AZMA D'LUVERS. Powered by Blogger.

Dengar-dengarkan...

Friday, June 1

WARKAH BUATMU

Kenangan semalam, kembali bertandang ,
Aku lihat wajah kamu dimana-mana ,
Biar dalam terang mahupun dalam kelam ,
Dirimu tak pernah aku lupa .

Aku terkenang memori lama,
Kisah cinta kita berdua,
Namun ia hanyalah sebuah episod ceritera cinta,
Benar kata orang,
Cinta tak semestinya untuk dimiliki.

Hubungan yang terbina,
Akhirnya terputus jua,
Berpisah bukan beerti kita harus memusuhi,
Walau kita tak lagi berhubungan,
Doa untuk melihat kau bahagia,
Sentiasa aku titipkan .

Hari ini,
Ku congak hari dan waktu,
Disaat kali pertama kita bertemu,
Yang akan menjadi sebuah hari paling indah buat hidupku.

Aku lihat kau tersenyum,
Tanpa aku sedar,
Senyum itu membawa aku kedunia yang penuh bunga-bunga cinta.

Ya, Cinta pandang pertama.
Yang mampu membuat aku tersenyum sendirian
Tika terkenangkan detik itu.

Masa terus berlalu,
Setelah cinta kita berakhir,
Tiada lagi aku mendengar suara kamu,
Tiada lagi aku menerima berita tentang kamu,
Walapun kadang-kadang,
Ada yang menyampaikan padaku,
Aku hanya mampu tersenyum dan berdoa,
Semoga kau bahagia.

Disaat aku meniti bahagia,
Disaat aku bergelar isteri kepada seorang insan yang pastinya bukan kamu,
Aku tahu kau jua sedang bahagia disaat itu,
Selepas aku mendirikan rumahtangga,
Kau pula menyusul membina mahligai cinta.

Alhamdulillah,
Kita sama-sama menikmati saat indah kehidupan bersama insan yang telah
Allah tetapkan untuk kita.

Sehingga aku menerima khabar,
Kau dan isterimu menimang cahayamata,
Aku sekali lagi tersenyum gembira,
Sama apa yang kita rasa,
Kau bergelar bapa,
Aku juga telah  bergelar mama,

Ya Allah,
Segala yang Engkau telah atur untuk aku dan dia sangat tidak kusangka .

Kita selepas itu,
Terus meniti bahagia,
Kau bersama isterimu,
Aku bersama suamiku.

Satu hari,
Di waktu hening pagi,
Aku dikejutkan dengan panggilan telefon bertalu-talu
tanpa henti.

Langkah ku panjang menggapai telefon pintarku,
nun jauh diatas almari,

Dadaku berdebar,
Melihat nama sahabat kita itu,
Gadis yang menjadi perantara,
Sewaktu mula-mula kita mahu saling mengenali dahulu.

Aku menjawab panggilan itu,
Belum sempat aku bertanya,
Dihujung talian itu aku mendengar..

".............. dah takde. Dia excident "

Terkesima.

Aku terkesima dan airmata aku terus laju mengalir.

Aku segera melihat telefon pintarku,
Melihat beberapa mesej dihantar kepadaku,
Tentang perkhabaran itu .

Aku bingkas mendapatkan kepastian,
dari adiknya...

Dan kenyataan itu, harus aku terima.

Aku bangun dan membersihkan diri,
Lantas aku bentang tikar sejadah,
Aku sujud dan sedekahkan Al Fatihah buatnya,
Aku hadiah bacaan Yaasin untuknya..

Pagi yang damai itu,
Aku pergi ke hospital,
Berbekalkan semangat dan kekuatan untuk melihatnya,
Juga untuk aku meminjamkan bahuku buat isterinya,
Biar dia tidak kenal aku siapa,
Aku mahu memeluk isterinya,
Aku mahu mencium zuriatnya,
Kerana, yang pergi itu,
Adalah bukan hanya seorang bekas kekasihku,
Tetapi juga abangku, sahabatku dan temanku,
Juga insan yang telah mengajarku banyak erti kehidupan sebenar.

Isterinya mengenaliku,
Bagaimana.. Aku tak tahu..
Yang aku pasti,
Aku mahu sentiasa memberi perhatian buat mereka,
Sebagaimana arwah selalu memberi perhatian kepadaku satu ketika dulu.

Kerna dulu,
Dalam kemanisan perhubungan kami,
Ada juga keperitan yang dilalui,
Aku perlu tebus kesakitan yang dia rasai ketika bersamaku,
Dia tidak pernah bersalah,
Tetapi sering dipersalahkan.

Hari ini,
Aku mahu menjadi seorang kakak buat isterinya,
Aku mahu menjadi seorang mama buat anak-anaknya,
Aku tidak mahu melihat kesedihan mereka,
Aku akan cuba membuat mereka gembira,
Apa yang aku terdaya..







Tuesday, June 16

Bermulanya sebuah kisah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbkth,

Alhamdulillah hari ini Cik Az diberi sekali lagi kesempatan untuk mengabadikan segala kisah suka duka gembira suka ria Cik Az di dalam blog Cik Az yang tak berapa nak handsome ni.

Seperti yang telah Cik Az catatkan dalam helaian catitan sebelum ini bahawa Cik Az akan mendirikan rumahtangga bukan ? Sepatutnya Cik Az adakan 1 part lagi selepas itu iaitu part rombongan risikan dari pihak lelaki datang ke rumah.

Tapi, maklum sahajalah kan, dengan kesuntukan masa dan kekangan waktu dan segala macam hal yang Cik Az nak uruskan maka kita terus sahajalah ke kisah seterusnya...

Biarlah Cik Az mulakan dengan kronologi kisah cinta  #AzmiAzma ini dengan penuh khusyuk dan tawaduk. hihihi

5 November 2015 merupakan tarikh permulaan perkenalan Cik Az dan juga suami iaitu Norazmi bin Ahsani.

Kami telah mula berkawan di laman muka buku sejak bulan Ogos lagi, tetapi masing2 tidak pernah mengambil tahu tentang diri masing2 dan pada masa tu tak terdetik langsung yang Azmi Ahsani ni akan menjadi suami Cik Az.

Pada mulanya En Suami Cik Az ni ada menhantar satu gambar ke wall FB kakak angkat Cik Az iaitu Kak Paan.




Maka selepas itu, Cik Az sendiri tak ingat siapa yang add siapa dulu haha.

Lepas tu lama kami tak mengendahkan di antara 1 sama lain...

Cik Az dengan kerjaya Cik Az dan dia dengan kehidupan dia..

Entah macamana pada 5 November 2015, Cik Az tengah berkursus time tu., tiba2 tergerak hati nk chat dia. Maka terjadilah perbualan di bawah dan terus menyentuh bab nak datang meminang ! hahaha



Lepas tu kami mula bertukar no.tel dan perbualan di whatsaap lebih menjurus kepada soal perkahwinan. Memang mase tu Cik Az x tau nak kata apa sebab macam terkujat sangat ! Haha.

Lepas je konfem yang memang dia nk datang meminang Cik Az, Cik Az terus g jumpa kakak angkat Cik Az, yang dah lama berkawan dengan En Suami Cik Az tu untuk menyakinkan diri Cik Az yang dia adalah calon yang terbaik. Dan Kak Paan pun mengakui yang sahabatnya itu mmg sesuai dengan Cik Az. Di situlah bermulanya coretan Cik Az di link  ini

http://mystellamia.blogspot.com/2014/11/jodoh-yang-tidak-disangka-part-1.html

Selepas berbincang dengan keluarga maka telah diputuskan oleh Ibu dan Ayah untuk memberitahu En Suami supaya datang merisik pada 25 Disember 2015.

Dengan berbekalkan doa dan semangat maka pada 25 Disember 2015 Cik Az telah pun dirisik oleh Keluarga En Suami Cik Az. Pada ketika itu, perbincangan sebulat suara bersetuju supaya tidak diadakan kenduri bertunang dalam waktu terdekat tetapi terus ke Majlis Pernikahan yang telah dipersetujui tarikhnya pada 30 Mei 2015 yang lalu....

Alhamdulillah masa yang telah ditetapkan tiba setelah berbulan2, berminggu, berhari2 menghitung saat itu...

Tepat jam 4.30pm, 30 Mei 2015 Cik Az telah pun selamat diijabkabulkan oleh ayahanda Cik Az sendiri...


Dengan 2x lafaz sahaja Cik Az telah pun sah menjadi isteri kepada En Norazmi bin Ahsani.

Tak tergambar dengan kata2... Betapa indahnya sebuah perkahwinan.... Airmata Ibu Ayah menjadi saksi... Betapa peritnya untuk melepaskan anakanda yang dikasihi...




Dan akhir kalam, Cik Az belanja 1 pic untuk anda semua.. Hehe



Doakan kebahagiaan kami... Cik Az bersyukur sangat dengan apa yang Allah beri... Walaupun perangai dan sikap kami jauh berbeza tapi Alhamdulillah Cik Az bahagia di samping si dia..

Syukur pada Allah kerana pertemuan singkat ini dan berkat kesabaran di atas kedukaan yang lalu Cik Az dapat lebih lagi..

Janji Allah itu pasti.... Setiap kesabaran di atas dugaan yang diberikan akan membawa kita ke jalan kebahagiaan..


CINTA SAMPAI SYURGA.. InshaAllah :)

Friday, November 14

Jodoh Yang Tidak Disangka (Part 1)


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah3x

Syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala yang telah dikurniakan kepada hambaNya yang lemah lagi hina ini ...

Malam tadi 13 November 2014 jam 9.00pm Cik Az telah pun berbincang dengan ibu tentang masa depan Cik Az. Cewaahhh. Haha.

Ketaq lutut bak ang.. nak bagitau kata Cik Az dah jumpa calon dan nak kahwin !

Selesai perbincangan , Cik Az minta ibu untuk minta pandangan adik-beradik Ibu yang dah ada pengalaman kahwin kan anak perempuan. Huhuhu maklumlah Cik Az ni anak sulung perempuan. kikiki. Arwah nenek da takde.. Kalau tak mesti arwah nenek yang bagitahu itu dan ini.. :(

Hari ni pula , Cik Az berbincang dengan ayah . Fuhh ! Ayah Cik Az sempoi jer.. haha. Tengok jelaa yg kt bawah ni kikikiki




Hah , pasti korang tertanya2 kan , sape pulak calon Cik Az kali ni ??

Abg Angkat Cik Az ke ? Kawan Sekolah Cik Az ke  ? Jiran Cik Az ke ? Sekampung ke ? atau macam-macam kemungkinan lagi kan ?

Jawapannya TIDAK !

Dia adalah Hamba Allah yang dikurniakan kepada Cik Az untuk membimbing Cik Az dan memberikan Cik Az kebahagiaan dalam percintaan yang sebenar..

Siapa Dia ?

Jeng-2.......



Here ! Hehehe
Tapi BIARLAH RAHSIA dulu ekk...

Sampai masa nanti Cik Az upload.. InshaAllah , dengan izin Allah kami merancang untuk bernikah pada hari lahir Cik Az yang ke 24 nnt , tpi memandangkan tarikh tu jatuh hari Khamis so we decide untuk buat hari Jummat... Penuh Barakah... :)

Okey . Kalau nk tau bila kenal  , cmne kenal , berapa kenal korang mesti x percaya .

Tapi tunggu episod seterusnya ! :D

Daa....

Sunday, October 26

Cari Yang Lain


Assalamualaikum wbkth...

Yang sudah tu sudahlah kan ?

Belajar lah wahai hati untuk melupakan.

CHOW~

Friday, October 24

Masih Mencintaimu...

24 Oktober 2014

Assalamualaikum...

Amacam ? Best dak lagu kt blog Cik Az ?

Ramai yang marahkan Cik Az.. kenapa perlu nak bersedih lagi ?

Seolah-olah Cik Az ni macam dah x nampak lelaki lain kt dalam dunia ni ??

Bukan Cik Az tak cuba... Cik Az dah cuba untuk buka pintu hati Cik Az...

Cik Az cuba nak jatuh cinta pada orang lain..

Tapi Cik Az x boleh.. Cik Az selalu gagal..

Ada orang yang Cik Az suka.. tapi dia tak suka Cik Az.. huhuhu

Tapi itu cuma mainan perasaan Cik Az je.. Cik Az tak tau lah kalau orang tu terima Cik Az mesti dia rugi..

Sebab Cik Az belum sepenuhnya dapat melupakan dia..

Cik Az sayangkan dia lagi...

Cik Az belum boleh terima yang dia dah tinggalkan Cik Az !!

Tak.. Cik Az tak boleh terima hakikat ni !!!!!!

Dulu masa dengan Arif pun makan masa bertahun untuk Cik Az terima orang lain...

Tapi senang-senang dia lukakan hati Cik Az pulak !

Ingat senang ke Cik Az nak terima dia dulu ???? Susah tau !

Cik Az sayang dia... Hari-hari Cik Az mimpi dia.. Tiap-tiap malam Cik Az menangis sebab Cik Az rindu dia...

Cik Az x pernah lupakan dia walau sesaat pun dalam hidup Cik Az !

Okey lah esok Cik Az sambung lagi !

Cik Az tetap sayang Zhizie !!!!! Walaupun dia anggap Cik Az dah mati...................................

Chow !