AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Wednesday, May 15

Finally. 10 Mei 2013

Assalamualaikum wbkth.

Setelah sekian lama tidak bersua, kini Cik Azma kembali untuk bertemu dengan readers Cinta Mata Hati sekalian.

Al-maklumlah.. Kesibukan yang melanda membuatkan Cik Azma tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada dunia blogging yang dulunya menjadi tempat Cik Azma mencurahkan segala rasa isi hati ini.

Dalam kesibukan Cik Azma pada hari ini, Cik Azma masih lagi mempunyai ruang dan masa untuk berkasih-kasihan. Cewah. Alhamdulillah, berkat doa dan restu ayah bonda Cik Azma, pada 10 Mei yang lalu, kekasih hati Cik Azma, iaitu Zhi Zie telah pun menghantar cincin tanya @ cincin merisik . Pagi Jumaat yang Cik Azma rasakan sungguh bertuah sekali. Walaupun dia datang dari jauh, namun demi menunaikan permintaan Cik Azma, dari utara ke selatan Zhi Zie buat macam dari Bahau ke Seremban je. :')

Thanks Zhi Zie ku sayang..

In Shaa Allah, dalam masa terdekat ini, kami akan bergelar suami, isteri :)

Doakan Kebahagiaan Kami. =)