AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Tuesday, June 16

Bermulanya sebuah kisah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbkth,

Alhamdulillah hari ini Cik Az diberi sekali lagi kesempatan untuk mengabadikan segala kisah suka duka gembira suka ria Cik Az di dalam blog Cik Az yang tak berapa nak handsome ni.

Seperti yang telah Cik Az catatkan dalam helaian catitan sebelum ini bahawa Cik Az akan mendirikan rumahtangga bukan ? Sepatutnya Cik Az adakan 1 part lagi selepas itu iaitu part rombongan risikan dari pihak lelaki datang ke rumah.

Tapi, maklum sahajalah kan, dengan kesuntukan masa dan kekangan waktu dan segala macam hal yang Cik Az nak uruskan maka kita terus sahajalah ke kisah seterusnya...

Biarlah Cik Az mulakan dengan kronologi kisah cinta  #AzmiAzma ini dengan penuh khusyuk dan tawaduk. hihihi

5 November 2015 merupakan tarikh permulaan perkenalan Cik Az dan juga suami iaitu Norazmi bin Ahsani.

Kami telah mula berkawan di laman muka buku sejak bulan Ogos lagi, tetapi masing2 tidak pernah mengambil tahu tentang diri masing2 dan pada masa tu tak terdetik langsung yang Azmi Ahsani ni akan menjadi suami Cik Az.

Pada mulanya En Suami Cik Az ni ada menhantar satu gambar ke wall FB kakak angkat Cik Az iaitu Kak Paan.




Maka selepas itu, Cik Az sendiri tak ingat siapa yang add siapa dulu haha.

Lepas tu lama kami tak mengendahkan di antara 1 sama lain...

Cik Az dengan kerjaya Cik Az dan dia dengan kehidupan dia..

Entah macamana pada 5 November 2015, Cik Az tengah berkursus time tu., tiba2 tergerak hati nk chat dia. Maka terjadilah perbualan di bawah dan terus menyentuh bab nak datang meminang ! hahaha



Lepas tu kami mula bertukar no.tel dan perbualan di whatsaap lebih menjurus kepada soal perkahwinan. Memang mase tu Cik Az x tau nak kata apa sebab macam terkujat sangat ! Haha.

Lepas je konfem yang memang dia nk datang meminang Cik Az, Cik Az terus g jumpa kakak angkat Cik Az, yang dah lama berkawan dengan En Suami Cik Az tu untuk menyakinkan diri Cik Az yang dia adalah calon yang terbaik. Dan Kak Paan pun mengakui yang sahabatnya itu mmg sesuai dengan Cik Az. Di situlah bermulanya coretan Cik Az di link  ini

http://mystellamia.blogspot.com/2014/11/jodoh-yang-tidak-disangka-part-1.html

Selepas berbincang dengan keluarga maka telah diputuskan oleh Ibu dan Ayah untuk memberitahu En Suami supaya datang merisik pada 25 Disember 2015.

Dengan berbekalkan doa dan semangat maka pada 25 Disember 2015 Cik Az telah pun dirisik oleh Keluarga En Suami Cik Az. Pada ketika itu, perbincangan sebulat suara bersetuju supaya tidak diadakan kenduri bertunang dalam waktu terdekat tetapi terus ke Majlis Pernikahan yang telah dipersetujui tarikhnya pada 30 Mei 2015 yang lalu....

Alhamdulillah masa yang telah ditetapkan tiba setelah berbulan2, berminggu, berhari2 menghitung saat itu...

Tepat jam 4.30pm, 30 Mei 2015 Cik Az telah pun selamat diijabkabulkan oleh ayahanda Cik Az sendiri...


Dengan 2x lafaz sahaja Cik Az telah pun sah menjadi isteri kepada En Norazmi bin Ahsani.

Tak tergambar dengan kata2... Betapa indahnya sebuah perkahwinan.... Airmata Ibu Ayah menjadi saksi... Betapa peritnya untuk melepaskan anakanda yang dikasihi...




Dan akhir kalam, Cik Az belanja 1 pic untuk anda semua.. Hehe



Doakan kebahagiaan kami... Cik Az bersyukur sangat dengan apa yang Allah beri... Walaupun perangai dan sikap kami jauh berbeza tapi Alhamdulillah Cik Az bahagia di samping si dia..

Syukur pada Allah kerana pertemuan singkat ini dan berkat kesabaran di atas kedukaan yang lalu Cik Az dapat lebih lagi..

Janji Allah itu pasti.... Setiap kesabaran di atas dugaan yang diberikan akan membawa kita ke jalan kebahagiaan..


CINTA SAMPAI SYURGA.. InshaAllah :)

2 notis:

Poker Online said...

Info yang berguna banget gan.... Lanjutkan terus dan salam sukses gan.......

Agen Poker
Judi Poker
Poker Online
Agen Domino
Bandar Domino
Agen Poker Online
Agen Poker Terpercaya
Poker Terpercaya
Bandar Domino Online
Taruhan Poker
Bandar Poker

Berita Bola
DOTA2
Kumpulan Bokep

Пётр Ларионов said...

Тут:) шлюхи Москвы индивидуалки в гости или приглашу к себе. Красивая, стройная и гибкая. Со мной позабудешь обо всем!

Post a Comment