpampang nama sekolah adik di belakang baju.. Adik tak segan ke ? Adik-adik, ramai-ramai pasangan yang datang cc akk.. adik berdua laa yang paling 'sweet' sebab duduk berdua di atas satu kerusi yang sama. Acik2 yang dah kahwin pun tak 'sweet' macam adik... Nanti kahwin jangan lupa ajak akk ye dik. :)

3:56pm | 25 Mei 2012

Akak mintak maaf ye dik, time akk takde mood pulak kau nak mengendeng-ngedeng kat akk..
Sumpah aku tak perasan die tgh bergayut kt kerusi aku, ingt sandar je sekali aku bangun.

GEDEBUK !  Terhantuk sudah kepala nya ke lantai. Sorry k kt abg budak tu.. ni bukan nursery kau nak bawak adik kau suh aku jaga. =.='

Kadang-kadang aku ni zalim gak. Sebab tu aku x suka moody dan aku suka Senyum.. kalau tak, orang pun aku sanggup bunuh. Sungguh. Ini tak tipu. So. mari senyum =)

sekadar gambar hiasan
cmtulah keadaannya budak kecik tu pegang kt pemegang kerusi aku ingt dia bersandar. rupa-rupanya tengah nak panjat naik atas aku, aku lak g bangun. tergolek budak tu. sape suruh.. jgn kata aku zalim, aku tgh kerja.. kerja aku jaga cc bukan jaga budak kecik datang cc tunggu abg main game. chill :)

Jumaat | 25hb May 2012 | 3.29pm

My account fb will not active forever..
Aku cuma akan hidup dengan blog ini..
Segalanya di sini.
Tatkala jari menaip.. airmata ini seakan-akan tidak mahu berhenti..
Mengenang nasib diri yang penuh onak dan duri..
Kaki lemah longlai.. orang menggigil kesejukan aku menggigil x terkata.. sejuk itu tak kurasa tapi.. pahit dalam rasa yang ahh !! x semua orang gemar mengalaminya !!

Masihkah ada hari esok..?

Thursday, May 24

Kisah aku | Kisah Benar | Teladan & Tauladan

Aku.. cuba untuk menjadi yang terbaik pada setiap insan yang datang menyerikan hidup ini..
Aku.. sering mengalah dalam apa jua keadaan.. hanya kerana seorang insan yang bergelar kekasih..
Kali pertama aku mengenal erti cinta, segalanya ku korbankan.. masa, tenaga, wang ringgit.. hanya untuk dia hinggakan keluarga tak ku utamakan.. Betapa bodohnya aku.. Namun, Tuhan balas perbuatan itu.. Kini, dia bahagia bersama isteri tercinta dan aku bahagia bersama ibu ayah dan adik-adikku.. Walaupun aku kehilangan orang yang tersayang kerana dia..

Selangkah demi selangkah aku cuba melupakan cinta.. Padaku cinta itu fantasi semata-mata.. Cinta itu tipu !
Sesuatu yang buta dan bisa membutakan.. Lama aku tinggalkan alam yang diimpikan oleh remaja seusia ku.. Ya, memang aku cemburu.. cemburu melihat rakan-rakan lain di sayangi dicintai.. Namun, aku akur.. hatiku x mudah lagi menerima cinta baru dan aku tahu andai ada lelaki yang mahukan aku, aku hanya terima di mulut tetapi tidak di hati.. Kerana itulah aku sering mempermainkan hati lelaki.. hari ni kata mahu esok kata tak mahu.. Aku mohon maaf.. Sudah aku katakan, jangan ada paksaan dalam bercinta.. Biarpun bukan 1,2,3,4 malahan lebih dari 7 orang lelaki yang telah aku lukai hatinya.. Betapa kejamnya aku.. hanya kerana dendam pada cinta pertama.. tapi bukan niat aku untuk mempermainkan hati-hati itu. Aku buntu.. Walaupun aku mengatakan YA di saat kau menginginkan perhubungan yang istimewa, tapi hakikatnya hati aku kosong. Pintu hati ini langsung tak terbuka walau seinci pun. Teruknya aku. Tapi, aku mohon dilepaskan dengan cara yang baik.. Setakat ini, cuma 2,3 orang sahaja yang masih tidak dapat menerima aku mempermainkan hati mereka.. Apakan daya ku.. aku hanya insan biasa.. bodoh, buta dalam menilai hati dan keikhlasan seorang lelaki..

Setelah aku tinggalkan zaman kepura-puraan itu, aku kembali bersendiri.. cuba untuk menerima seorang lelaki.. seperti biasa, pada awalnya aku mengatakan YA pada permintaannya.. namun, hanya sementara.. kerana aku masih belum mampu menyayanginya sepenuh hati.. Alhamdulillah dia redha dan kini dia sudi untuk menerima aku sebagai adiknya.. Terima kasih abang.. Abang yang memahami..

Selepas dia, entah apa lagi Tuhan ingin uji diri ini.. Sekali lagi aku diduga. Di duga dengan kehadiran 8 orang lelaki yang meluahkan isi hati dan perasaan terhadapku. Sungguh bukan aku ingin membangga diri menjadi perhatian ramai, tapi aku tahu.. Tuhan sedang menduga ku. Kalau orang lain mungkin bangga bila digilai oleh ramai lelaki.. tapi, aku takut. aku takut aku sekali lagi menjadi seorang perempuan jahat yang hanya tahu mempergunakan lelaki dan mempermainkan hati dan perasaan mereka ! Aku tak tahu apa harus aku lakukan. Aku buntu. Lepas sorang, sorang datang menyatakan hasrat untuk menjadikan aku teman wanita. Aku tidak lagi mengatakan YA pada kali ini, Jawapan ku hanya lah berikan aku masa. Aku berfikir lama... Ada ketikanya aku rasakan ingin kembali jahat. Ahh, terima je semua.. Tapi aku fikirkan akibatnya. Sekali lagi aku buat, Tuhan akan balas. Aku terfikir sejenak. Aku katakan pada diriku. TIDAK. aku takkan mengulanginya. Dalam waktu itu, aku jadi x tentu hala. Bayangkan aku terpaksa bersms, angkat call dalam sehari dengan 8 orang yang sedang dalam pemerhatian aku. Untuk aku pilih menjadi penghuni dalam hati ini. Sekali lagi aku katakan bukan tujuan aku untuk berlagak sombong bukan tujuan aku untuk mendabik dada untuk bangga tapi inilah realiti. Bukan kerana paras rupa, bukan kerana aku kaya harta tapi mungkin kerana aku terlalu peramah, friendly dan happy go lucky membuatkan mereka senang dgn aku.. Maaf, bukan niat ku untuk menunjuk-nunjuk tapi realitinya itulah aku..

Hampir 2 minggu hidup aku kecelaruan, kebingungan dan kebuntuan, tiba-tiba entah siapa, dalam kekusutan itu, datang seorang hamba Allah yang tiba-tiba mengIM aku di fb dan cerita masalah dia dgn seseorang yang aku kenal. Aku pun terus berchatting dengan dia sehingga aku lupa pada masalah yang sedang aku hadapi.. Sejak aku kenali dia, terus aku padamkan masalah yang melanda hidup aku waktu tu. Dan yang paling menarik terus aku berika jawapan pada mereka. MAAF, SAYA SUDAH BERPUNYA. entah dari mana datangnya kekuatan untuk mengatakan sebegitu pada mereka yang sedang menanti jawapanku.. mujur mereka akur dan faham dan masih lagi berkawan dgn aku dan ada juga yang mengatakan pada aku dia ada bila-bila sahaja untuk aku menerima dia sekiranya aku sudah tiada yang punya.. pada aku, mana-mana lelaki pun akan mengatakan ayat yang sama.. akan terus tunggu dan menunggu.. tapi dalam masa yang sama mencari juga yang lain. itulah manusia dan itulah lelaki.. biasa janji hanya akan tinggal janji..pada aku, kalau ada jodoh tak kemana.. nak tunggu itu suka hati, kalau takda harpan jangan kecewa itu saja.. sebabnya kita yang pilih nak jalan macam tu so kena hadap la kan. Macam aku jugak.. aku yang pilih jalan untuk terima orang yang bukan dalam pemerhatian aku, orang baru dalam hidup aku.. jadi, apapun yang terjadi, aku yang kena kuat untuk lalui jalan tu sebab aku yang pilih dan atas pilihan hati aku sendiri tanpa paksaan dari sapa-sapa pun..

Bermulah dari saat ini, aku kena berhadapan dengan pelbagai masalah dan dugaan yang tak pernah sekalipun pergi dari hidup aku dan seolah-olah masalah dan dugaan itu sentiasa berkejaran untuk mendapatkan aku..Biarlah.. aku pasrah dengan ketentuan Illahi dan aku masih punya Allah Yang Satu untuk aku mendamba kasih sayang dan mengadu.. Aku insan hina, aku insan lemah walaupun kadang-kadang aku lupa akan adanya Tuhan sentiasa bersama hambaNya namun Alhamdulilah dgn masalah dan dugaan ini aku sentiasa ingat dan dekat denganNya...

Aku punya keluarga.. aku punya ibu bapa.. aku puny adik-adik.. aku punya rakan.. aku punya teman dan aku punya kekasih.. Tetapi, aku teruji.. dengan ujian yang aku lemah lutut dan kaki bila mengenangkannya.

Tahu apa ujian yang aku lalui ? aku kesepian, aku kesunyiaan dan aku keseorangan.. yang aku ada cuma Tuhan.. Di kala aku keresahan, di kala aku kekusutan, aku ingat Dia dan dia datangkan aku ketenangan.. satu-satu keajaiban yang berlaku malam tadi, di saat aku merasakan diri aku sedang gila.. di saat aku fikirkan aku ingin mati, aku usap perlahan dadaku dan aku beristighfar.. dalam esakan dan tangisan aku beristighfar untuk dapatkan ketenangan.. MasyaAllah hebatnya Tuhan punya kuasa tiba-tiba aku rasa kepala ku diusap dan seolah-olah ada suara yang menenangkan aku.. dan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. Aku lihat jam sudah menunjukkan jam 3pagi.. seingat aku waktu aku bermonolog sendirian bersama suara itu jam baru sahaja menunjukkan pukul 12tgh malam.. Tuhan Maha Kaya.. lama aku bersama suara itu menyejukkan hati ku... Terima kasih Ya Allah, Shukran. Alhamdulillah...

Hujan rahmat yang turun membawa kepada ku satu ketenangan yang sangat indah.. Pagi tadi aku cermin wajah aku dan aku nampak ketenangan dlm mata ku.. aku senyum sendiri :)

Langkah penuh keyakinan masuk ke tempat kerja membuatkan aku kuat untuk teruskan kehidupan..
Namun... ketenangan itu sementara !! Tatkala aku di depan pc.. Tangan ku jemariku tergerak untuk melakukan seseuatu.. Ya ! Menceroboh masuk ke tempat yang dikatakan hak privasi individu adalah satu kesalahan. Dan aku telah melakukannya. Tapi aku yakin.. Tuhan bawakan aku ke tempat itu untuk menunjukkan pada aku sesuatu.. Tak mungkin dengan tiba-tiba, secara mudahnya dan sebelum ini aku tak terlintas nak melakukan tiba-tiba hari ni aku mencuba,, hasilnya.. Sesuatu yang disorokkan dari pengetahuan ku oleh seorang insan yang aku sayangi dan cintai..Aku tau perkara itu salah tetapi sekurang-kurangnya aku akan lebih berhati-hati lagi agar aku tidak mudah ditindas... Harapanku.. aku hanya menunggu untuk dia bersikap jujur.. sekiranya dia membaca artikel ini.. ketahuilah sayang.. aku lakukan ini untuk masa depan kau dan aku.. Aku amat memahami naluri muda mu.. dan kerana itu lah aku memendam segala rasa dan kini aku hanya berserah seandainya ada jodoh kita, aku harap kau berubah namun andai ini bukan jodoh kita aku pasrah...

" Ya Allah, tunjukkan aku jalan kebenaran.. Izinkan diri yang hina ini untuk terus memanjatkan doa memohon pertolongan Mu.. " aamiin..

Saturday, May 19

Cara pasang widget radio SFM di blog

Salam sayang buat semua...
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu...
Hari ni Cik Azma nak ajaq u oll semua cemana caranya nak letak widget radio Syapalikhfm.net macam yang ada kt blog cik Azma ini. Caranya mudah saja. Ikuti langkah2 berikut :)

macam biasa LOG IN dulu ke blog anda
lepas tu akan keluar halaman ini dan pilih REKA LETAK
Kemudian pilih tambah alat atau ADD GADGET
Dah tambah gadget tu akan keluar window yg ni dan cari HTML / JavaScript
okey. da bukak HTML/Java script tadi, korang copy link kt bawah ni dan paste kat kotak berikut


( link boleh di dapati di Syapalikhfm Community di facebook )

okey da siap tu da save korang leh la alihkan gadget tu kt mane yg korang nak letak kemudian simpan.
DAH SIAP.

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN.

DENGAR-DENGARKAN SELALU... :D

Thursday, May 17

Radio Online Syapalikhfm ( Radio Kito Lopak Kito )

Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia salam 1 Negeri Sembilan..

Pastinya anda sudah pun melihat widget baru di blog cik Azma ni kan ??
Haa.. itulah dio radio online waghieh kito..
Kalau nak dengar radio ini secara jelas, anda boleh terus ke laman web ini..

( Jangan malu dan segan, klik aje )

Banyak lagi saluran yang anda boleh dengar antaranya di sini..

( Pilahcreative Photo )

( Iela Riesya )

( Jen )

( Bro Phyro )

So, pilih saja mana-mana channel di atas dan anda akan terus mendengarkan radio Syapalikhfm ini..

Di sini hari ini,,cik Azma akan memperkenalkan kepada anda semua DJ yang sentiasa menghiburkan anda, membawakan kepada anda pelbagai segmen-segmen menarik yang pastinya mampu untuk mencuit hati dan menggetar perasaan anda..

Pertama....

DJ EDY
DJ EDY FAUZI.
KEDUA...
DJ AL-FATH
KETIGA...
DJ AIMIRUKA
KEEMPAT...
DJ ZAROL AHMAD
KELIMA...
DJ BRO PHYRO

KEENAM...
DJ ABNOR
 DJ seterusnya NOT AVAILABLE lagi... wakaka

 

 

DI SETIAP LAGU ADA CERITANYA... 

dan di SYAPALIKHFM ada segmennya...

Antara segmen-segmennya adalah :-

Live untuk peminat bolasepak Negeri Sembilan dibawa khas dari bilik media STAR, PAROI

Boleh mendengarkan secara langsung khutbah Jumaat

Rock Sako.. bergantung kepada DJ bertugas

Setiap Malam Jumaat..

Mari berpantun
Ada juga segmen-segmen yang digemari oleh pendengar-pendengar antaranya yang sering dibawakan oleh DJ EDY FAUZI adalah segmen lagu-lagu old skull, lagu-lagu Irama 60-an dan D juga segmen carta tertinggi lagu-lagu yang boleh diundi melalui  web : http://syapalikhfm.net

Jadi, apa tunggu lagi ??

Masih tak mahu mendengarkan kami ??

Anda rugi.. sangat rugi..

Sebarkan pada rakan-rakan anda, saudara mara anda yang duduk jauh di perantauan.. Jika rindukan loghat2 negeri jika rindukan suasana kampung.. yang TERHEBAT hanya di sini..

Selamat Mendengar ! :)

kredit photo to : PILAHCREATIVE FOTO

Fantasi Realiti Hanya Di Sini




Sunday, May 13

12 May 2012 | Kisah seram di ULU BENDUL

Pada 12 Mei yang lalu, saya dan beberapa orang rakan telah pergi ke Ulu Bendul untuk bermandi manda.
Ketika saya sedang bermandi manda, saya terdengar ada orang menjerit-jerit dan meminta tolong,
Saya rasa amat takut mendengar jeritan itu kerana bunyi jeritan itu amatlah serammm.
Lantas saya dan rakan-rakan terus menuju ke arah bunyi itu yang kedengarannya dari arah astaka. Jam pada waktu itu menunjukkan tepat jam 6.45petang. ( hampir senja )
Kemudian, kelihatan beberapa orang anak dara sedang  melambai-lambai ke arah kami. Dalam hatiku tertanya-tanya, siapakh mereka di waktu senja-senja begini. Apa pula yang anak-anak dara itu buat di waktu-waktu begini. Kami ingin menghampiri mereka, tapi apabila teringat kata-kata orang tua, jangan tegur atau dekati tempat-tempat yang seram di waktu senja, kami tak jadi untuk membantu mereka. Manalah tahu, mereka bukan manusia. Takut juga. Kami hanya sempat mengambil gambar mereka dari jarak jauh. Mujurlah seorang dari rakan kami mempunyai kamera DSLR yang bolehh zoom jauh-jauh tu. Hasil dari tangkapan itu kami dapat melihat wajah mereka  dengan jelas..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|




Wajah yang sempat kami ambil dari jarak jauh


Menurut kata salah seorang penjaga di kawasan itu, pada hari tersebut sekumpulan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai keluarga syapalikh telah mengadakan majlis di situ. Tetapi mereka telah pun pulang awal untuk menonton perlawanan bolasepak di Paroi. Jadi, siapakah yang masih berada di astaka itu ketika itu ? Dan ada lagi imej seram yang sempat kami ambil juga dari jarak jauh..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mumia ini dikatakan muncul selepas program Family Day Syapalikhfm.
.

Menurut seorang pak Haji ( Hanzad Adhan ) yang kami jumpa sewaktu beliau sedang berjalan seorang diri di situ, ada kemungkinan imej yang kami rakamkan itu adalah saka-saka yang ditinggalkan.
Sehingga kini pihak Hutan Lipur Ulu Bendul masih lagi belum dapat mengesahkan siapakah mumia-mumia ini dan siapakah mereka yang berada di astaka ketika itu. Wallahualam

Pak haji hanzad

Family Day | Syapalikhfm.net


Salam 1 Malaysia..
Salam sayang buat semua pembaca setia (ade ke ?) blog Cik Azma yang amat2 cik Azma sayangi..
Hahahahahahahaha. Panjang x gelak cik Azma tu ?? haa.. dari semalam sampai ke hari ni... asal on FB je Cik Azma xkan berhenti tergelak ! hadoi... da naik putus urat kentut, tali pusat, segala urat dalam perut ni dah !
Nak tau kenapa ?? sebab melayan gambar-2 yg dah diupload oleh keluarga Cik Azma. Gambar2 sewaktu kitorang ber FAMILY DAY di hutan lipur Ulu Bendul pada 12 Mei yang lalu..

Sebelum cik Azma bagi korang layan gambar2 kenangan kt sana, Cik Azma nak bagi korang dengar radio ni sambil korang melayari internet. ( sila klik di sini )

Bermula pada jam 8pagi pendaftaran telah pun dibuka. Jadi, sesiapa yang mendaftar akan mendapat nombor cabutan bertuah dan juga tag nama.
tag nama (kredit photo : SFn9photography)


 
Selepas sessi pendaftaran, para peserta diminta untuk berpoco-poco bagi memastikan badan telah dipanaskan dahulu sebelum bermulanya acara sukaneka yang memerlukan tenaga zahir dan batin yang banyak. Sessi poco-poco ini telah diketuai oleh DJ Aimiruka, Q-Aini dan Asmida ( sorang lagi tak kenal sapa, tiba2 datang dok kena dok depan )

Selepas selesai sessi poco-poco acara sukaneka dimulakan dengan acara tepung tawar Cari gula-gula dalam tepung. Kalau dah bermain dengan tepung, ekau tau lah nasib ekau kan. huhuhu. Mula-mula untuk kanak-kanak lepas tu untuk kaum gigirl dan diikuti untuk boboiboy. Acara ini adalah acara spontan. Tidak dipertandingkan.

peserta kanak-kanak

peserta gegerl

peserta boboiboy
Selesai sahaja acara memutihkan muka ini, acara diteruskan lagi dengan acara isi air dalam botol untuk kanak-kanak.
Ada style adik ni .. :)
Kemeriahan semakin dirasai dengan acara REBUT KERUSI. Acara yang paling mendebarkan sobab eh nak kono robut kerusi. Kalau x dapek dok ateh kerusi tu, keluar. OUT ! GET OUT ! Acara ini telah dimenangi oleh Are Nis Sempoi ! Sempoiiiiiii.

tu dia tu dia ! haha

Acara rebut kerusi untuk kaum Adam pula telah dimenangi oleh DJ Bro Phyro dan diakhir pertandingan beliau telah berentap dengan Mawie Eightysixter.
amekkkkawww !!
Selepas acara rebut kerusi ini, acara spontan sekali lagi dijalankan. Acara ini terbuka kepada semua. Diberi nama kotak sako. Arahan yang diberikan adalah berbunyi begini " Ketika lagu diputarkan, barang ini ( anak patung ) akan dipassing dari sorang ke sorang. Bila lagu berhenti, orang yang memegang barang tersebut perlu mengikut apa jua arahan yang diberikan oleh rakan di sebelahnya. " Faham tak cmno game ni ? x faham sok torai. Kalau nak pedajal kawan time ni lah kan. Hehehe.
Citan TERKONO ! haha. dondo eh pusing pokok dan cakap I LOVE U kat pokok.
Sesudah yo acara Kotak Sako ni, semua peserta berehat dan bersantai untuk menunggu ketibaan Coach Azraii Khor Abdullah yang hadir bagi merasmikan Santai Family Day ini dan seterusnya menjamu selera dengan hidangan makan tengahari yang amat menyelarakan dan ditambah dengan kehadiran Kuih Kelopong kebait Tiya Fatihah.
Perasmian olek coach AK-9


AJK Makanan.

Aummmm.. lapar ni.. ekeke
HAHA. nak gelak dulu nak gelak. Sebenarnya sebelum makan, ada satu lagi acara. HAHA. gelak lagi. Lupa pulak acara ni lepas makan ke sebelum. HUHU. nasib adik tiya ingatkan. thanks adik TIYA FATIHAH. :)
acara ini adalah acara yang paling mendapat perhatian. Sebelum Family Day lagi acara ini telah mendapat perhatian dan mendapat sambutan hangat dari seluruh keluarga Syapalikhfm. Nak tau acara apo ??
HAHA. gelak lagi dan HAHA gelak lagi. HAHAHAHAHAHAHA. makkkk xleh bonti tegolak poit membayangkan wajah2 ayu peserta. HAHAHAHA. xleh taip xleh taip. nak tegolakk ! capalittt boto...
Hehe. Gelak sket sambung. acara ini dinamakan sebagai acara MAKE UP PERANTIN LELAKI. haha. dengar tajuk je da nak gelak. macamane la kan wajah seorang lelaki macho disolek ??
Saksikan..

ha.. tu dia tu dia...
Itu baru sikit. Ada banyak lagi.. tapi nanti korang nak tengok kat bawah nanti cik Azma sertakan link2 sumber wokey :)

Lepas da make up da cantik, HAHA. lepas da makan , da kenyang. BLRUPP ! Alhamdulillah..
Acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. HAHA. gelak lagi. Ponek poit golak ! Bak kato chef wan, nasib baik dah ikat, kalau tak. HAHA. gelak lagi.

Peserta bertuah yang pertama ni ( malu nak sebut nama ) memang bertuah. HAHA. tuah badan.
Kenal tak ? 

Selepas acara cabutan bertuah yang pertama ini, majlis berhenti berehat sebelum di sambung pada jam 2 petang. Tepat jam 2.45 petang acara sessi petang dimulakan dengan acara membalut MUMIA !! Kenangan gilorss ni sebab buat pertama kali cik Azma dibalut menjadi MUMIA ! Siap ada webcam tu yang x tahan. HAHA. mentang2 cik Azma ni kaki SKYPE. :)
hai, boleh berkenalan ? hihihi
Mumia yang bernama Azma ini riang selepas dibebaskan. HAHA.
acara balut mumia yang sangat-2 menggerunkan HAHA. kremm kaki makk nokkk !
Lopeh acaro belut mumia mo tisu tu acara Sandarkan Pado Kenangan lak. Acaro ni cik Azma dongan adik DJ Al Fath iaitu cik CT Hajar..
Riang mak amekkk
Dan acara yang terakhir.. iaitu acara Semakin Jauh Semakin Sayang.. Acara kemuncak yang selalu diadakan di mana2 majlis. Maka dengan itu berakhir lah sudah acara-acara sepanjang program SANTAI FAMILY DAY SYAPALIKHFM ini.. Seterusnya acara penyampaian hadiah dan yang paling dinanti dengan jantung yang berdetup detak adalah CABUTAN BERTUAH GRAND PRIZE bernilai RM1500 yang telah menjadi hak milik kekal saudara SHAM NAZRUL. ini lah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah sham nazrul di santai FD Syapalikhfm..
hadiah berupa sebuah penapis air
Okeylah, harap anda semua terhibur dan jangan lupa, DI SINI BERMULANYA PERSAHABATAN..
Radio Kito Lopak Kito, hanya di http://www.syapalikhfm.net

Sumber gambar : Fahmy YMC Freelancer , Qurratuaini Zahari dan dari Syapalikhfm Community

Keluarga Besarku, SYAPALIKHFM COMMUNITY

Ikhlas,

azma azhar