AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Wednesday, February 6

Corat-Coret Cik Azma Feb-2013

Assalamualaikum wbkth..
Bertemu lagi kita di dalam.....
Hehe dah macam nak ber'pengacara' pulak. :)
Baiklah, hari ni Cik Azma nak share macam-macam suka duka yang Cik Azma dah lalui for a few month ini.
Haa.. Cerita yang bukan nak membangga diri, tapi sekadar berkongsi.
Maklumlah sekarang ni persepsi individu ni macam-macam sangat.
Orang nak berkongsi katanya nak menunjuk. Penyakit PHD yang makin tenat dalam kalangan orang kita kat Malaysia ni. Pantang tengok orang lain lebih dari dia. Ade je yang nak di dengki kannya..
Untung kalau orang yang terkena tinggi tahap kesabarannya. Kalau dapat kat orang yang melawan ?
Ini makan dia ~ hihi.
Bagi Cik Azma.. benda yang panas elok dibalas dengan benda yang sejuk..
Dia bagi kita api kita pulang pada dia air.
Pengalaman Cik Azma lah kan.. pernah dulu ade orang 'simbah' cik Azma dengan api, tapi Cik Azma tapis dengan air, supaya x mengeruhkan keadaan.. Tapi, tau ape Cik Azma terima ? Katanya Cik Azma baik, berlagak macam malaikat. Hihi. Tapi Cik Azma biarkan je.. X peduli apa orang nak kata.. :)
Dulu Cik Azma pernah kena dah macam2.. Kena tuduh itu ini, kena fitnah itu ini, sampai ade yang pernah gelar Cik Azma ni ANJING ! Wow~ Dasyat x? Hihi. Tapi Cik Azma always fikir, ape yg Cik Azma lalui tu, ade orang yg lebih teruk melaluinya.. Betul x? Jadi, Cik Azma anggap itu sume pengalaman dan dugaan dalam kehidupan..
Ehhh da jauh melarat ni.. Kata a few month je.. ni dah macam a few year je. hikhik
Okeylah.. back to our point. Hah ! amekaww speaking london Cik Azma hari ni. hehe.
First of all Cik Azma nk ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang dah memberi sokongan kepada Cik Azma selama ini.. Pheww~ macam ayat artis ! haha. Itu lah gelaran yang diorang gelar kt Cik Azma ! Entah ape2 ntah.. mane datang nye artis.. huhu.
Seingat Cik Azma, Cik Azma mula dikenali selepas Sambutan Hari Raya besar-besaran di Kg Lonek. Pada waktu itu, kami dari krew SyapalikhFM diundang untuk menjadi pengacara dalam majlis yang membawa turun Presiden Majlis Belia Malaysia pada hari tersebut. Lepas dari hari tu, Cik Azma banyak menerima undangan untuk menjadi Emcee di majlis-majlis rasmi sekitar Jempol. Terutamanya program KEMAS.
Kemuncak bidang yang Cik Azma ceburi di Jempol ini adalah apabila Cik Azma diundang menjadi Emcee oleh YB Dato'Haji Lilah b Haji Yasin (Ahli Parlimen Jempol) untuk Majlis Pelancaran IM4U Parlimen Jempol di Felda Raja Alias 2. Pada waktu yang sama Cik Azma memegang mandat dari YB Dato' untuk menguruskan urusan pelancaran. Alhamdulillah, pelancaran pada petang itu berjalan lancar dan dihadiri oleh lebih kurang 1000 belia seluruh Jempol. Yang paling membuat Cik Azma terharu apabila malam sambutan tahun baru di sana Cik Azma sekali lagi diberi tanggungawab untuk menjadi pengacara majlis bersama Cikgu Azman dan bertugas di hadapan kira-kira 10,000 orang kehadiran malam itu ! Disebabkan nama saya dan Cikgu Azman sangat rapat dan dekat, rakan-rakan menggelar kami dengan gelaran Double A ! huhu.
Sebelum itu, Cik Azma menerima juga undangan dari Majlis Belia Daerah Jempol untuk menyertai Malam Puisi Riong Berita Harian yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Jempol. Program itu anjuran Berita Harian. Sekali lagi Cik Azma merasa terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak MBD Jempol.
Bukan senang nak masuk suratkhabar berterusan selama seminggu ! Hehehe.
Dalam pada Cik Azma menerima rezeki Allah ini, Cik Azma juga telah diterima bekerja sebagai Pengurus Mini RTC di kampung Cik Azma iaitu Kg Serting Ilir.. Di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).. InsyaAllah, jawatan ini akan bertukar dari kontrak kepada tetap ! Dengar khabarnya.. hihi.

Sebenarnya.. Semua ini datangnya dari Allah SWT.. Kerana Cik Azma ikhlas menjaga nenek Cik Azma yang sakit selama 4 bulan.. Tidak dinafikan.. Sepanjang tempoh itu, rezeki Cik Azma sangat murah.. Tapi kini, dia tiada lagi.. Allah telah menjemput nenek Cik Azma pada 20 Januari yang lalu.. Nenek Cik Azma x sakit terlantar, cuma ingatannya kurang.. Tapi, akhirnya.. dia pergi jua.. Hingga ke saat ini, Cik Azma masih lagi terbayang-bayang saat manis antara kami.. Al-Fatihah untuk arwah..

Jadi.. Cik Azma nak tegaskan di sini, ikhlaskan hati dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi..
Biar orang nak dengki kan kite, orang nak sakit hati dengan kita, tapi JANGAN kita yang melakukan sedemikian. Dia buat, dia dapat dosa, kalau dibalas, kita pun dapat dosa yang sama. Jadi sama-samalah menjauhkan diri dari sifat-sifat hasad dengki ini..
Kita semua sama.. Lahir dari perut ibu yang berbeza tapi kita adalah MILIK ALLAH YANG SATU..
Mengapa perlu menjatuhkan orang lain? Mengapa perlu mengutuk, menghina dan mengeji orang lain ?
Mengapa perlu untuk kita menghukum orang lain ?

Renung-renungkan dan selamat beramal :)