AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Friday, June 1

WARKAH BUATMU

Kenangan semalam, kembali bertandang ,
Aku lihat wajah kamu dimana-mana ,
Biar dalam terang mahupun dalam kelam ,
Dirimu tak pernah aku lupa .

Aku terkenang memori lama,
Kisah cinta kita berdua,
Namun ia hanyalah sebuah episod ceritera cinta,
Benar kata orang,
Cinta tak semestinya untuk dimiliki.

Hubungan yang terbina,
Akhirnya terputus jua,
Berpisah bukan beerti kita harus memusuhi,
Walau kita tak lagi berhubungan,
Doa untuk melihat kau bahagia,
Sentiasa aku titipkan .

Hari ini,
Ku congak hari dan waktu,
Disaat kali pertama kita bertemu,
Yang akan menjadi sebuah hari paling indah buat hidupku.

Aku lihat kau tersenyum,
Tanpa aku sedar,
Senyum itu membawa aku kedunia yang penuh bunga-bunga cinta.

Ya, Cinta pandang pertama.
Yang mampu membuat aku tersenyum sendirian
Tika terkenangkan detik itu.

Masa terus berlalu,
Setelah cinta kita berakhir,
Tiada lagi aku mendengar suara kamu,
Tiada lagi aku menerima berita tentang kamu,
Walapun kadang-kadang,
Ada yang menyampaikan padaku,
Aku hanya mampu tersenyum dan berdoa,
Semoga kau bahagia.

Disaat aku meniti bahagia,
Disaat aku bergelar isteri kepada seorang insan yang pastinya bukan kamu,
Aku tahu kau jua sedang bahagia disaat itu,
Selepas aku mendirikan rumahtangga,
Kau pula menyusul membina mahligai cinta.

Alhamdulillah,
Kita sama-sama menikmati saat indah kehidupan bersama insan yang telah
Allah tetapkan untuk kita.

Sehingga aku menerima khabar,
Kau dan isterimu menimang cahayamata,
Aku sekali lagi tersenyum gembira,
Sama apa yang kita rasa,
Kau bergelar bapa,
Aku juga telah  bergelar mama,

Ya Allah,
Segala yang Engkau telah atur untuk aku dan dia sangat tidak kusangka .

Kita selepas itu,
Terus meniti bahagia,
Kau bersama isterimu,
Aku bersama suamiku.

Satu hari,
Di waktu hening pagi,
Aku dikejutkan dengan panggilan telefon bertalu-talu
tanpa henti.

Langkah ku panjang menggapai telefon pintarku,
nun jauh diatas almari,

Dadaku berdebar,
Melihat nama sahabat kita itu,
Gadis yang menjadi perantara,
Sewaktu mula-mula kita mahu saling mengenali dahulu.

Aku menjawab panggilan itu,
Belum sempat aku bertanya,
Dihujung talian itu aku mendengar..

".............. dah takde. Dia excident "

Terkesima.

Aku terkesima dan airmata aku terus laju mengalir.

Aku segera melihat telefon pintarku,
Melihat beberapa mesej dihantar kepadaku,
Tentang perkhabaran itu .

Aku bingkas mendapatkan kepastian,
dari adiknya...

Dan kenyataan itu, harus aku terima.

Aku bangun dan membersihkan diri,
Lantas aku bentang tikar sejadah,
Aku sujud dan sedekahkan Al Fatihah buatnya,
Aku hadiah bacaan Yaasin untuknya..

Pagi yang damai itu,
Aku pergi ke hospital,
Berbekalkan semangat dan kekuatan untuk melihatnya,
Juga untuk aku meminjamkan bahuku buat isterinya,
Biar dia tidak kenal aku siapa,
Aku mahu memeluk isterinya,
Aku mahu mencium zuriatnya,
Kerana, yang pergi itu,
Adalah bukan hanya seorang bekas kekasihku,
Tetapi juga abangku, sahabatku dan temanku,
Juga insan yang telah mengajarku banyak erti kehidupan sebenar.

Isterinya mengenaliku,
Bagaimana.. Aku tak tahu..
Yang aku pasti,
Aku mahu sentiasa memberi perhatian buat mereka,
Sebagaimana arwah selalu memberi perhatian kepadaku satu ketika dulu.

Kerna dulu,
Dalam kemanisan perhubungan kami,
Ada juga keperitan yang dilalui,
Aku perlu tebus kesakitan yang dia rasai ketika bersamaku,
Dia tidak pernah bersalah,
Tetapi sering dipersalahkan.

Hari ini,
Aku mahu menjadi seorang kakak buat isterinya,
Aku mahu menjadi seorang mama buat anak-anaknya,
Aku tidak mahu melihat kesedihan mereka,
Aku akan cuba membuat mereka gembira,
Apa yang aku terdaya..







0 notis:

Post a Comment